Dunia gempar apabila berlaku kebakaran hutan di Australia menyaksikan langit di Mallacoota dilihat bertukar menjadi warna merah darah.
Bukan itu sahaja, kebakaran terburuk dalam tragedi kebakaran hutan ini turut memaksan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat lebih selamat.
Kebakaran hutan ini juga turut menyaksikan hampir 500 juta haiwan terkorban akibat kebakaran yang marak hampir seluruh Australia sejak hujung Ogos lalu.
Ads
Kebakaran hutan yang berlaku di Australia ini telah mencecah 5 juta hektar dan turut memusnahkan 1,500 rumah hingga menyebabkan kematian penduduk.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan Australia dalam usaha mencegah kebakaran daripada terus berlarutan.
Ads
Tragedi ini juga turut menyaksikan kira-kira 50 Muslim telah mengadakan solat sunat Istisqa (solat minta hujan) bagi memohon hujan sekaligus mengurangkan kebakaran di Bonython Park Adelaide.
Ads
Solat sunat itu turut disertai kanak-kanak yang berkumpul di Bonython Park untuk mendoakan agar kawasan yang terbakar dituruni hujan bagi membantu petani serta mangsa yang terjejas.
Bukan itu sahaja, malah seorang paderi Patrik McInerney dari Pusat Perhubungan antara Kristian dan Muslim turut menyertai sesi ibadah tersebut dengan berdoa supaya hujan rahmat dapat diturunkan.
Dan dengan keizinan Allah, akhirnya hujan telah turun membasahi bumi Australia yang dilanda kebakaran belukar.
Rata-rata netizen dari seluruh negara mengucapkan kesyukuran dan mendoakan warga Australia tabah menghadapi bencana itu.
‘Pakai seluar putih di Arafah, cuci 7 kali air masih hitam.’ Tak jadi merungut, bila ibu bagi ingatan menusuk kalbu. Benarlah kadang-kadang kita tak nampak kiasan atas sesuatu benda yang berlaku.
Seperti kisah cerita seluar putih ini. Dilihat pada mata kasar, kita bersungguh-sungguh untuk bersihkan seluar yang kotor tetapi akhirnya hendak menyerah kalah kerana hasilnya tidak seperti yang kita inginkan.
Ikuti perkongsian Dato Dr Shareena Almashoor ini dan hadam kisah di sebalik seluar putih pemberian sahabatnya ini:
Masa Di Arafah, saya pakai jubah hitam. Sebab sudah tahu banyak pergerakan, berdebu serta kotor.
Kusut-masai kan. Jadi mental dan fizikal sudah sedia. Tapi seorang sahabat ini hadiahkan pakaian umrah haji baju seluar putih untuk saya pergi haji tahun lepas yang saya tak pakai tahun lepas.
Cuci 7 Kali Air Masih Hitam
Jadi saya decided pakai seluar putih itu dekat dalam jubah. Supaya dia pun dapat sahamnya.
Bila balik ini nak cuci masyallah tujuh kali tukar air masih hitam. Kemudian beransur coklat dan masih kelabu. Belum lagi putih air nya. Stres sangat rasanya. Sebab kita sudahlah penat baru balik kena pula cuci pakaian macam ini.
Dengan hati yang sedih dan hendak mengadu, saya pun call mama and explain whole situation and asked her what to do to make this seluar bersih dalam masa yang cepat.
Tak Jadi Merungut
Mama jawab:
“ Adik… say Alhamdulilah Allah want to show you something. Seluar putih itulah macam diri kita.
Terlalu kotor penuh dosa Bila kita pergi mengadap Allah. Jangan harap satu istighfar boleh bersih. 1000 istighfar tak tentu bersih. Jangan harap 2 rakaat solat taubat dapat hapus dosa, 1000 rakaat tak tentu kita tak ulang dosa. 1 haji tak tentu berubah 100% perangai kita. Mungkin beberapa umrah haji baru nampak perubahan kita.
Bila Ibu Bagi
Lepas itu macam mana hendak basuh seluar ini?
Give up? Buang seluar itu atau rendam, letak garam, letak Clorox, letak serbuk pencuci dan rendam lama-lama (macam tahajud menangis lama-lama) esok cuci lagi.
Kalau tak bersih, buang air ulang lagi proses sama esok cuci lagi.
Macam itulah hati kita ini teruk sangat kotoran yang tangan, kaki kita buat sendiri.”
Adoi, menusuk dalam sampai ke kalbu. Itulah kasih sejati seorang ibu. My mama sudah 70 tahun umur. Ingatan sangat sedikit. Can’t even remember sudah makan ke belum. Tapi bila tanya dia soalan, masih tajam jawapan seperti dulu-dulu.
Ingatan Menusuk Kalbu
Peristiwa seluar putih ini banyak mengajar saya .
Kasih ibu tiada tandingannya. Bodohlah kamu jika kamu cuba putuskan kasih sayang seorang ibu dengan anaknya.
Maka Islam pesan bila memilih pasangan itu pilihlah dari bani keturunannya.
Jangan hanya lihat anaknya tapi periksa siapa bagaimana ibu bapanya.
Adakah ada dalil, khususnya daripada sejarah Nabi atau sahabat yang jelas berhubung boikot? Ini kerana terdapat pandangan yang mengatakan boikot tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam.
JAWAPAN:
Boikot barangan Yahudi sebenarnya sudah lama dilakukan oleh sahabat Nabi SAW lagi. Seperti yang dimaklumi, ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, golongan Yahudi sememangnya memonopoli ekonomi dan pentadbiran Madinah.
Sejajar dengan semangat hijrah, Nabi SAW berusaha mengubah cara hidup bangsa Arab Madinah ketika itu dengan memupuk dalam diri mereka cinta kepada agama. Menerusi cinta agamalah mereka mampu menjadi pentadbir yang baik dan peniaga yang hebat.
Atas kegigihan mereka dalam mengubah nasib, umat Islam di Madinah berjaya melumpuhkan ekonomi dan pentadbiran Yahudi. Segala yang mereka miliki sebelum ini musnah akibat daripada boikot besar-besaran oleh umat Islam.
Tidak cukup sekadar itu saja, anjakan paradigma semakin membuak-buak dalam diri mereka apabila terdapat segolongan sahabat yang pakar dalam bidang perniagaan bersusah payah mendidik umat Islam Madinah berniaga dan sebagainya. Usaha ini secara tidak langsung makin melumpuhkan lagi ekonomi golongan Yahudi.
Antara contoh sahabat Nabi SAW yang berjaya berbuat demikian ialah Abdul Rahman bin Auf. Ketika beliau sampai di Madinah, pelbagai teknik dilakukan bagi tujuan menandingi industri perdagangan unta yang sebelum ini dimonopoli bangsa Yahudi.
Selepas usaha keras, beliau berjaya menambat hati masyarakat Madinah dan antarabangsa untuk membeli unta daripadanya. Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila umat Islam di Madinah turut memboikot usahawan Yahudi dalam semua sektor. Rentetan daripada keadaan itu, bangsa Yahudi terpaksa keluar dari Madinah sedikit demi sedikit.
Berhubung isu hukum memboikot sama ada wajib atau tidak, ia mestilah kembali kepada keadaan dan suasana. Boikot menjadi wajib apabila produk berkenaan adalah barangan yang mampu kita tinggalkan tanpa mendatang kemudaratan jika tidak mengambilnya.
Tetapi jika produk berkenaan adalah keperluan asas harian yang tidak dapat dihindari oleh umat Islam, maka adalah tidak salah bagi umat Islam untuk membelinya selagi mana tiada yang setanding dengannya. Apa yang penting di sini ialah memboikot dengan ilmu dan akhlak bukan memboikot secara terburu-buru tanpa berfikir panjang hingga mendatangkan kemudaratan yang tidak sepatutnya.
Ujian setiap insan itu berbeza-beza. Ada yang dilanda masalah kewangan, jodoh dan juga kesihatan. Sebagai hamba-Nya kita perlu reda dengan dugaan yang menimpa.
Seperti perkongsian wanita ini yang telah membuang cyst dihidapi tiga tahun lalu tetapi ia tumbuh balik ketika membuat pemeriksaan kembali setahun yang lalu.
Berkongsi pengalamannya di laman sosial Facebook pertengahan lalu, Hariza Azmi juga turut memberitahu beberapa larangan yang tidak boleh diambil oleh kaum wanita jika tidak mahu mengalami nasib sama sepertinya.
Hariza Azmi
Semoga perkongsiannya ini memberi panduan kepada kaum wanita untuk lebih menyayangi tubuh badan. Kalau tubuh sihat, mudah untuk fokus pada urusan amal ibadah.
3 tahun lepas aku operate buang cyst. Lepas 1 tahun cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww.
Okey petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Dr macam kita sembang ngan kawan.
Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Korang taknak dengar lantaklaa. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.
1. Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih pil kecut jerawat dan whatever jenis suppliment. NEVER girls ! Dalam badan kita dah ada estrogen. ( rasanya mcm aku dgr estrogen ). Makan lagi suppliment menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon. 2. Jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya. 3. Kurangkan makan ayam. 4. Banyakkan makan ikan & sayur . Ikan Parang tak boleh makan. 5. Amalkan pemakanan yang sihat 6. NO FAST FOOD 7. NO makanan dalam Tin ( tuna, sardin etc ) 8. NO STRESS
Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana. Jawab aku ” Abah kau ! Malu konon “.
Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Ak dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu?? Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada kkm sekalipon. Mudah sungguh orang kita percaya ngan kkm tu. Ntah betul ke tidak heheh.
Ingat girls. Jangan menyesal. Bye roger duluu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...