Lepas Peluk Islam, Tak Mudah Bagi Model Ayana Moon Cari Rezeki Halal Di Korea. Kini Senang Tinggal Di Indonesia!

Share

Tidak dinafikan kaum Muslim di Korea adalah golongan minoriti. Walaupun minoriti namun tidak membataskan mereka untuk terus berpegang pada agama yang menjadi pilihan.

Salah seorang yang rakyat Korea yang memeluk Islam adalah model, Ayana Jihye Moon. Dia yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam pada tahún 2012.

Untuk pengetahuan keputusan untuk memeluk Islam memang mengejutkan ramai kerana semasa kecilnya Ayana mengakui membenci orang Islam.

Kebencian itu lahir kerana pengaruh buruk tentang Islam yang didengar dan diterima di sekelilingnya. Namun hidayah itu datang sedikit demi sedikit di hatinya.

Gadis yang lahir pada 28 Disember 1995 ini memutuskan untuk memeluk agama islam ketika masih menuntut di SMA di Korea Selatan.

Ayana juga merupakan mantan anggota F-VE Dolls atau biasa disebut 5Dolls, sebuah kumpulan gadis band Korea dengan tujuh anggota kumpulan.

Namun begitu, keputusannya untuk memeluk Islam tidak disukai oleh ahli keluarga kerana satu-satunya yang memilih agama baru ini. Namun begitu, beliau tetap bersemangat untuk terus istiqamah dengan agama barunya.

Oleh kerana penampilannya yang berhijab sukar untuk dia mendapat pekerjaan sesuai dan halal dengan dirinya di Korea.

Justeru Ayana lebih senang mengambil keputusan berhijrah ke Indonesia dan menjadi model di sana di samping berulang alik ke Malaysia.

Dia yang kini menjadi selebriti media sosial mengumpul lebih dua juta pengikut dan bersyukur kerana dapat mencari rezeki halal di Malaysia dan Indonesia.

Penampilan Ayana yang lebih Msulimah ini juga turut mengundang pujian netizen dan menjadikan dirinya sebagai idola dalam berfesyen mengikut Wanita Muslimah.

KASHOORGA: Didoakan semoga Ayana terus isiqamah denna agama barunya. Bukan senang untuk mempertahan tetapi berpandukan ajaran dari kitab suci Al-Quran serca sunnah dan hadis Nabi.

Published by
Siti Zurina