Jangan biarkan hati kita terasa kosong. Isikanlah dengan zikir-zikir mulia yang sangat menenangkan jiwa.
Selain menunaikan kewajipan bersolat lima waktu, kita juga boleh lakukan amalan berzikir yang sangat baik untuk membentu jiwa dan rohani yang suci.
Jangan sombong, sebaliknya ringankan mulut berzikir dengan kalimah Allah. Ayatnya juga sangat pendek dan senang untuk kita hafal.
Lakukannya waktu senggang atau ketika ada sedang berada dalam situasi menyenangkan. Insya-Allah jiwa dan hati akan sentiasa berasa tenang.
ZIKIR PENENANG HATI DAN JIWA
أسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيمَ (×١٠٠)
Astaghfirullaahal ‘adziim (dibaca 100 kali setiap lepas Subuh)
“Aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung.”
سبحن الله (×١٠٠)
Subhanallah (dibaca 100 kali setiap lepas Zuhur)
“Maha suci Allah.”
سُبْحَانَ اللَّهِ وبِحَمْدِهِ (×١٠٠)
Subhanallah Wa Bihamdih (dibaca 100 kali setiap lepas Asar)
“Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia.”
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ (×١٠٠)
La ilaha illa anta Subhanaka innii kuntu minazzholimiin (dibaca 100 kali setiap lepas Maghrib)
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد (×١٠٠)
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad (dibaca 100 kali lepas Isya)
“Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad dan kepada keluarga Nabi Muhammad.”
ﻻ ﺇﻟَﻪَ ﺇِﻻَّ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻻ ﺷَﺮِﻳﻚَ ﻟَﻪُ، ﻟَﻪُ ﺍﻟﻤُﻠْﻚُ ﻭَﻟَﻪُ ﺍﻟﺤَﻤْﺪُ، ﻭَﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ (×١٠٠)
La ilaha illallah wahdahu la syariikalah, lahul mulku walahul hamdu, wahua ‘ala kulli syai’in qodiir (dibaca 100 kali setiap mahu tidur)
“Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah kerajaan (kekuasaan) dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya.”