Hidup dalam berhutang atau apa-apa sahaja masalah kewangan boleh membawa masalah kepada hidup anda dan akan member kesan kepada semua perkara yang anda lakukan.
Masalah kewangan boleh melumpuhkan kebolehan seseorang tapi sebagai seorang Muslim, anda jangan risau kerana Islam memberikan kita jalan penyelesaian seperti yang tertulis di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Khususnya, ada lima perkara yang anda boleh lakukan sekarang untuk menarik rezeki datang kepada anda;
1. Menjaga hubungan persaudaraan – Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang ingin supaya Allah membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan silatul rahim” (HR Bukhari)
2. Beriman kepada Allah SWT – “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya” (QS At-Talaaq 65:2-3)
3. Istighfar – “Sehingga aku (Nuh) berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (QS Nuh 71:10-12)
4. Bersyukur kepada Allah SWT – “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.(QS Ibrahim 14:7)
5. Bersedekah – “Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki” (QS Saba’ 34:39)
Jadi belanjakan wang anda ke jalan Allah, takut pada Allah SWT, jaga hubungan dengan orang lain dan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. Bila anda lakukan semuanya dengan ikhlas, inshaAllah beban kewangan anda akan kurang terasa.