Kelebihan puasa enam di bulan Syawal bukan sekadar pada ganjaran pahala yang besar, tetapi juga pada kesan rohani dan kesihatan yang dibawanya.

Dalam satu hadis sahih, Rasulullah SAW menyatakan bahawa sesiapa yang berpuasa Ramadan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Ini menunjukkan betapa besar nilai amalan ini di sisi Allah.

Selain itu, ia juga mendidik jiwa agar terus istiqamah dalam beribadah dan melatih tubuh untuk kekal sihat serta bertenaga selepas sebulan berpuasa. Dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun berikut adalah kelebihan mereka yang melakukan puasa enam.

Lima kelebihan puasa enam

1.Ibarat puasa selama setahun

Sepertimana hadis yang dinyatakan di awal tadi, dengan berpuasa enam menjadikan kesemua puasa Ramadan dan juga enam hari pada bulan Syawal menyamai puasa selama setahun;

Nabi S.A.W bersabda;

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Ads

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.” (Riwayat Imam Muslim)

2. Menyempurnakan kekurangan ibadah puasa bulan Ramadan

Hal ini kerana amalan sunat melengkapkan amalan fardu, sepertimana yang disebut dalam sebuah hadis. Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ

Maksudnya: “Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di hari kiamat ialah solat. Jika solatnya baik, maka dia akan beruntung dan selamat, jika solatnya rosak, maka dia akan rugi dan tidak beruntung. Jika amalan fardunya ada yang kurang, maka Rabb ‘Azza wa Jalla berfirman, “Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai ibadah sunnah yang boleh menyempurnakan ibadah wajibnya yang kurang?” Lalu setiap amal akan diperlakukan seperti itu.” (HR Tirmizi, hadis hasan)

3.Disediakan pintu syurga bernama Ar-Rayyan

Allah SWT juga menyediakan satu pintu syurga khas iaitu pintu al-Rayyan bagi mereka yang melazimi ibadah puasa. Sabda Nabi Muhammad SAW:

Ads

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ، يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، يُقَالُ: أَيْنَ الصَّائِمُونَ؟ فَيَدْخُلُونَ مِنْهُ، فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ، أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam syurga nanti ada pintu dinamakan al-Rayyan, yang akan dimasuki oleh orang-orang berpuasa pada hari kiamat kelak. Tiada siapa yang memasuki pintu tersebut selain mereka. Dikatakan: Di mana orang-orang berpuasa? Maka mereka memasukinya. Apabila orang terakhir memasukinya, maka pintu itu ditutup dan tiada siapa lagi dapat memasukinya.” (HR Bukhari, hadis sahih)

4.Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT

Dalam satu Hadis Qudsi, Allah S.W.T berfirman;

وما تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبدي بِشيءٍ أحبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عليهِ، وما زالَ عَبدي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حتى أُحِبَّهُ، فإذا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الذي يسمعُ بهِ، و بَصَرَهُ الذي يُبْصِرُ بهِ، و يَدَهُ التي يَبْطِشُ بِها، و رِجْلَهُ التي يَمْشِي بِها، و إنْ سألَنِي لأُعْطِيَنَّهُ، ولَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لأُعِيذَنَّهُ

Ads

“Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri dengan beribadah) kepada-Ku dengan sesuatu, yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku-wajibkan kepadanya, dan senantiasalah hamba-Ku (konsisten) bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya; bila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang digunakannya untuk mendengar, dan penglihatannya yang digunakannya untuk melihat dan tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakannya untuk berjalan; jika dia meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberikannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti Aku akan melindunginya.” (Riwayat al Bukhari)

5. Melatih diri istiqomah melakukan kebaikan walau Ramadan sudah berlalu

Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

أَحَبُّ الْعَمَل إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ وَإِنْ قَل

Maksudnya: “Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan walaupun sedikit.” (HR Muslim, hadis sahih)

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Baca Lagi: Dapat Undangan Rumah Terbuka, Nak Terus Berpuasa Enam Atau Berbuka Untuk Hormati Tuan Rumah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI