Apabila sudah berumah tangga, banyak perkara yang perlu diubah. Inilah yang dinamakan pengorbanan. Tanggungjawab suami pula semakin berat apabila sudah bergelar ‘nahkoda’ membimbing isteri ke arah kehidupan yang diredai oleh Allah.
Maka sebab itulah apabila seorang lelaki ingin berkahwin maka dia sebenarnya telah benar-benar bersedia untuk berkorban demi rumah tangga yang bakal ‘dipimpinnya.’ Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab kepada seorang suami untuk ‘membawa’ isteri dan juga anak-anak ke syurga.
Berikut perkongsian Fahmi Ramli
Mampukah Suami ‘Berkorban’ Demi Keluarga
Hari Raya Aidiladha atau kita sebut hari raya korban. Sangat sinonim dengan sebuah sirah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diutus untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail. Daripada sejarah itulah kita belajar tentang pengorbanan seorang lelaki terhadap sesuatu yang dia sayangi.
Melalui pemerhatian dan pengalaman, kes perceraian pasangan muda khususnya zaman ini, adalah disebabkan:
KORBAN MASA BERHIBUR
Kebanyakan lelaki masih lagi tak dapat buang dan nak berhibur saja 24 jam lepas kahwin. Mungkin kerana dah biasa sejak zaman bujang atau masih bergaul dengan rakan yang masih bujang. Contoh hiburan lelaki yang payah nak buang adalah bermain game sampai tak ingat dunia, atau masih lagi lepak dengan kawan-kawan di pusat karaoke.
KORBANKAN MASA BERSUKAN
Bersukan memang bagus. Kita memang perlu bersukan. Cuma fokus isu ni adalah pada lelaki yang masih bersukan di waktu malam seperti main futsal hingga pulang ke rumah sampai 2-3 pagi. Jangan macam tu. Isteri sangat perlukan suami yang ada di rumah pada waktu malam sebab dah siang kerja, malam la masa terbaik dengan family.
KORBANKAN PEMBAZIRAN
Paling ditekankan, korbankan la habit hisap rokok. Pembaziran yang amat dasyat kalau dihitung. Vape pun membazir bro sebab nak kena beli dia punya liquid tu. Bahkan, dua-dua ini amatlah merbahaya untuk kesihatan. Duit beli rokok tu gunakanlah untuk belanja anak isteri. Melainkan, awak tu kaya, sorry to say bro.
KORBANKAN TENAGA DAN MINDA
Bila dah berkahwin dah pikul tanggungjawab, suami perlu berusaha untuk kerah tenaga mencari rezeki kalau pendapatan tak cukup dan perlu cari jalan menuntut ilmu pengurusan kewangan dan ilmu menjana pendapatan. Zaman sekarang bukan zaman satu kerja sahaja. Cari guru dan ilmu untuk tingkatkan pendapatan. Ini penting.
KORBANKAN EGO
Dalam rumahtangga ada pasang surutnya. Akan ada pertikaian, cuma, sebagai suami, kita kena belajar kurangkan ego, dan sentiasa bertolak ansur dalam hal yang remeh. Cuma, tegas dalam buat keputusan yang baik. Ego hati inilah yang banyak lelaki payah nak buang dan didik. Contoh jer yer, tak nak masuk dapur untuk masak sebab katanya pantang tok nenek masuk dapur, ni kerja perempuan. Semak balik derrr, hukum syarak suruh suami yang masak dan sediakan makan minum. Jangan ego sangat.
Moga tak kira suami atau isteri tahu akan tanggungjawab masing-masing dalam rumahtangga. Sesungguhnya pengorbanan suami itu syurga dijanji Ilahi.
Sumber kredit: Fahmi Ramli
VIDEO KASHOORGA: