Tiada tempoh tertentu yang boleh dikatakan terbaik untuk bercinta. Ada yang bercinta sejak sekolah hingga masuk universiti. Ada yang bercinta selepas tamat pengajian di universiti, ada yang bercinta setahun dua, kemudian terus bernikah. Ada juga yang tidak bercinta, sebaliknya terus nikah.
Tiada istilah lebih lama tempoh percintaan maka lebih baiklah hubungan itu. Lebih baik cepatkan sahaja hubungan itu menjadi halal. Percayalah selagi anda tidak tinggal sebumbung, tidur sebantal, anda tidak akan tahu diri sebenar (true colour) seseorang itu.
Memendekkan tempoh percintaan adalah lebih baik. Terus kepada bertunang dan seterusnya bernikah. Tempoh pertunangan pun seeloknya pendek sahaja. Tidak perlu ‘ikat’ bertahun-tahun dengan alasan mahu mengukuhkan kedudukan dalam kerjaya terlebih dahulu.
Perkahwinan bukanlah satu ikatan yang boleh menghalang anda mencapai sebarang kejayaan. Malah perkahwinan sebenarnya satu ikatan yang boleh mendorong anda lebih berjaya dalam apa-apa sahaja yang anda lakukan.
LIMA SEBAB MENGAPA TIDAK PERLU BERCINTA LAMA-LAMA:
*Menjaga aurat serta sentuhan antara bukan mahram.
*Elak fitnah daripada masyarakat sekeliling.
*Elak gangguan orang ketiga.
*Perasaan was-was dan mula berubah hati.
*Mengelakkan berlakunya ‘bunga-bunga’ zina hingga menjurus kepada zina.
Bukankah bercinta selepas nikah itu lebih indah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Duit Mas Kahwin & Duit Hantaran: Jangan Keliru
Perlu difahami bahawa antara duit mas kahwin dan duit hantaran, kedua-duanya mempunyai perbezaan. Maka sebab itulah pasangan bakal raja dan ratu sehari perlu memahami tentang kedua-dua ‘elemen’ ini. Agar tidak bercelaru dan tersalah anggap hingga terpaksa berhutang duit mas kahwin dengan isteri, ketahui mana satu yang wajib diberi dan mana satu yang diberi atas dasar adat.
MAS KAHWIN
Mahar ialah perkataan bahasa Arab yang merujuk kepada pemberian WAJIB oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Di Malaysia, mahar juga dikenali sebagai mas kahwin. Jumlahnya berbeza mengikut perundangan syariah negeri-negeri tertentu. Jumlah yang ditetapkan itu adalah jumlah minimum. Pengantin lelaki boleh berikan lebih daripada jumlah tersebut mengikut kemahuannya.
Mas kahwin yang diberikan hendaklah sesuatu yang bermanfaat kepada pengantin wanita. Selalunya mas kahwin diberikan dalam bentuk wang. Mas kahwin yang telah dipersetujui perlu dibayar semasa akad nikah pasangan pengantin.
Firman Allah:
“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.” (Surah al-Nisa, ayat 4)
Pemberian mas kahwin juga dibolehkan dengan pemberian senaskhah al-Quran kepada isteri. Rasulullah SAW pernah mengahwinkan seorang lelaki dengan mas kahwin surah al-Quran. Lelaki tersebut tidak memiliki barangan untuk dijadikan mas kahwin.
Sabda Rasulullah SAW:
“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman dalam al-Quran:
“Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu (isteri) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walau sedikit daripada mahar itu.” (surah al-Nisa, ayat 20)
Al-Quran ialah kitab suci dan melambangkan cinta sejati bersyariatkan agama kepada isteri. Hikmah bagi pernikahan yang menjadikan al-Quran sebagai mas kahwinnya ialah:
- Mengaji al-Quran memberikan manfaat kepada suami isteri hingga ke akhir hayat.
- Suami isteri dapat menimba ilmu daripada pembacaan ayat al-Quran.
- Mendapat kebaikan pahala kepada isteri dan suami apabila membaca al-Quran.
- Mendapat keberkatan dalam rumahtangga.
WANG HANTARAN
Wang hantaran ialah pemberian daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pemberian ini tidak wajib sebaliknya dianggap sebagai wang belanja untuk mengadakan majlis perkahwinan. Disebabkan majlis kahwin selalunya diadakan di kediaman pihak pengantin perempuan, wang hantaran diberikan oleh pihak lelaki untuk mengurangkan beban pihak perempuan.
Kadar wang hantaran selalunya ditetapkan oleh pihak perempuan sendiri dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Pihak lelaki boleh berikan wang hantaran mengikut kesesuaian masa yang dipersetujui. Misalnya dalam tempoh ikatan pertunangan, sebulan sebelum majlis kahwin atau pada hari akad nikah. Ada yang memberikan wang hantaran dalam bentuk tunai dan ada yang menggunakan cek. Malah ada yang teruk mengkreditkan ke dalam akaun pihak perempuan. Terpulang kepada keselesaan kedua-dua belah pihak.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Penting Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Ini Sebabnya Suami Isteri Perlu Tahu Untuk Kekal Till Jannah
Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.
Meraikan ulang tahun perkahwinan mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga.
Usia perkahwinan yang bertambah setiap tahun menjadi satu penanda aras yang menandakan anda dan pasangan berjaya melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perkahwinan.
Imbau dan rasai kembali kasih sayang yang menyatukan perasaan anda dan pasangan selama hidup bersama.
Anda dan pasangan juga dapat mengenal pasti apa yang menjadi kekuatan dan kelemahan dalam ikatan perkahwinan anda dan pasangan agar kelemahan yang ada mampu diperbetulkan.
Melakukan refleksi bersama dengan pasangan akan menyedarkan anda seberapa jauh hubungan perkahwinan ini bermula.
Usia perkahwinan yang masuk tahun ke 5, 10 bahkan 20 tahun bukanlah alasan pudarnya api cinta dalam perkahwinan.
Justeru pada momen ulang tahun perkahwinan, anda dan pasangan bolehlah merencanakan makan malam romantik mahupun percutian bersama.
Rencanakan aktiviti atau liburan yang sesuai dengan keinginan anda dan pasangan untuk mengisi agenda ulang tahun perkahwinan.
Ini sangat bermanfaat untuk ‘menggebukan’ kembali perasaan cinta antara anda dan pasangan.
Penting untuk melakukan refleksi sejenak untuk menyedari betapa berharganya hubungan perkahwinan anda.
Ambil juga sedikit masa untuk merangka masa hadapan dan impian anda bersama pasangan untuk masa depan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kalau Jumpa Lelaki Suka Cari Gaduh, Jangan Lepaskan. Dialah Jodoh Paling Serasi & Suka Kita Dalam Diam!
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ada dalam kalangan kita yang suka dengan seseorang itu dalam diam. Suka menyimpan rasa hati seorang diri dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain kerana bimbang diperkecilkan.
Namun sebenarnya tanpa kita sedar rupanya lelaki yang kita sukainya itu juga turut menyukai diri kita dalam diam, tetapi bagaimana kita mahu tahu perasaannya pada kita?
Tidak mahulah jadi seperti ‘perigi mencari timba’ kerana memang malu jika cinta kita telah ditolak dalam diam.
Bagi mengelakkan situasi begini, kita sebenarnya boleh tahu kalau seseorang lelaki itu sebenanya suka pada kita dalam diam.
Perhatian tanda-tanda ini dan jika ada, bermakna dia memang jodoh terbaik untuk dirimu.
1. Selalu Memerhatikan Anda/Curi Pandang
Seseorang yang meminati anda dalam diam, selalu perhatikan anda apabila berada berdekatan dengan mereka. Tidak dapat dinafikan lagi jika orang yang disayangi berdekatan dengan dirinya, hati akan berasa senang untuk terus mencuri pandang. Dan kebiasaannya juga dia selalu tersenyum apabila anda berborak dengannya.
2. Meluangkan Masa Dengan Anda
Biasanya, kalau seseorang lelaki itu meminati anda, si dia akan cuba sebaik mungkin untuk mencari masa bersama. Tidak kira dalam apa juga situasi, dia pastinya akan ada masa untuk anda. Paling tidakpun pada waktu lunch, si dia akan mesej untuk makan bersama. Jika sekiranya 3 hari berturut-turut dia tidak mesej, maka anda sangat membosankan buatnya.
3. Selalu Layan Kita Secara Kasar/Menyakat
Lelaki yang suka anda, selalunya akan layan dengan kasar seperti dia membenci anda. Ini kerana dengan cara itu sahaja si dia boleh dekat dengan dirimu. Kadang-kadang si dia suka timbulkan masalah walaupun tanpa sebarang punca hanya untuk melihat anda marah atau anti dengan si dia. Tapi, kalau ada lelaki atau perempuan lain yang buli anda, dia adalah orang pertama yang akan lindungi diri anda.
4. Sentiasa Berada Disisi Jika Anda Memerlukan
Lelaki yang meminati anda dalam diam ini, sanggup buat apa sahaja kalau anda minta pertolongan. Dia akan membebel, cakap yang kita susahkan dia. Tapi sebenarnya dalam hatinya, dia suka sebab dia orang pertama yang kita cari. Kadang-kala dia sanggup bagi apa sahaja yang kita minta, walaupun barang yang diminta itu adalah baranng kesayangan dia dan tidak pernah ada orang lain menyentuhnya.
5. Bersikap Cemburu
Jika anda berborak atau bergurau senda dengan kawan lelaki anda ataupun kawannya, si dia akan cuba sedaya upaya jauhkan anda dari mereka kerana cemburu melihat andabermesra dengan lelaki lain. Andai kata anda terserempak dengan kawan lelaki semasa keluar bersama si dia, pasti dia akan cuba mengajak anda ke tempat lain atau melekakan anda dengan membelikan barang yang diminati supaya anda kurang fokus untuk beramah mesra dengan kawan berkenaan.
6. Perangai Berubah Bila Bersama Anda
Pernah tak anda berjumpa dengan lelaki yang garang, ego dan control macho. Tapi apabila dengan anda, dia jadi lembut dan manja. Katakan jika dia sedang marah, kalau anda pujuk, mudah sahaja marahnya akan hilang. Ataupun, bila dia dalam keadaan sedih, hanya anda sahaja yang dia mahukan sebagai peneman duka.
7. Dia Tahu Segalanya Tentang Kita
Si dia yang meminati kita dalam diam ini, selalunya akan selidik tentang diri kita dari orang yang dekat dengan kita ataupun kita sendiri. Contohnya seperti apa yang kita suka, apa yang kita tak suka, tentang adik beradik kita dan sebagainya. Dan yang paling ketara, si dia boleh ingat apa yang kita beritahu dekat dia walaupun perkara itu telah berlaku dua tahun yang lepas. Laman sosial anda, semestinya si dia akan stalk untuk mengetahui status kehidupan anda.
Kesimpulannya apa yang dikongsikan di atas ini hanyalah gambaran asas sama ada si dia suka anda ataupun tidak kerana setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaanya terhadap anda.
Tidak semestinya sama seperti yang diatas. Jika sama, maka terpulanglah pada anda untuk membuat keputusan. Jika merasakan si dia jodoh paling tepat jangan lepaskan kerana memang dia menyukai kita sedalamnya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI