Lisa Surihani takut dengan pujian manusia, segala yang berlaku sebenarnya datang dari Allah. Oleh sebab itu selebriti ini bimbang bila dipuji manusia.
Dirinya cuma cuba berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dengan menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi apa yang berlaku pada dirinya adalah dengan izin Allah SWT.
Artikel Berkaitan:
Tatkala pelakon jelita Lisa Surihani memilih untuk berhijab kira-kira empat tahun lalu, perkara yang paling ditakuti adalah bagaimana dirinya dapat terus kekal istiqamah.
Sudah tentu bukan suatu perkara yang mudah dalam melayari kehidupan yang serba mencabar ini. Lisa mengaku pernah berdepan fasa ‘tergelincir’ tetapi Lisa pantas bangkit agar tidak berputus asa dalam memastikan dirinya menjadi insan terbaik disisi-Nya.
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Walau apa jua keadaan sekali pun, saya cuba pertahankan sesetengah prinsip.
“Ya. Ini satu pengorbanan yang berat terutama sekali untuk terus kekal istiqamah. Tapi saya harus mencuba sebaiknya, ada waktunya tersungkur tetapi perlahan-lahan saya bangkit supaya tidak berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Selain itu tambah Lisa, sejak mengenakan hijab satu hal lain yang ditakuti juga adalah hanyut dalam pujian.
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya dari Allah. Sejujurnya saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang terlahirnya perasaan suka.
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan tetapi semua itu datangnya dari Allah,” katanya.
Menyentuh mengenai karier seni lakonan, Lisa tidak menafikan sejak mengenakan hijab, tawaran lakonannya semakin kurang.
Kata Lisa, dia juga bersyukur apabila suaminya yang juga pengarah terkenal, Datuk Yusry Halim tidak pernah menghalang sekiranya dia ingin terus berlakon.
“Tahun lalu memang ada tawaran tetapi dianjakkan ke tahun ini, tapi sampai saat ini belum ada sebarang ‘update’.
“Memang sejak tampil berhijab, secara semula jadi tawaran lakonan juga menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu tetapi saya tidak terlalu kisahkan sangat.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan dan saya ingin belajar untuk perbaiki lagi diri dalam bidang itu.
“Bagi kerjaya lakonan pula, sekiranya ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya Allah saya pertimbangkan,” katanya.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Semoga ada rezeki Lisa Surihani di bidang pengacaraan.
Sumber: myMetro, Instagram Lisa Surihani
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.