Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan di bulan Ramadan ini.
Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir Ramadan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.
Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama ‘outstation’ . Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30 juzuk lebih awal mungkin tipis.
Ads
BAGI MASA PADA ISTERI DEKATKAN DIRI PADA ALLAH
Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala, berilah masa@ ‘me time’ kepada isteri Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri.
Ya tugasan di rumah,jaga anak itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.
Ads
Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun ‘merangkak’ baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah. Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan amalan dengan Tuhan.
JANGAN BIAR ISTERI TERTEKAN
Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.
Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.
Ads
Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur,kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Belum pun habis siasatan mengenai iklan judi yang dipromosikan termasuk arahan terkini dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan penyedia platform media sosial Facebook, Twitter dan YouTube untuk menggugurkan iklan yang mempromosikan aktiviti judi itu kerana ia jelas melanggar terma perkhidmatan serta piawaian komuniti ditetapkan, hari ini satu lagi iklan berbentuk perjudian dikongsikan di media sosial.
Jika iklan pertama melibatkan DGBet3333 tetapi iklan kedua ini menggunakan IBC003 pula. Keduanya masih sama iaitu seperti mahu menghalalkan judi untuk golongan muslim yang kekurangan duit untuk mencuba nasib.
Malah pelakon-pelakonnya masih melibatkan individu mengenakan pakaian baju Melayu dan berkisar mengenai balik kampung. Apa yang jelas, ia seperti mencabar pihak berkuasa, malah tidak menolak ia mungkin dihasilkan dari syarikat yang sama namun menggunakan nama syarikat yang lain kerana corak iklan ini sama seperti yang pertama sebelum ini.
Lihat video
Satu keadah pemasaran “cucuk jarum”
Dalam pada itu, seorang peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co turut mengulas isu ini. Semoga orang beragama islam tidak terleka dengan teknik pemasaran “cucuk jarum” ini kerana sesungguhnya judi itu haram dan berdosa besar.
Baca perkongsian ditulisnya.
Iklan Judi Raya.
Iklan judi ni, tidak cukup mereka hantar Whatsapp dan dia mesej nombor kita. Yang herannya macam mana dia dapat nombor-nombor kita ini.
Kaedah pengiklanan mereka sentiasa ikut perkembangan. Misalnya sewaktu gelaran bosku sedang trending mereka mulakan dengan "Apa khabar bosku?". Ada-ada sahaja kaedahnya, sentiasa ikut perkembangan semasa.
Jadi waktu raya begini, mereka tidak mahu melepaskan peluang dengan membuat iklan hari raya. Kali ini mereka melampaui batas.
Pandai mereka menggunakan sentimen. Apabila watak iklan itu, digambarkan tidak berduit hendak beraya dan kemudian mencuba nasib. Tiba-tiba menang pula perjudian dan jadi mewah sehingga boleh beli kenderaan.
Kawan-kawan dan keluarga di kampung jadi kagum melihat kenderaan baru, apabila dia pulang ke kampung. Raya disambut penuh keceriaan kerana hasil judi dan mereka ajak kita semua berjudi.
Apa punya iklan begini? Dalam pada undang-undang Syariah di Malaysia memperuntukkan siapa-siapa yang berjudi boleh didenda dan dipenjara, selamba sahaja mereka buat pengiklanan mengajak orang ramai berjudi.
Saya pernah menulis tentang seorang lelaki yang didenda dua ribu ringgit atau enam bulan penjara kerana membeli nombor ekor berharga RM1, secara suka-suka. Ini baru RM1, sudah didenda begini. Iklan ini sudah melampau. (Link tulisan dalam ruangan komen)
Dalam agama Islam, orang Islam haram berjudi. Di Malaysia, undang-undang orang-orang Islam didenda atau dipenjara kerana berjudi.
Kalau iklan itu, menggunakan watak orang bukan Islam, saya rasa kita pun tidak kisah. Apabila iklan itu wataknya orang Islam, lagu pula lagu genre tradisional, situasi pula hari raya, wataknya juga berbaju melayu, berbaju kurung dan juga bertudung. Itu yang kita jadi marah. Motif?
Sudah tentulah sasaran untuk menarik orang-orang Islam. Sampai begitu sekali. Perkara-perkara haram ini, jangan dibuat main. Hish! Kalau iklan arak yang cuba digambarkan dengan cara yang sama. Hish! Pengiklanan mengajak dan memanggil kita buat aktiviti haram.
Inilah masalahnya apabila banyak cara marketing menggunakan teknik "find common ground" tetapi tidak kena gaya.
Teknik mencari "connection" atau "to relate" antara penjual dan pembeli itu memang penting tetapi biar kena gaya.
Mengapa teknik ini penting? Misalnya iklan Kellogg's Cornflakes. Produknya memang berasal dari USA dan dipasarkan di seluruh dunia tetapi model iklan mereka di setiap negara.
Kalau di Malaysia, modelnya orang Malaysia. Jika dalam iklan itu ada ibu yang menjamu anaknya dengan Kellogg's, kedua-duanya muka orang Malaysia, keluarga Malaysia.
Mereka tidak pakai model muka 'mat saleh', rambut blonde dan bermata biru. Jika mereka 'pukul rata' dengan menggunakan iklan yang dan model yang sama di seluruh negara yang mereka pasarkan produk, kita tidak boleh 'relate' dan kita tidak rasa ada 'connection'.
Lambat produk mereka hendak laku di negara lain kerana tiada rasa kekitaan. Memang jimat kos tetapi tidak dekat di hati pelanggan.
Itulah kenapa, syarikat-syarikat yang memasarkan produk suka hendak menggunakan konsep yang mereka boleh 'relate' dengan pengguna tempatan di setiap negara. Boleh dikatakan semua produk antarabangsa menggunakan teknik ini.
Kalau dulu, pengilat kuku, pewarna rambut semua tidak boleh digunakan kerana tidak sah wuduk tetapi syarikat pemasaran sentiasa membuat kajian baru dan hasil yang baru dan menjadikan produk sah wuduk supaya dapat mensasarkan produk kepada skala sasaran pengguna yang lebih besar.
Itulah datang tagline seperti "Mesra wuduk" atau "Muslim friendly". Macam-macam kaedah dan cara dan melihat kepada sasaran pengguna.
Jadi sekarang syarikat judi sudah mula 'cucuk jarum' mensasarkan kaedah pemasaran begini walaupun haram dan salah di sisi undang-undang. Dalam diam-diam mereka cuba nasib hendak cucuk jarum.
Cara mereka macam tidak bersalah dan nampak bukan macam kesalahan kerana dalam iklan itu digambarkan orang-orang Melayu Islam juga berjudi untuk dapatkan hasil lumayan untuk beraya. Maka meriahlah hari raya kerana hasil judi dan bakal dikagumi oleh orang-orang kampung melihat hasil kekayaan. Pandai mereka pancing.
Panjang pula saya sembang pasal kaedah marketing. Bukan hendak jadi sifu marketing tetapi saya hendak kalian tahu kenapa kaedah begini kalau berjaya 'cucuk jarum' dalam pemasaran akan menjadi 'barah' satu hari nanti.
Ilmu marketing ini, perlu pandai guna taktik dan skil. Barulah berjaya mendapat tempat di hati pengguna. Jadi pengguna memang perlu bijak.
Tahniah kepada semua kerana suara-suara bising kita, hal ini telah menjadi besar. Semoga jangan lagi ada iklan-iklan begini kelak.
Oleh Nor Zabetha
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seharusnya kita sentiasa bersyukur dengan kemakmuran negara kita. Tiada peperangan, tiada kebuluran malah banyak kemudahan perubatan disediakan jika diuji dengan kesakitan. Walau kadang kita diuji dengan ketiadaan pekerjaan kerana COVID-19 namun jika rajin berusaha menggunakan tulang empat kerat, masih ada rezeki yang menanti.
Kata orang biar gaji tak banyak, asal ada. Bahkan kemurahan hati rakyat Malaysia yang saling membantu mereka diuji kesusahan sudah terbukti tanpa mengira agama dan bangsa.
Namun bagi rakyat Palestin, kala ini mereka bukan saja diuji dengan musim sejuk melampau dan masa yang sama mereka kekurangan pakaian menutup tubuh tetapi gaji juga dipotong sebanyak 70 peratus.
Ya gaji dipotong 70 peratus dan hanya peroleh 30 peratus saja. Jika di negara kita gaji dibayar dengan bekerja sebulan, 30 hari tapi berbeza di sana di mana kena bekerja 40 hari lamanya sebelum memperoleh gaji.
Perkongsian dari Pengasas/ CEO Cinta Gaza Malaysia -CGM, Nadir Al Nuri mengenai situasi di Palestin pastinya mengundang sebak kita yang melihatnya.
Dalam catatannya beliau yang tinggal di Palestin berkongsi kisah menyedihkan ini. Seharusnya kita belajar bersyukur dengan segala nikmat Allah taala.
Allah…
Sebak bila melihat gambar ini. Pekerja di Gaza dibayar gaji mereka setiap 40 hari, itupun sekitar 30% sahaja dibayar kerana tiada duit di pihak kerajaan.
Maka tak pelik apabila pemuda ini bermalam di depan mesin ATM supaya sebaik sahaja gajinya masuk, dia dapat mengeluarkan duit untuk membeli keperluan harian keluarga dan membayar hutang-piutang yang ada.
Biasanya pada hari gaji di Gaza, setiap mesin ATM dan bank akan dikerumuni puluhan pemuda yang beratur mengeluarkan rezeki yang ada.
Hari gaji kita bagaimana?
Sumbangkan apa yang termampu untuk membantu saudara-saudara kalian di Palestin, Syria dan Greece melalui projek musim sejuk kita pada tahun ini.
Sebelum majlis nikah bermula, pasangan itu perlu buat beberapa persediaan. Tip yang dikongsikan ini mungkin nampak remeh.
Namun awas! Perkara yang remeh inilah yang selalu mendatangkan masalah ‘besar’ dan perlu kita ambil peduli.
Tak nafikan perkara seperti kad pengenalanlah dan duit mas kahwin. nampak ‘simple’ sahaja. Tetapi ‘perkara-perkara’ begini kalau tidak ada pada hari pernikahan, pasti majlis akad nikah itu akan bermasalah.
Ada lima perkara penting untuk anda ambil berat pada hari nikah berlangsung. Jangan sampai terlupa ya!
1) Kad Pengenalan Diri
Jangan lupa bawa kad pengenalan anda dan pasangan. Kad ini perlu diserahkan kepada jurunikah yang mengetuai majlis akad nikah anda nanti. Tanpa kad pengenalan, urusan akan jadi susah kerana dokumen itu sememangnya diperlukan.
Walaupun ada yang fotokopi, kad pengenalan sebenar perlu ada. Jadi, elakkan daripada kehilangan kad pengenalan. Jika hilang, misalnya diragut, sila buat laporan polis dan dapatkan salinan laporan itu untuk ditunjukkan kepada jurunikah.
2) Mas Kahwin
Mas kahwin perlu ditunjukkan kepada jurunikah sebelum akad nikah dimulakan. Mas kahwin ialah pemberian wajib kepada pengantin perempuan dan termasuk dalam rukun nikah.
Mas kahwin minimum telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam negeri tertentu. Jika anda mahu beri mas kahwin lebih daripada yang ditetapkan dan jumlahnya beribu-ribu, sila buatkan cek untuk memudahkan urusan. Tak perlu bawa wang tunai kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku.
3) Kehadiran
Pastikan kehadiran individu yang penting dalam urusan akad nikah. Misalnya kehadiran pasangan pengantin, jurunikah, saksi dan wali. Telefon untuk mengingatkan mereka ini sehari sebelum majlis berlangsung. Ingatkan hal penting terutamanya mengenai waktu perlu berada di lokasi pernikahan.
4) Tepati Masa
Sila tepati masa yang telah diberikan oleh jurunikah. Ini kerana jurunikah bukan hanya mengetuai majlis akad nikah anda sahaja. Dia perlu ke lokasi lain untuk urusan akad nikah orang lain pula.
Jadi, sila hadir ke lokasi anda bernikah pada masa yang telah ditetapkan supaya urusan lebih mudah.
5) Jangan Gugup
Pengantin lelaki dinasihatkan supaya banyak bertenang. Jangan kelam-kabut pada hari pernikahan. Minum air masak secukupnya. Bertenang dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang dihafal. Jika tidak bertenang, akan mudah gugup apatah lagi ketika akad nikah nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berat lakukan ibadah dalam bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya untuk kita sepanjang bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan...