Apa hukum makmum terlupa untuk baca surah al-Fatihah ketika dalam solat berjemaah?
Bagi menjawab isu berkenaan, sekiranya terlupa maka tidak ada masalah. Cuma perlu dilihat, setakat mana terlupa itu. Sekiranya imam sudah rukuk, maka perlu baca terlebih dahulu Surah al-Fatihah sehinggalah dia dibenarkan tinggal tiga rukun perbuatan yang panjang iaitu sehingga imam hendak sujud kedua, maka pada masa itu, wajib dia mengikut imam semula.
Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmu’, makmum diberi keuzuran supaya tidak mengikuti imam sebanyak tiga rukun yang panjang pada keadaan tertentu di mana makmum mesti rukuk sebelum imam bangun daripada sujud kedua untuk qiyam pada rakaat atau bangun untuk tasyahhud. (Rujuk al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi)
Dalam mazhab al-Syafi’e, memahami hadis Nabi yang sahih dalam pelbagai riwayat. Antaranya, hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Somit bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari -756) dan Muslim – 900)
Ads
Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melaksanakan solat dan tidak membaca al-Fatihah di dalamnya, maka solatnya itu kurang.” Perkataan itu diulang sehingga tiga kali. (Riwayat Muslim – 907)
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata, jumhur umat Islam berpendapat wajib membaca al-Fatihah di belakang imam sama ada pada solat Sirr (perlahan) atau Jahr (kuat). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/365)
Membaca al-Fatihah adalah wajib kepada imam dan makmum. Adapun makmum terbahagi kepada dua. Sekiranya makmum masbuk, bacalah sekadar sebelum imam rukuk.
Ads
Apabila imam rukuk, walaupun bacaan belum habis, dia berhak mengikut imam berdasarkan nas hadis bermaksud: “Jika imam rukuk, maka rukuklah.” (Riwayat al-Bukhari – 733) dan Muslim – 411)
Bagi mereka yang membaca al-Fatihah sehingga habis adalah bagi makmum yang sifatnya Muafiq.
Ads
Adapun jika sembahyang seorang diri, dia juga wajib membaca al-Fatihah. Inilah mazhab Imam al-Syafie Rahimahullah.
Sekali lagi kami tegaskan bahawa al-Fatihah adalah wajib bagi imam, makmum (kecuali makmum masbuk) dan juga sembahyang seorang diri.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sujud sahwi dibuat kerana terlupa rakaat sembahyang. Maksud sahwi dari segi bahasa ialah lupa atau lalai akan sesuatu. Manakala yang dimaksudkan dengan sahwi di sini ialah kecacatan solat yang dilakukan seseorang ketika bersolat sama ada disengajakan atau terlupa.
Oleh itu sujud ini yang dilakukan di penghujung solat akan menjadi penutup kepada kecacatan tersebut. Ia dilakukan dengan cara sujud sebanyak dua kali sepertimana sujud-sujud di dalam solat dengan niat sujud sahwi. Tempatnya ialah pada akhir solat sebelum salam.
Hukum sujud sahwi adalah sunat. Jika terlupa melakukan sujud sahwi, hukumnya adalah dimaafkan. Ini juga kerana hukum asalnya adalah sunat. Hal ini sepertimana disebut dalam firman Allah SWT:
عَفَا اللَّـهُ عَمَّا سَلَفَ
Maksudnya: “Allah maafkan apa yang telah lalu.” (Surah al-Maidah: 95)
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dari segi ilmu fiqh, ibadah yang dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya, ibadat itu dikira sah (gugur kewajipan dari pelakunya dan tidak perlu lagi diulangi). Namun ibadat yang sah dari segi fiqh, belum tentu diterima Allah (yakni diberi pahala), kerana di dalam al-Quran dan hadis ada disebutkan faktor-faktor luaran yang menyebabkan amalan ditolak (tidak diberi pahala).
Menurut Imam an-Nawawi; maksud ‘tidak diterima solatnya’ ialah; tidak ada pahala untuknya sekalipun solatnya dikira (iaitu gugur kefardhuan darinya dan tidak perlu lagi dia mengulanginya) (lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 14/227, hadis no. 2230/125).
Khusus berkaitan dengan orang yang meninggalkan solat, Nabi SAW bersabda;
مَنْ تَرَكَ صَلاَةَ العَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ “Sesiapa meninggalkan solat asar (dengan sengaja), sesungguhnya rosaklah amalannya” (Soheh al-Bukhari; 553. Dari Buraidah RA).
Menurut ulamak; maksud ‘rosaklah amalannya’; batal pahala amalannya (lihat; Minhatul Bari syarh Soheh al-Bukhari, Syeikh Zakaria al-Ansari, 2/268, hadis no. 553).
Jika meninggalkan satu solat sahaja amalan sudah binasa/rosak, bagaimana dengan meninggalkan kesemua solat. Maka hadis di atas perlu menjadi peringatan kepada orang yang melakukan kebaikan (termasuk puasa) namun enggan solat, kemungkinan besar kebaikan mereka ditolak oleh Allah selama mereka tidak bertaubat (dengan kembali mengerjakan solat).
Apatahlagi puasa diperintahkan Allah dengan tujuan agar orang yang berpuasa bertakwa kepada Allah (lihat; surah al-Baqarah, ayat 183). Tanda ketakwaan yang paling dasar –setelah syahadah- ialah mengerjakan solat lima waktu. Jika kita berpuasa kerana takwa, tidak akan tergamak kita meninggalkan solat kerana kewajipan solat lebih besar dari kewajipan puasa. Di awal surah al-Baqarah, Allah menyebutkan antara ciri orang bertakwa ialah; ‘Orang-orang yang sentiasa mendirikan solat’ (lihat; ayat 3).
Sumber: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
1. Sebaiknya buat lah solat sunat Tahajud
dahulu (di sepertiga malam yang akhir)
2. Di ikuti solat sunat Hajat.
3. Bacalah Yasin selepas solat subuh dan ulanglah ayat2 seperti yg tertera..
4. Mesti 3 kali Jumaat berturut2, jika tidak anda dikehendaki mengulangi semula.
5. Anda mesti yakin.
Boleh juga di bacakan pada air jika untuk melembutkan hati anak/isteri/suami yg keras…
* (ada yg berjaya disembuhkan dari penyakit berbahaya, ada yg memohon untuk dapat anak selepas 10 thn kahwin berjaya dapat zuriat, ada yg suami tak solat, tiba2 mahu solat dan ke masjid dll) Mohon dan doalah dgn yakin.
* Untuk lebih mustajab buatlah juga solat sunat taubat, kadang2 doa kita tidak mustajab kerana dosa2 kita sendiri. Wallahualam.
Solat jamak dan qasar adalah kemudahan yang dikurniakan untuk mereka yang bermusafir menunaikan solat. Namun jarak perjalanan tersebut hendaklah melebihi dua marhalah atau 81...