‘Lupa bilangan hari yang ditinggalkan.’ Ini kaedah penentuan bilangan hari qada puasa. Kadang-kadang akibat terlalu lama atau disebabkan masalah tertentu, wanita lupa bilangan hari yang tepat untuk mengganti puasa.
Apa lagi tempoh tinggal puasa agak panjang seperti ketika mengandung atau dalam proses berpantang. Oleh itu, bagaimana cara terbaik untuk menghitung bilangan hari yang perlu diqada kerana terlupa.
Ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.
Soalan:
Saya perlu pencerahan tentang bayar fidyah tapi tidak pasti tentang bilangan puasa yang ditinggalkan itu. Kalau nak dikira rasanya jumlah bayaran tu mesti agak besar dan saya tak mampu nk lunaskan semua bayaran fidyah tu.
Bolehkah saya bayar sekadar yang termampu ustaz? Maafkan atas kejahilan saya tentang pekara ni.
Yang Ditinggalkan
Jawapan:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Jika seseorang itu meninggalkan puasa Ramadhan atas sebab-sebab tertentu, maka dia wajib mengqadakan puasanya itu mengikut bilangan hari yang dia tinggalkan. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
Surah al-Baqarah, 2:185
Ads
Jika dia merupakan seorang yang memiliki uzur syarie, seperti sakit, lalu dia meninggalkan puasa Ramadhan dalam keadaan dia mampu untuk menggantikannya pada bila-bila waktu selepas Ramadhan, kemudian dia mati. Maka ke atas wali atau warisnya untuk menunaikan puasa bagi pihak dia. Daripada Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang mati sedangkan ke atasnya ada puasa (yang perlu diqadakan) maka walinya berpuasa bagi pihaknya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Ini Kaedah Penentuan
Daripada Ibn Abbas RA, beliau menceritakan:
جاء رجلٌ إلى النبيِّ صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسولَ اللهِ إن أمي ماتتْ وعليها صومُ شهرٍ، أفأقضِيه عنها ؟ قال: نعم ، قال: فديْنُ اللهِ أحقُّ أن يُقْضَى
Maksudnya:
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata:
Wahai Rasulullah, sesungguhnya sudah wafat dan ke atasnya ada sebulan puasa yang perlu diqada, bolehkah aku menunaikannya bagi pihak beliau? Berkata Baginda SAW: Boleh. Adalah hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilangsaikan.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Wali bererti kaum kerabat dan keluarga. Perlu diperhatikan bahawa fidyah hanya dibayar jika seseorang yang meninggal sebelum sempat mengqadakan puasanya sedangkan dia mampu untuk berbuat sedemikian ketika hidup.
Ads
Bilangan Hari
Para ulama membahagikan kaedah penentuan bilangan hari untuk puasa qada kepada dua; tahdidi dan taqribi.
Tahdidi bererti menentukan dengan tepat bilangan hari yang ditinggalkan, manakala taqribi ialah menggunakan anggaran berapa hari yang ditinggalkan kerana seseorang itu lupa berapa hari puasa yang telah dia tinggalkan.
Guru kami, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti menjelaskan kaedah penentuan secara taqribi ini ialah dengan bertanya kepada seseorang itu seperti ini:
Qada Puasa
“Adakah telah tinggalkan 50 hari?”
“Terlalu sedikit”
“90 hari?”
Ads
“Terlalu banyak”
Maka jumlah taqribinya ialah 75 hari.
Berkenaan dengan fidyah, hendaklah seseorang itu berusaha mengqadakan puasanya setiap hari yang mungkin terlebih dahulu. Ini lebih bersifat ihtiyati (berhati-hati) dalam urusan agama berbanding terus membenarkan membayar fidyah sehingga mengabaikan tuntutan qada’.
Semoga usaha kita untuk mengqada puasa-puasa yang lalu menjadi muhabasah kita untuk meraih kebaikan yang lebih besar daripada Allah SWT pada masa akan datang.
Kashoorga: Sebaiknya jika kita terlupa, kita agak-agak bilangan tersebut dan lebihkan jumlahnya sedikit jika tak pasti. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.
Ramai yang sering merasakan kerana mereka sama jantina, jadi soal aurat tiada masalah. Ini kerana pada pandangan kita, aurat hanya terbatas pada pandangan lelaki yang bukan mahram saja.
Apa batasan aurat sesama wanita?
Imam Nawawi dalam kitab Nihayatuzein menjelaskan bahawa batasan aurat muslimah yang perlu dijaga terbahagi kepada empat, baik terhadap mahram mahu pun yang bukan mahram. Berikut adalah batasan aurat sesama Muslimah perlu tahu.
1) Bahagian aurat sesama wanita :- Antara pusat ke lutut
Di kalangan Muslimah, boleh melihat tubuh Muslimah lain kecuali bahagian antara pusat dan lutut. Tapi aurat ini hanya terbatas di tempat yang tertutup seperti rumah, bilik tidur, bilik air dan bukannya di tempat umum atau bercampur yang bukan mahram dengan wanita non muslim.
Dalam satu hadith yang diriwayatkan Abu Salamah Radhiyallahu ‘Anhu, “Aku dan saudara ‘Aisyah datang kepada ‘Aisyah, lalu saudaranya itu bertanya kepadanya tentang mandi yang dilakukan oleh Nabi ﷺ. Lantas ‘Aisyah meminta wadah yang berisi satu sha’ (air), kemudian ia mandi dan mencurahkan air di atas kepalanya. Sementara antara kami dan dirinya ada tabir.”
2) Batasan aurat sesama wanita :- Bahagian Bawah Tubuh
Al-Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah berkata, “Yang nampak dari hadith tersebut adalah keduanya (yakni Abu Salamah dan ‘Aisyah) melihat perlakuan Aisyah dari bahagian atas tubuhnya kerana mereka saudara sesusuan. Masa yang sama Aisyah menutup bahagian bawahnya dengan tabir kerana itulah bahagian yang tidak boleh dilihat oleh mahram.
3) Batasan Aurat Sesama Wanita:- Beza dengan Non Muslim
Berbeza dengan wanita bukan muslim, walau sama jantina tapi kita tidak boleh mendedahkan aurat di hadapan mereka walau berada di tempat tertutup. Aurat harus terjaga kemas dari pandangan mereka.
4) Batasan Aurat Sesama Wanita: Sesama Muslim
Jika bersama wanita muslim, maka aurat yang boleh nampak adalah seluruh tubuhnya, kecuali antara pusat hingga lutut. Sedang jika non muslim, maka ia harus tetap menutup auratnya. sumber : Infoyunik
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kala ini media sosial viral dengan isu gambar pendakwah PU Amin bersama dua orang wanita dianggap menjolok mata sekaligus mencemari bulan Ramadhan. Tidak mahu terus memanjangkan isu berkenaan, di fbnya, PU Amin meminta maaf di atas semua yang terjadi dan mahu semuanya move on agar caci maki netizen tidak berlanjutan di media sosial.
Di fbnya, pendakwah ini berkongsi menjalankan dakwah street, mengambil inspirasi dari Ustaz Ebit Lew bagi membantu golongan yang memerlukan panduan beragama. Katanya, dakwah mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Dari dewan masjid surau hinggalah ke lorong lorong, kelab malam, dan pusat pusat kumpul mereka. #streetsdakwah.
Lantang, tegas dan garang di Media sosial tak mencukupi, kita wajib turun berdepan dan menyampaikan dakwah pada mereka walau satu ayat. Saya dah buat cara tegas, maka kali ini kita guna cara santun dan berdepan. Kita bukan sekadar keybord warrior.
Inspirasi ini saya ambil dari Al Fadhil Kekanda Ustaz Ebit Lew. Tidak pelik, sebab sejak 2019 beliau dah turun berjumpa berdepan mereka. Waktu tu pun Ustaz Ebit Lew teruk kena kecam. Tapi hasil nya ramai pondan maknyah gay lesbian pelacur bertaubat.
Saya buat perkara yang sama untuk mengajak mereka ke Syurga walau saya belum tentu ahli syurga. Kita lakukan dakwah ini untuk anak keturunan kita. Kalau kita tak mulakan dakwah ini maka hancurlah generasi kita.
Maafkan saya atas isu yang berlaku. Ramadhan tak patut dihiasi dengan caci maki yang buruk. Saya bersyukur, ujian jni buat saya lebih bersemangat untuk turun berdakwah bertemu masyarakat.
Maafkan saya, terima kasih & Move On Sumber : Fb PU Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
( Surah al-Isra’, 17:32).
Zina tidak hanya melibatkan kemaluan sahaja tapi mulut, mata dan lain-lain anggota.
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Dari satu perkongsian fb rumah perlindungan Baitus Solehah, Mak Liza berkongsi kisah seorang gadis sanggup berzina kerana mahu membalas dendam dengan ibu ayahnya kerana melahirkannya tanpa ikatan yang sah.
Moga jadi pengajaran buat ibu ayah untuk mengawasi anak-anak gadis dan bujang agar tidak terjebak dalam zina.
Anak Zina Melahirkan Cucu Zina
Dia sanggup berzina kerana merasa marah dengan ibu ayah apabila mendapat tahu dia anak zina. Ketika usia 21 tahun, dia menemui sijil pernikahan ibu ayahnya. Dia melihat tarikh ibu ayahnya bernikah. Dihitung dengan jari, dia dilahirkan 5 bulan dari tarikh pernikahan ibu ayah. Langsung dia bertanya pada ibunya apakah benar dia anak zina?
Ibunya tidak lagi berdaya untuk berbohong, sementelah gadis ini telah pun menemui sijil nikah yang disoroknya selama ini. Memikirkan gadis ini telah berusia 21 tahun, mungkin boleh menerima takdirnya begitu. Ya, gadis itu terpaksa menerima dalam keadaan yang amat kecewa. Lantas dalam keadaan binggung dia pun berkongsi cerita dengan kawan lelaki yang sama tempat kerja.
Di dalam keadaan dia ni bingung dan keliru, kawan lelaki telah ambil kesempatan. Dibelai-belai orang yang sedang berduka menyebabkan mereka langsung terjebak dalam zina. Kali pertama dan kali kedua, gadis ini masih tidak sedar bahawa dia juga telah berzina sama seperti ibu ayahnya dahulu.
Masih dalam keadaan bingung, dia mohon keizinan ibu ayah untuk pulang ke kampung untuk tinggal dengan datuk nenek menemankan mereka sambil mahu mencari ketenangan jiwa.
Masa berlalu, langsung tidak menyedari akan perubahan bentuk tubuh badan kerana tubuhnya yang gempal dan berisi. Dengan keadaan haid yang tidak teratur, dia tidak menyangka apa-apa. Sehinggalah suatu hari dia sakit perut dan dibawa oleh ibu ke klinik untuk pemeriksaan. Alangkah terkejutnya apabila sakit dalam perut, seperti ada ketulan keras itu adalah janin manusia. Doktor mengesahkan dia telah hamil 32 minggu bersamaan 8 bulan.
Terpempam wajah ibu ayah, terbayang lintas langsung kejadian 21 tahun lalu. Apa yang mereka telah lakukan, berulang semula ke atas anak mereka. Dan kini anak zina mereka telah melahirkan cucu zina untuk mereka.
Apakah akan lahir lagi seterusnya keturunan zina mereka? Gadis itu turut berduka kerana dia juga telah mengulangi seperti mana asal usul kejadian dirinya. Menyesal atas kata-katanya terhadap ibu suatu ketika dulu ketika marah telah terjadi pada dirinya kini.
Saya yang mendengar kisah ini pun terkesima seketika, tidak boleh berkata apa dan merasa sentap. Gementar hati, takut dengan hukuman Allah. Hanya ratip istigfar yang bergema di dalam hati.
“Maha Suci Allah, bantulah kami, agar dipelihara iman dan keturunan kami dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh MU. Jadikan kami hamba yang taat dan bersyukur kepadaMU.”
Opah Cucu Seribu,
Mak Liza
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salam bersalaman memohon kemaafan memang sudah jadi budaya kita ketika menyambut raya. Namun begitu batasan untuk bersalaman meskipun bersama ahli keluarga perlu juga dijaga.Ini...