Siapa tidak mengenali penyanyi berbakat luar biasa Alyah Abu Hasan. Dikurniakan suara yang sangat memukau dengan bakat nyanyian tersendiri menjadikan Alyah antara anak seni yang berjaya.
Namun setelah 20 tahun bergelar anak seni, dia menyedari betapa jauhnya diri dengan Allah.
Menurutnya dalam posting di laman Instagramnya selama itu dia menyanyikan lagu sedih, kecewa, curang dan semua berunsur cinta kepada manusia. Lagu yang membuatkan kita alpa kepada Maha Pencipta.
Jadi sempena Ramadan mulia ini, dia memohon maaf atas segala kekhilafan dalam mengejar populariti.
Malah atas pengaruh yang dibawanya dan bertekad untuk menyanyikan lagu berunsur cinta kepada manusia.
Tambahnya perjalanan masih jauh dan semoga Allah sentiasa bersama dan memberi redanya.
SALAM NUZUL QURAN
“20 tahun saya berjalan sebagai seorng penyanyi,Saya menyanyi lagu cinta,lagu sengsara,lagu sedih,lagu curang,lagu kecewa kebanyakan lagu lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia….
“Dibulan ramadhan yg mulia ini saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yg saya bawa selama ini.Nyanyian saya menitiskan airmata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia Bukan kerana kasih kerana Allah swt Bukan kerana para Rasul Bukan kerana para ilmuan agama Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu.Saya mohon ampun atas kekilafan saya selama ini dlm mengejar popularity…
“Saya la yg berdosa saya juga amat naif dan saya lah yg bersalah..
“Mohon maaf atas keputusan ini…
Selamat berpuasa semua…
“Lagu terbaik yg pernah saya tulis bersama @omarkrk & @ikhwanfatanna juga hasil usaha kakak saya @ayuputeh lagu yg saya lakarkan dari hati ketika saya masih mencari jawapan dlm kehidupan saya…perjalanan saya masih jauh semoga Allah swt sentiasa bersama kita semua dan memberi redhonya…
“Sejauh mana kita mencari jawpan demi mencari bahagia sebenarnya ia ada pada diri kita sendiri hanya 1 kepercayaan Allah swt itu ada dan dia maha baik dan penyayang pada setiap hambanya….Hakikat jiwaku
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALYAH