Bukan semua, namun sebahagian besar anak-anak muda millennial Malaysia hari ini sedang hadapi krisis kewangan sangat runcing kesan daripada gaya hidup mewah yang ingin ditonjolkan.
Artikel Berkaitan: Rezeki Asyik Tak Cukup, Rupanya Sebab Berhutang Dengan Isteri. Nak Hidup Bahagia Jangan Kedekut!
Artikel Berkaitan: Untungnya Jumpa Lelaki Bebas Hutang & Jangan Lepaskan. Dialah Calon Suami Terbaik Bimbing Dirimu Till Jannah
Jika anda lahir pada tahun 1981 hingga 1996, maka anda harus baca artikel ini.
Hakikatnya, anda kini merupakan sebahagian besar rakyat Malaysia, oleh itu, tenaga kerja hari ini serta pilihan kehidupan dan tabiat kewangan mereka mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi dan masyarakat.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Kewangan Asia, golongan milenial di Malaysia menghadapi masalah hutang yang semakin besar walaupun pada usia yang muda.
Sebahagian besar daripadanya disebabkan oleh pinjaman pelajar. Apabila golongan milenial tidak membayar balik pinjaman pelajar mereka, seperti pinjaman PTPTN, profil kredit mereka akan terjejas dengan teruk untuk tempoh bertahun-tahun.
Tinjauan Golongan Milenial iMoney mendedahkan bahawa rakyat Malaysia yang berumur antara 21 hingga 36 tahun mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan melebihi 50% yang mungkin akan menjejaskan penarafan kredit mereka. Ini menjadikannya lebih sukar untuk memohon produk seperti kad kredit, pinjaman peribadi, gadai janji dan pinjaman kereta.
Jika anda kini berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, apakah kesulitan kewangan yang perlu diberi perhatian. Beberapa tinjauan terkini mengenai kesihatan kewangan golongan milenial ini harus anda jadikan peringatan supaya lebih berhemah menguruskan wang.
”Sesiapa sahaja berhutang, lalu berniat tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri” (HR.Ibnu Majah)
Sumber: imoney.my