Madinah Diiktiraf Bandar Paling Sihat Di Dunia, Bumi Barakah Yang Menempatkan Makam Rasulullah SAW

Share

Pasti siapa yang pernah berpeluang memasuki taman syurga Raudhah akan terasa rindu dengan suasana di dalamnya. Taman syurga ini menempatkan makam junjungan Nabi Muhammad SAW, nabi kesayangan umat. Ia terletak di dalam Masjid Nabawi.

Terkini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf kota Madinah di Arab Saudi menjadi antara bandar paling sihat di dunia.

Kota suci bagi umat Islam itu meraih pengiktirafan tersebut selepas menerima kunjungan daripada sekumpulan pasukan WHO yang menjelaskan ia mematuhi segala standard piawaian global ditetapkan untuk menjadi bandar sihat. Memiliki dua juta penduduk, Madinah menjadi bandar pertama menerima pengiktirafan bandar paling sihat dari WHO.

Pentauliahan itu dilakukan olh 22 agensi kerajaan, masyarakat, badan amal dan sukarelawan yang membantu dan bekerjasama antara satu sama lain.

Memetik laporan Berita Harian, Program bersepadu Madinah itu merangkumi perkongsian strategik bersama Universiti Taibah bagi merekod keperluan kerajaan pada platform elektronik bertujuan sebagai kajian WHO.


Sementara itu, WHO turut memberi cadangan supaya Universiti Taibah menyediakan latihan kepada agensi bandar nasional lain yang berminat untuk menyertai program bandar sihat.

Jawatankuasa terlibat dipengerusikan oleh Presiden universiti berkenaan, Dr Abdul Aziz Assarani yang mengurus seramai 100 anggota mewakili 22 agensi kerajaan, awam, badan amal dan sukarelawan.

Kriterianya termasuklah memenuhi tujuan ditetapkan oleh Projek Strategi Wilayah Madinah dan pelancaran program ‘Bandar Berperikemanusiaan’ atau ‘Humanising Cities’.
Berdasarkan penilaian WHO, ‘kota yang sihat adalah kota yang mencipta dan memperbaiki lingkungan fizikal serta sosial, selain memperluas sumber masyarakat membolehkan orang saling mendukung dalam melaksanakan semua fungsi kehidupan dan mengembangkan ke potensi maksimum mereka secara berterusan’.

Justeru itu, kota Madinah memenuhi kriteria yang ditetapkan sekali gus berjaya diiktiraf sebagai antara kota paling sihat di dunia.

Published by
almaswa Haji Che Ros