Antara tujuan utama penciptaan manusia adalah agar mereka mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Di dalam al-Qur’an ada diceritakan bahawa dunia merupakan tempat persinggahan bagi setiap insan dan ia merupakan tempat untuk mengumpulkan amalan-amalan untuk dibawa ke alam akhirat iaitu tempat yang kekal abadi. Berdasarkan firman Allah SWT:
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ
[al-Syura:20]
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
Terdapat sebuah hadith yang menunjukkan bahawa setiap amalan itu dilihat atau dinilai pada pengakhiran hidup seseorang itu jika baik maka baiklah dan jika buruk maka buruklah. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam sahihnya:
Sabda Rasulullah SAW:-
وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ
Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu dilihat pada pengakhirannya.” [Riwayat al-Bukhari (6607)]. (sumber Pejabat Mufti Wilayah)
Kisah di bawah boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Kerana apa pun permulaan kita, ia tidak penting kerana paling utama adalah pengakhiran kehidupan kita.
Cukup Sebagai Pelajaran
Foto sebelah kiri adalah “Joseph Estes” berasal dari Amerika.
Dia seorang pendeta fanatik Kristen yang anti Islam dan mengolok-olokkan umat Islam. Menganggap bahawa umat Islam “menyembah kotak hitam di padang pasir”.
Foto yang sebelah kanan adalah Abdullah Al-Qasimi berasal dari Negeri Al-Haramain (Saudi Arabia).
Dia memulai kariernya sebagai seorang Da’i (yang hebat).
Dia menulis sebuah buku yg berjudul As-Shiraa’ bainal Islam wal Watsaniyyah (Perseteruan antara Islam & Paganisme). Buku ini mendapat respon yang sangat bagus.
Di kalangan Ahlul Ilmi, sampai-sampai ketika itu ada salah seorang Imam Masjidil Haram yang memujinya dengan sebuah qasidah (syair).
Bahkan Syeikh Shaleh Al-Munajjid hafidzahullaahu menyebutkan bahawa ada di antara ulama yang berkata:-
“Al-Qasimi telah membayar mahar Syurga dengan buku ini”.
Namun, tiba-tiba hati Abdullah Al-Qasimi berbalik 180 darjah. Setelah terpikat pada seorang gadis di Beirut. Dan jadilah ia membela idea orang-orang ateis yang menyesatkan dan ia pun menulis buku yang berjudul “Yakdzibuuna likai yaroullaahaa jamillaan” (Mereka berdusta untuk melihat Allah yang Maha indah)
Dan buku “Haadzihi hiyal aglaal” (Inilah belenggu).
Kemudian ia pun menyampaikan secara terang-terangan bahawa ia adalah seorang ateis dan mengingkari adanya ALLAH, lalu ia pun binasa pada tahun 1996.
Dalam tempoh yang sama, Joseph Estes dan anggota keluarganya memeluk Islam di tangan seorang Muslim Mesir kenalannya.
Joseph Estes memutuskan untuk menjadi seorang Da’i yg mendakwahkan Islam di Amerika setelah dia mengubah namanya menjadi Yusuf Estes. Ratusan orang memeluk Islam melalui dakwahnya. Maha Suci Allah Yang Maha membolak-balikan hati.
“Awal bukanlah segalanya, yang menjadi penentu adalah akhir dari amalan kita”.
Semoga ALLAH mengurniakan ISTIQOMAH dan HUSNUL KHOTIMAH untuk kita semua.
Aamiin Yaa Robbal Alamiin….
C&P M2 #ilmumilikAllah. Sumber : FB Mohd Zaidi Zainuddin