Bagi yang ada anak kecil di rumah terapkan ajaran supaya sentiasa mendoakan ibu bapa. Ada sebab ibu bapa perlu mengajar anak kecil sedemikian. Ini kerana jiwa anak yang masih suci dan tiada dosa boleh jadi punca doa mudah makbul.
Dalam catatan beliau, menurut al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali, Saidina Umar pernah meminta kanak-kanak agar mendoakan keampunan buat dirinya.
Jiwa kanak-kanak yang masih suci dan tidak berdosa itu menjadi rasional tindakan Saidina Umar. Kata Ibn Rajab:
كان عمر رضي الله عنه يطلب من الصبيان الاستغفار ويقول: ” إنكم لم تذنبوا”
“Sesungguhnya Saidina Umar RA pernah meminta kanak-kanak agar memohon keampunan buat dirinya dan dia berkata: Sesungguhnya (jiwa kamu suci) kamu masih tidak berdosa.”
Ads
Tindakan yang hampir sama pernah dilakukan oleh Saidina Abu Hurairah. Kata Ibn Rajab:
كان أبو هريرة رضي الله عنه يقول للغلمان: “قولوا: اللهم اغفر لأبي هريرة، ثم يؤمن على دعائهم”.
“Sesungguhnya Abu Hurairah pernah meminta kanak-kanak mengucapkan doa: Ya Allah, ampunkanlah (dosa-dosa) Abu Hurairah. (dan apabila kanak-kanak mengucapkan doa tersebut), Abu Hurairah mengaminkan doa tersebut.
Ads
Kesucian jiwa anak yang masih belum berdosa
Perhatikan bagaimana para sahabat melihat bahawa kesucian jiwa seseorang barangkali berupaya menjadi punca sesuatu doa itu mudah dimakbulkan. Dengan sebab itu mereka meminta kanak-kanak yang masih belum berdosa untuk mendoakan mereka.
Ads
Dengan itu adalah sangat wajar juga untuk kita mendidik anak-anak kecil kita yang masih suci hati mereka agar mendoakan kita. Mudah-mudahan berkat doa mereka, dengan keizinan Allah, kita memperoleh keampunan dan dipermudahkan urusan kita.
Memang tak nafikan seharian bekerja membuatkan tubuh kita penat. Waktu malam adalah waktu yang paling dinanti-nantikan untuk merehatkan diri. Namun sebelum melelapkan mata ada ‘tugas’ yang perlu dilakukan.
*EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.*
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah”.
Bertanya Siti Aisyah:
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. “Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar ”
( 3x )
Hutang rumah, hutang kereta paling biasa. Dua perkara ini bak kata orang kalau tak hutang maka tak berhartalah kita.
Tapi ada juga kalangan kita yang punya lebih daripada ini hutangnya kerana tuntutan hidup. Pada masa yang sama mereka cuba sedaya upaya melunaskannya. Kalangan mereka ini juga selalu tertanya-tanya ada tak doa agar mudah untuk dilangsaikan segala hutang ini.
Dipetik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan berikut adalah amalan yang boleh dilakukan bagi yang banyak hutang agar mudah melangsaikannya.
Doa mudahkan langsaikan hutang walau pun banyak
Terdapat beberapa hadis yang baik untuk diamalkan kepada setiap orang yang terbeban dengan hutang. Di sini kami bawakan hadis berkenaan dengan doa agar dimudahkan melangsaikan hutang, antaranya:
Hadis Abu Said al-Khudri RA. Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: “Rasulullah SAW telah masuki masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.
Beliau bertanya: “Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di dalam masjid sedangkan bukan luar waktu solat?” Abu Umamah menjawab: “Dukacita dan hutang menyelubungiku wahai Rasulullah!” Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Abu Umamah RA berkata: “Setelah membaca doa tersebut, Allah menghilangkan kedukaanku dan melunaskan hutangku.”
Riwayat Abu Daud (4/353)
Hadis ‘Aisyah R.Anha. Bahawa ‘Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam:
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”
Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)
Imam al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa makna bagi kalimah maghram ialah dain iaitu hutang. Dikatakan yang dikehendaki dengan al-Maghram ialah apa yang diperhutangkan sama ada perkara harus atau tidak, kemudia orang yang berhutang tidak mampu untuk membayarnya.” Lihat: Ibn Hajar al-Asqalani. Fath al-Bari. jil 2. hlm. 371.
Daripada Suhail, beliau berkata: “Abu Soleh memerintahkan kepada kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring sebelah kanan kemudian mengucapkan:
اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menguasai langit ketujuh-tujuh langit, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan kepada segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji benih, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran).
Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada segala kejahatan sesuatu yang Engkau memegang rambut hadapannya (yakni semua makhluk dibawah kekuasaan Allah). Ya Allah! Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelah-Mu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang Zahir, tidak ada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang terlepas daripada-Mu. Langsaikanlah hutang kami dan berilah kepada kami kekayaan hingga terlepas daripada kefakiran.”
Riwayat Muslim (2713)
Imam Nawawi rahimahullah menyebut: “Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, ianya merangkumi segala macam jenis kewajiban.” (Lihat: Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf al-Nawawi. Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim. juz. 17. hlm. 36). Beirut. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Hadis Ali RA. Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab telah datang menemuinya dan berkata: “Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), maka tolonglah aku! Maka Saidina Ali RA berkata: “Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu doa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka. (Iaitu) Jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, Allah akan selesaikanya untuk kamu? Saidina Ali berkata: “Katakanlah:
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”
Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita kefahaman dan keyakinan kepada Allah SWT. Amiin.
Malam-malam terakhir Ramadan ini selain mendirikan solat sunat, zikir munajat kita juga digalakkan untuk banyak membaca al-Quran.
Tapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak lancar membaca al-quran dan tidak mampu membaca surah-surah yang panjang?
Dipetik dari Jabatan Agama Islam Perak, bagi mereka yang tidak mampu membaca surah-surah panjang, terdapat surah-surah pendek yang mempunyai kelebihan sangat besar jika dibaca pada malam terakhir Ramadan apatah lagi jika ia bersamaaan malam lailatul qadar.
1. Baca 3 kali surah al-Ikhlas
Baca sebanyak tiga kali kerana satu bacaan surah itu bersamaan membaca satu pertiga al-Quran.
Apabila seseorang membacanya sebanyak tiga kali, pahala yang diperoleh seumpama khatam satu kali al-Quran.
Sabda Nabi Muhammad SAW dari hadis Abu Darda’ RA:
“Adakah kamu tidak mampu membaca dalam satu malam satu pertiga al-Quran? Mereka (para sahabat) berkata: Bagaimana seseorang membaca satu pertiga al-Quran? Sabda Baginda: Qul huwallahu ahad (surah Al Ikhlas) menyamai satu pertiga al-Quran,” Hadis riwayat Muslim.
2. Surah al-Zalzalah ibarat khatam Quran
Baca sebanyak dua kali kerana satu bacaan surah itu bersamaan dengan satu perdua al-Quran dan jika seseorang membaca dua kali, pahala diperoleh ibarat khatam al-Quran. Umat Islam digalakkan menggandakan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan.
3. Baca empat kali surah al-Kafirun
Baca sebanyak empat kali kerana satu bacaan surah itu bersamaan satu perempat al-Quran dan jika seseorang membaca empat kali, pahala diperoleh seperti khatam al-Quran.
Walaupun sebahagian ulama menilai hadis ini sebagai lemah tetapi kita tetap diharuskan untuk beramal dengannya.
4. Sekali baca Surah Yasin bersamaan 10 kali khatam Quran
Satu kali bacaan surah Yasin bersamaan dengan 10 kali khatam al-Quran.
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran,” Riwayat al-Tirmizi.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...