Rasulullah menjalani gaya hidup sihat sepanjang kehidupannya. Maka sebab itulah baginda tidak pernah ditimpa penyakit teruk. Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan malah diberi pahala.
Lalu bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan?
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”(HR. Muslim)
Ads
RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Ads
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
RASULULLAH TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Ads
SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
JADILAH SEORANG PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
FAKTA: *Jangan makan buah selepas makan nasi. Jangan sesekali skip makan malam. Sesiapa yang meninggalkan makan malam, dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari ini genap 15 Ramadan 1439 Hijrah. Ini bermakna sudah lebih dua minggu umat Islam menjalani puasa dan ibadah dalam bulan mulia yang mulia ini. Namun dari segi pemerhatian, masyarakat kita seakan-akan melebih-lebihkan ‘acara’ berbuka puasa. Hidangan berbuka puasa penuh terhidang di atas meja, tidak seperti di hari-hari biasa.
Hari pertama Ramadan sudah berpusu-pusu orang ramai pergi ‘membeli-belah’ mencari juadah buka puasa di bazar Ramadan. Kini boleh dikatakan setiap kawasan perumahan atau pekan kecil dan besar sudah ada bazar Ramadan. Bagaikan bukan bulan Ramadan jika sesuatu tempat tiada pusat jualan juadah berbuka puasa.
Sepatutnya dalam bulan Ramadan, kita mengawal nafsu makan, tapi lain pula amalan kita sekarang. Kita semua faham syarat berpuasa. Waktu puasa bermula masuk waktu Subuh hingga Maghrib, umat Islam diwajib menahan nafsu makan dan perkara yang membatalkan puasa.
Satu perkara lagi, kita dapat lihat pada bulan Ramadan, ramai berebut-rebut peluang untuk menambah rezeki dengan berniaga. Banyak orang kata Ramadan bulan pemberi rezeki kepada peniaga. Masa sebulan puasa inilah banyak bazar Ramadan, up town atau down town diwujudkan khas untuk memberi peluang kepada peniaga. Bagus untuk golongan umat Islam menambah rezeki.
Dalam keghairahan mencari rezeki, usah kita lupa bahawa di bulan Ramadan, kita memperbanyakkan amalan untuk menambah pahala yang disediakan pada bulan Ramadan seperti bertadarus, bersedekah, memberi makan kepada anak yatim dan golongan miskin.
Walau bagaimanapun lebih ramai orang tertumpu ke bazar Ramadan berbanding masjid untuk solat Tarawih. Tak kurang juga mereka yang sibuk mencari barang hari raya daripada cari pahala Ramadan.
Lihat sahaja di masjid-masjid. Hari pertama penuh sampai tak cukup-cukup tempat hendak solat Masuk 15 hari di bulan Ramadan, ruang dalam masjid yang penuh sebelum ini akan beransur-ansur kurang kepada separuh dan 10 hari terakhir Ramadan tinggal tiga saf jemaah yang menunaikan solat Tarawih.
Suasana sebegini memang lumrah berlaku. Tidak dapat dinafikan godaan untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri di pusat membeli belah mungkin lebih kuat daripada tarikan ke masjid atau surau. Kebanyakan ustaz yang berceramah berulang kali mengingatkan perkara ini saban tahun, tetapi hampir kebanyakan kita masih terleka.
Menyentuh tentang peniaga-peniaga di bazar ramadan, mereka sanggup bayar sewa mahal untuk mendapatkan tapak berniaga. Malangnya mereka hanya mementingkan keuntungan jangka pendek. Langsung tidak menjaga kualiti (bukan semua) barang yang dijual. Peniaga yang muncul ‘setahun’ sekali ini hanya menjadikan berniaga di bazar Ramadan sebagai kerja sampingan untuk menambah duit raya semata-mata.
Memanglah berniaga pada bulan Ramadan ini, keuntungannya berlipat ganda daripada biasa. Tapi jangan lupa, pahala Ramadan yang begitu banyak yang dilepaskan ketika berada di bazar Ramadan dan juga pusat beli-belah. Kita tidak pasti sama ada Ramadan akan datang kita masih ‘ada’ atau tidak. Jadi gunakan peluang di bulan Ramadan yang datang setahun sekali ini untuk menambah rezeki.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Ain ialah sejenis penyakit disebabkan pandangan mata. Orang yang dengki dan jahat, dengan sebab pandangan matanya sahaja sudah cukup untuk mengenakan orang yang dipandangnya dengan sesuatu penyakit.
Pandangan yang disebabkan kagum dan teruja dan disertai dengan sedikit sifat cemburu juga boleh menyebabkan terkena penyakit ‘ain mengikut Ibn Hajar al-‘Asqalani.
Ikuti perkongsian wanita berniqab ini tentang pengalamannya ketika mengalami penyakit ini.
Bismillah, dengan ini saya nak share pengalaman saya kena santau dan disihir. Cerita ini tidak dituju kepada siapa siapa tapi sekadar memperingati semua orang disamping menyucikan hati masing masing. Mohon doa bagi saya.
Sedikit panjang, moga moga bermanfaat.
Sebelum ini saya hanyalah biasa biasa saja, student medic yang tiada apa apa. Akhir tahun 2015 saya mula melibatkan diri secara serius dalam bidang perniagaan. Saya bangunkan brand kecantikan sendiri, FURAIHA.
Allah bagi rezeki kepada saya Alhamdulillah produk FURAIHA cepat mendapat tempat di hati pengguna. Brand dan team kami tersebar dengan sangat cepat, Allah bantu Alhamdulillah, tapi tak ramai yang senang hati.
MUKA HITAM
Awal tahun 2016, saya pulang ke Mesir untuk ambil exam medic yang saya dah pending lama. Masa ni semua orang tegur saya, Fara kenapa muka burn hitam.
Nak fikirkan logik, tak patut jadi hitam sebab saya berniqab. Lama lama saya perasan, muka saya jadi macam hangus walaupun bahagian kulit lain putih. Tak logik, tapi saya tak fikir pelik pelik.
Tak lama lepas tu kulit muka saya macam allergik dalam satu malam, naik macam macam. Takde tempat yang bersih, semua macam rashes. Semua orang tegur kenapa muka saya macam tu, padahal dulu licin bersih putih. Owner produk kot, takkan muka camtu.
Okay, saya layan je lagi sebab saya seorang yang positif.
Disebabkan saya berniqab, saya minta adik saya jadi face of FURAIHA. Kulit muka adik saya Erin, MasyaAllah memang cantik tanpa sebarang cela. Tapi lepas dua tiga bulan produk kami meletup, muka dia start naik macam macam. Sampai satu tahap dah macam berulat walau bahagian kulit lain cantik je.
RUPANYA SANTAU
Saya dah istighfar, saya tak expect santau tapi saya cuma anggap itu ain sahaja. Mula mula masih dalam denial state, saya ingatkan adik saya allergik seafood ke apa kan, rupanya santau. Allah.
Saya balik Malaysia bulan 3, jalani hidup macam biasa. Sehinggalah waktu kemuncak bulan 8 saya dah tak tahu apa yang kena dengan diri saya.
Saya dah macam tak terurus. Nafsu saya hanya nak tidur sahaja. Hidup saya tak terurus. Saya tak boleh makan, nafsu saya diikat, walau lapar gila saya hanya mampu makan 2,3 mulut sahaja. Sedih.
Saya lost weight sangat drastik. Berpuluh kilo. Muka saya takde seri, macam ada sesuatu yang halang di muka.
Waktu ni saya dah mula sakit teruk tapi saya masih belum tahu yang saya disantau. Saya dah mula lupa macam macam, otak saya dah affected. Biasalah sihir, macam virus lama lama dia makan ingatan. Sebabtu ada tahap boleh jadi gila jika kita biarkan.
Waktu ni saya dah tak ingat hari apa, saya tak tahu ini siang ke malam. Sebab saya tidur pun kadang kadang sampai 2-3 hari straight. Tak makan tak apa.
Bahkan saya nak congak kira 5+5 pun saya terpaksa pakai kalkulator. Fikiran saya dah tak berfungsi normal.
USTAZ PERAWAT SURUH BERUBAT
Tapi rezeki kan, Allah murahkan rezeki saya. Duit dalam akaun tak terjejas bahkan makin bertambah. Bisnes saya stay Alhamdulillah, cuma saya sahaja berperang bagai nak mati.
Sehinggalah satu hari, saya post jari saya pakai cincin cantik sangat di fb. Masa ni saya dah kurus gila.
Saya terima satu pm dari seorang ustaz perawat. Dia bagitau yang saya sakit dan minta saya segera berubat. Saya masih tak percaya dan minta dia jelaskan.
Bila saja dah ada orang suruh saya berubat, jin jin ni dah mula marah dan mula appear depan kita. By times, saya lihat kain kapan terbang, orang main guli, pocong dll. You name it semua dah tengok. Saya jumpa paku, saya jumpa macam macam benda pelik. Saya terima kiriman pelik pelik dari courier.
Masa ni saya sangat sakit, setiap selepas asar dorang tikam tikam bahu dan rahim saya. Pinggang sakit gila macam nak patah. Kepala dorang buat sakit sampai makan panadol sepapan pun takde kesan.
BERBULAN TIDAK DAPAT BERJALAN
Saya tidur dengan air mata, sakitnya terlampau. Tak boleh nak cerita, derita sangat. Satu hari tengah saya duduk bersila, dorang tarik kaki saya ke atas dan patahkan sampai bunyi ‘krukk’. Dan di sendi sendi dan lutut dorang duduk dan tinggal.
Sakit sangat, akhirnya berbulan saya tak boleh jalan sebab dorang dah berumah dalam tu. Nak bagi lumpuh. Saja dorang attack kaki supaya saya tak boleh kerja dan pending segala urusan. Dorang hidup di setiap sendi dalam badan.
Kalau nak berjalan tak boleh berdiri sebab tumit ni bagai kena tusuk paku, jarum dan pisau. Sakit gila, muntah santau angin, muntah kaca. Sebijik macam mayat hidup.
Sampai satu tahap, rumah saya yang 3 tingkat banyak bilik. Kami sekeluarga hanya tinggal dan duduk sebilik sahaja. Semua tidur sebilik dan lain lain semua dibiarkan kosong.
Kenapa? Sebab rumah dah macam rumah hantu. Macam macam ada, dengan macam macam bunyi dan rupa. Bunyi burung gagak dan macam macam.
Macam macam yang saya jumpa, macam macam mimpi yang datang dan bermacam benda dah jumpa, bola api dan lain lain. Ianya satu dunia, beyond normal.
Saya berubat dengan tak tahu berapa ramai ustaz dah. Habis dah berpuluh ribu. Sampaikan ustaz ustaz yang rawat saya kebanyakkan angkat bendera putih, give up. Sebab kes saya ni terlalu berat. Tak padan dengan dorang, kalau dorang bantu juga nanti sakit dorang dan family.
Ustaz ustaz cakap saya berada di skala 9.5 daripada 10. Biasanya kalau 10 orang tu dah mati huhu. Tapi Allah masih bagi panjang umur sehingga hari ini.
Tujuan orang orang yang buat saya cuma nak saya mati, bisnes saya lingkup dan saya hilang terus dari dunia. Bukan sorang yang buat saya tapi sangat ramai. Setiap dari mereka saya tahu siapa. Allah bukakan bila lama lama kita ikhlas beramal, Allah zahirkan.
Semuanya perempuan. Hamba Allah. Biasanya orang yang tak puas hati dengan kita adalah orang yang rapat dengan kita, tahu financial kita, tahu keadaan kita.
GUNA SIHIR
Bila saya tahu siapa, saya frust. Sebab saya sangat baik dengan dorang, dorang ni orang dihormati, orang hebat, naik hotseat, ada pengikut dan saya tak pernah buat jahat dengan dorang. Saya frust sebab tak sangka sampai tahap ni orang nak saya lingkup dan mati.
Mereka berhabisan bukan sikit malah cecah sampai ratus ribu dengan main sihir. Muka dorang pun cantik sebab susuk, produk nak laju main pelaris. Tak semua macam ni, masih ada yang berbisnes patuh syariah dan takutkan Allah.
Rambut saya gugur sangat banyak, muka saya berubah warna setiap hari. Sekejap hitam, sekejap biru, sekejap pucat macam mayat, sekejap kuning macam sami. Dorang nak buat saya jadi buruk supaya siapa yang jumpa saya akan fikir, ehhh ini ke founder produk.
Mereka ini orang yang tidak percayakan rezeki dan sanggup syirik dengan Allah demi dunia yang sementara. Jangan ingat kedai je ada pelaris, produk pun ada pelaris, muka boleh pakai susuk dan nak jadi public figure nak orang tunduk pun boleh.
Sebelum saya mula bisnes dan waktu saya minta izin Syeikh saya, dan kasyafnya syeikh dah cakap ini akan berlaku.
Perempuan ni sangat emosi jadi mereka senang hasad. Dalam neraka pun sangat banyak perempuan.Kalau lelaki jarang hasad sebab dorang rasional. Cuma lelaki ni masalah satu je bila dia nak seseorang perempuan tu, dorang sanggup buat apa pun.
Macam saya selain dari sebab bisnes, saya kena juga guna guna dan pengasih dari lelaki entah dari mana mana. Cumanya sihir dorang tenggelam dari kuatnya sihir yang datang dari sebab bisnes.
Tapi you all ni cerita lamalah. Sekarang ni dorang ada lain tapi tak boleh masuk dalam diri sebab pendinding sangat kuat. Dorang main main kat luar je, datang dekat takut hahaha.
KENA ADA PENDINDING KUAT
Back up belakang kita ada syeikh saya, ustaz ustaz yang masih sampai hari ini bantu saya Alhamdulillah semua dengan izin Allah. Dan diri sendiri kena ada pendinding sangat kuat nak hadap hasad dan dengki orang.
Alhamdulillah sudah sihat sekarang, muka dah balik asal cumanya berat je tak naik naik lagi. Ada nak sponsor susu gemuk tak? Hahaha. Kalau perasan saya banyak ke majlis zikir dan maulid kan.
Yes dulu memang saya banyak ke majlis majlis macamni tapi bila dah bisnes saya jadi busy gila. Akhirnya Allah datangkan ujian macamni kepada saya supaya balik kembali kepada majlis dan jalan bersama ulama.
Oh ya setiap kali ke majlis zikir muka saya akan jadi sangat cerah macam spotlight tau, sebab semua yang ada dekat saya waktu ni akan terbakar dan hangus. Dorang tak tahan sebabtu dorang blah.
Selepas baik dari sakit Alhamdulillah Allah bagi sangat banyak. Dengan amalan yang kita amal untuk benteng diri, Allah bagi macam macam. Kalau orang hasad dan benci kita, cakap belakang kita Allah bagi lintasan hati tahu.
Orang main cara kotor, pakai susuk, pakai pelaris, ada kena santau dan sihir, Allah zahirkan dan bagi kita nampak. Orang yang berniat jahat dengan kita terang terang Allah buka depan kita supaya kita tak go further dengan mereka.
Begitulah, Allah ini baik. Allah bagi kita melebihi apa kita nak. Saya tak pernah balas orang yang buat saya bahkan mereka masih gigih sampai sekarang walaupun mereka sedang membakar duit mereka dan membakar diri sendiri.
Mereka tak senang sampai sekarang, tak kaya sampai sekarang, tak bahagia sampai sekarang. Saya mendoakan mereka diberi hidayah, kesian dengan suami dan anak anak mereka. Rezeki Allah luas, percayalah.
Bila mereka dah tak dapat attack saya sebab sakit, mereka attack yang berdekatan dengan saya. Terutamanya family saya, tapi dengan sebab inilah kita lebih kuat beramal dan bantu family kita. Bukan niat nak jadi perawat pun, taknak pun.
Biasa je saya pasang radio kecik ruqyah tu sepanjang masa, tiba tiba dia akan tutup sendiri. Kita bukak lagi dia akan tukar kepada lagu pula. Dan saya bukak lagi, dia akan buat bunyi radio rosak pula zzz…zzz..zzz haha.
Bila saya di bilik air tingkat dua time maghrib dia akan mai dekat tingkap cakap, ‘Assalamualaikum fara, bukakla pintu. Nak masuk, nak masuk.’
Dia tak boleh masuk sebab rumah semua dah berpagar. Kalau ada izin kita baru boleh masuk.
BACA SELAWAT DAN WIRID
Waktu saya baca selawat dan wirid macam macam akan datang menzahirkan diri bila Allah nak tunjuk supaya kita boleh mengelak dari terkena sihir lagi.
Waze memang dia selalu kacau, peralatan office memang dia selalu kacau. Actually keluarga saya orang bisnes dan masing masing ada pesaing, macam macam yang datang tapi Alhamdulillah Allah selamatkan.
Jangan risau bagi mereka yang terkena sihir dan santau. Sihir pemisah suami isteri ke dll. Percayalah, satu masa benda ni semua akan expired dan pulang balik kepada tuannya. Akan makan diri mereka balik. Tugas kita hanya perlu beramal sahaja dan serahkan kebergantungan kepada Allah.
Tiada siapa mampu bantu kita melainkan Allah. Ingat Allah dah janji, yang hak akan menang mengatasi yang batil. Biar orang buat kita jangan kita yang buat orang.
Yang jahat takkan senang selamanya dan yang baik takkan susah selamanya. Allah ada, Allah bersama anda, Rasulullah cintakan anda. Saya faham sakit dan perit anda, moga dengan sakit ini kita lebih rapat dan cintakan Rasulullah.
Syeikh saya pesan, bila orang buat jahat dengan kita biarkan. Itu akhlak mereka, biar mereka jawab sendiri dengan Allah. Akhlak kita tetap sentiasa kena berbuat baik dengan orang.
Sharelah kepada rakan anda, tag yang berkenan. Saya nak kongsikan amalan yang saya amal di post seterusnya. Moga bertebaran manfaat kita bersama untuk saham akhirat sana InsyaAllah.
Saya tahu post ini akan menerima berbagai reaksi tapi kepada Allah lah kita sandarkan segalanya dan berlindung. Yang tak pernah melalui tak akan faham.
Saya balikkan segalanya kepada Allah moga penulisan ini bermanfaat dan kita lebih berjaga-jaga. Ini baru sahaja mengenai hasad dengki orang, belum lagi tentang khianat, fitnah yang bertebaran. Saya tulis ini dengan air mata berguguran. Saya tidak ada apa apa yang menyebabkan anda sanggup hilang Tuhan.
Semua ini hanyalah ujian untuk dinaikkan maqam dan martabat kita bila kita sabar. Saya mendoakan mereka semua mendapat hidayah Allah dan bertaubat sebelum mati.
Sumber Kredit: FB: Nur Liyana Farahin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Hendak mendidik anak-anak seelok-eloknya ketika mereka masih kecil lagi, baharulah didikan yang diterapkan dapat meresap ke dalam sanubari anak-anak. Seperti mengajar anak-anak menghafal surah, boleh cuba cara yang diamalkan oleh Shuib Sepahtu ini.
Melalui satu video yang dikongsikan oleh Shuib, Shuib dan Siti Sarah dikatakan sedang mencuba peraturan baru untuk mendidik anak-anak mereka di mana mereka harus membaca satu surah Al-Quran jika mahukan permainan baru.
Rata-rata pengikut Shuib memberikan komen positif. Malah ada juga yang ingin mencuba teknik baca dulu baru beli yang dipratikkan oleh Shuib dan isterinya Siti Sarah.
NAK BUAT DEKAT ANAK
BOLEH JADI PANDUAN DIDIK ANAK-ANAK
PERATURAN JARANG JUMPA
Sumber kredit: @Shuib Sepahtu
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...