Mahu Suami Makin Sayang? Baca Doa Pengasih Ini Supaya Kasih Sayang Kekal Terjalin!

Share

Seorang isteri tentunya ingin terus disayangi oleh suaminya. Di samping menjaga rupa paras, amalan doa juga mampu menambat kasih sayang suami.

Melalui amalan doa, kasih sayang antara suami isteri dapat dipupuk.

 

Kuasa doa, tiada siapa yang mampu menidakkannya. Bagi isteri yang ingin suaminya sentiasa sayang padanya, cuba amalkan baca Surah Al-Insyiroh setiap hari.

Setiap kali habis sholat fardhu, amalkan baca Surah Al-Insyiroh. 

Niatkan ketika membacanya agar selalu disayang suami. Setelah selesai membaca, tiupkan ke telapak tangan dan usapkan ke seluruh wajah.

Terjemahan ayat:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.1: Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?2: Dan Kami pun telah menurunkan beban darimu. 3: Yang memberatkan tanggunganmu, 4: Dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu bagimu. 5: Maka Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 6: Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 7: Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras(untuk urusan yg lain).8: Dan hanya kepada Tuhanmulah kamu berharap.

Selain untuk tujuan di atas, Surah Al-Insyiroh ini memiliki fadhilah lain, di antaranya:

Sabda Nabi:

“Barangsiapa membaca surat Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan darinya.”

Barangsiapa biasa membaca Surah Al-Insyiroh selepas selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya dan dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Amalan membaca surah ini juga melapangkan dada dari segala kesulitan dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu dan mendatangkan rajin dalam menunaikan amal ibadah.

Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardhu, Allah akan menjauhkan darinya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Semoga dengan amalan doa tersebut seorang isteri itu semakin disayangi dan dicintai oleh suami. Keluarga juga menjadi keluarga yang penuh dengan sakinah, mawaddah, wa rahmah.

Published by
Siti Zurina Mat Saman