“Majlis Simple, Buat Yang Wajib Je” Wanita Ini Kongsi Tip Menabung Duit Kahwin RM12K Dalam Setahun

Share

Setelah hati sepakat untuk mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati, setiap pasangan itu perlu memastikan perbelanjaan untuk mengadakan majlis perkahwinan mencukupi.

Tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa, kedua-dua pasangan boleh sama-sama bersetuju untuk mengadakan majlis secara kongsi atau hanya membuatnya mengikut kemampuan.

Paling penting adalah akad nikah antara kedua-duanya kerana ikatan halal lebih terasa kemanisannya.

Jadi bagi bakal pengantin yang mahu berkahwin, boleh mengikut cara ini untuk mengumpul duit.

Baru-baru ini seorang pengguna di laman sosial Facebook Siti Aisyah Ismail berkongsi caranya dan tunang mengumpul duit hingga RM12 ribu hanya dalam masa setahun untuk menjayakan majlis perkahwinan.

Dia dan suaminya hanya mengadakan acara yang wajib sahaja dan majlis mereka telah berlangsung hujung tahun lalu.

Ini pula caranya mengumpul duit hingga RM12 ribu selama setahun. Bagi pasangan yang mahu berkahwin hujung tahun ini boleh mengikut cara disarankan.

Cara shaa simpan duit..

1hb -Rm1
2hb -Rm2
3hb -Rm3
4hb -Rm4
5hb -Rm5
6hb -Rm6
7hb -Rm7
8hb -Rm8
9hb -Rm9
10hb -Rm10
Buat sampai 30hb -Rm30..

Cara 1 cara shaa
Total 1hb rm1,2hb rm2,3hb rm3..sampai 30hb akan dapat Rm465 seorang..kalau pasangan kita pun buat yg sama ×2 dapat Rm930.00 sebulan..
Andai kata ada 31hb buat sampai 31hb jadi total Rm496 seorang kalau campur pasangan kita,Rm992.00 sebulan ×12 bulan total setahun RM11,904.00..

Cara 2
1hb rm2,2hb rm2,3hb rm2..buat dari 1hb sampai 30hb ada rm60.00..kalau pasangan kita buat sekali total rm120 sebulan..rm120 x 12bulan boleh dapat RM1,440 setahun..

Cara 3
1hb letak rm30..2hb letak rm29..3hb letak rm28..amount yg sama dengan Cara 1,cuma cara terbalik.

Cara 4


1hb rm1..2hb rm1..3hb rm1..buat smpai 30hb dapat rm30.00.kalau buat dengan pasangan dapat rm60.00 sebulan ×12 bulan dapat rm720.00..

Cara 5
Kalau mampu letak sekepuk(penuh)..bg pada pasangan untuk simpan..kalau mcm shaa ada uma sewa kena bayar.ada motor kena bayar shaa simpan sikit2..

Gambar sekadar hiasan.

Shaa buat menabung ni sejak mula bertunang.jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama ambil dari tabung..kalau nak topup ke isi minyak ke beli rokok ke duit tabung tak boleh usik..cara menyimpan ni shaa dapat sebab selalu boros then memang habis je duit dlm bank.so cara mcm ni simpan dlm tabung kat rumah atau dalam purse sediakan dua beg duit.satu untk belanja harian.satu untuk simpanan..

Macam shaa gaji dua minggu sekali..abg gaji hujung bulan so dia memang bagi sekepuk(penuh)..cara ni duit gaji kita pun nampak kemana..so memang nak gaduh pasal duit takda kot harini 1 december..boleh la mula menabung..goodluck gaiss

Gambar sekadar hiasan.

Dua bulan skali bleh masukkan dalam tabung haji..bagus tabung haji ni sebab pakai buku je so takde la gatai tgn nak p cucuk duit

Shaa kena bayar sewa rumah juga.motor pun kena bayar..jadi cara yg kat atas shaa guna untuk simpan dgn tunang shaa..jgn salah fhm ye.shaa bukan duk uma parents..so cara mcm ni simpan sikit-2 inshaAllah boleh..

Ohh ya duit semua better perempuan yg pegang.lelaki pulak kena selalu monitor..
Rm992×12bulan dapat rm11,904..moga bermanfaat ya
Boleh tekan button SHARE okay shaa izinkan

79036170_153608139251858_3781838370506801152_n

11/08/19 kami bertunang
Update 6/12/19 kami baru kahwin

#AliAisyah

Published by
Siti Zurina