Tidak dinafikan, sepanjang waktu PKP detik paling tidak dapat diupakan apabila tidak berpeluang untuk bertemu dengan keluarga di kampung.
Namun sebaik kerjaaan membenarkan perjalanan rentas negeri, insan paling kita mahu temui adalah mereka.
Lebih mengharukan apabila orang tua kita yang sanggup datang dari kampung ke rumah sambil membawa hasil tanaman diusahakan. Begitulah kasih kedua orang tua kita yang sanggup bersusah payah demi anak-anaknya.
Seperti perkongsan pendakwah bebas Ebit Lew yang menyatakan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan ayah tercinta.
Ayahnya yang datang membawa buahan dari kebun diusahakan walaupun sudah berusia 80 tahun.
Malah Ustaz Ebit Lew turut memberitahu ayahnya jenis tidak duduk diam. Memang rajin dan suka berniaga sejak dari usianya muda lagi.
Hubungan emak dan ayahnya sangat seronok. Keduanya setiasa bercinta, sering jalan berdua dan makan juga sentiasa bersama-sama.
Malah kalau berbual juga tidak berhenti satu sama lain. Kasih sayang keduanya jadi contoh untuk mereka adik beradik supaya menyayangi pasangan.
Namun katanya sikap ayah beruba apabila emak sudah tiada. kalau sebelum ini ayahnya jenis diam dengan anak-anak.
Tetapi sejak mak tiada ayah kuat bercakap seperti arwah emaknya. Ayah sering beri semangat dalam dakwah dan berniaga.
Betapa Ustaz Ebit Lew rasa puas dan bahagia dapat memeluk dan menciumnya ayahnya itu.
“Hari paling indah setelah sekian lama dapat bertemu ayah tercinta. Ayah bawa nenas dan pisang dari kebunnya. Umur dah lebih 80 tahun tapi masih sibuk berkebun. Rajin memang tak ingat. Suka berniaga dari muda. Saya minta doa beliau untuk elewsmart yang akan dibuka nanti.
“Ya Allah inilah nikmat paling indah dapat jumpa ayah. Rajin dan jaga masa. Dua itulah saya belajar betul-betul darinya. Tak boleh duduk diam.
“Dari kecil teringat ayah bila balik kerja atau dari mana-mana mesti ada buah tangan. Sampai sekarang pun macam tu. Dapat peluk dan cium ayah tadi rasa bahagia sangat. Rindu nak bawa ayah berjalan-jalan.
“Mak kalau ada mesti best. Mereka sentiasa bercinta jer. Ayah dengan mak sentiasa berjalan berdua. Makan mesti berdua. Mak tiada,ayah saya tak makan. Berbual 24 jam non stop agaknya. Tak pernah gaduh. Rasa 24 jam berdua. Kasih sayang mereka berdua menjadi contoh untuk kami adik beradik supaya sayang pasangan. .
“Dulu mak banyak cakap. Ayah diam sangat dengan anak-anak. Selepas mak pergi ayah kuat bercakap macam mak. Dan selalu bagi semangat dalam dakwah dan berniaga. Saya tanya kenapa ayah kuat semangat sampai sekarang.
“Katanya hidup ini amanah sehingga kita berjumpa Allah nanti. Tugas saya sebagai ayah terus beri semangat pada anak-anak selagi hidup. Itulah seorang ayah. Rindu mak. Syukur sangat dapat semangat dan doa dari ayah-ebitlew
Kredit Foto: Instagram Ebit Lew
Kashoorga: Kasih sayang ayah tiada nilainya. Hargai mereka dengan sediakan keperluan diri di sini