Mak Ayah Didik Cara Old School, RAHSIA Kejayaan 10 Adik Beradik Graduan UIAM

Share

Kisah 10 adik beradik melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menjadi viral begitu menarik perhatian. Memang kagum dengan kejayaan mereka kerana ke semua 10 orang adik beradik itu berjaya mencipta kejayaan dalam dunia pendidikan.

Pastinya ramai tertanya-tanya apakah rahsia yang diamalkan oleh kedua ibu bapa mereka sehingga ke semua berjaya hingga ke tahap ini.

Maka  anak ke sembilan Haji Fauzi dan Wan Jamaliah, Abdul Rahman berkongsi RAHSIA tersebut.


SIAPA MAK AYAH DI MATA KAMI?

Saya tak sangka gambar kami adik beradik 10 orang memakai robe UIAM yang saya upload semalam menjadi tular dan mendapat perhatian pihak UIAM. Ramai yang mengucapkan tahniah, tak kurang juga yang minta kongsi tip bagaimana cara mak ayah kami mendidik kami.

Jadi in sha Allah saya akan cuba kongsi sedikit sebanyak tentang siapa mak ayah di mata kami.

Memandangkan saya merupakan anak kesembilan, mungkin banyak saya akan cerita berdasarkan apa yang saya tahu dan dengar daripada abang-abang dan kakak saya sahaja. Ayah kami, Ir Haji Fauzi bin Abdullah merupakan seorang jurutera sivil graduan University of Manchester manakala mak, Wan Jamaliah binti Megat Hashim pula seorang suri rumah.

CARA OLD SCHOOL

Didikan ayah memang jenis style ‘old school’ sikit. Ayah merupakan seorang yang sangat tegas, berdisiplin dan tidak boleh berkompromi terutamanya perkara-perkara berkaitan prinsip agama. Ayah awal-awal dulu tersangatlah tegas dan garang. Saya yang last-last ni tak merasa sangat zaman awal didikan ayah.

Menurut kakak, ayah sangat mengambil berat tentang didikan agama, pergaulan, pemakaian dan pemakanan kami. Bahkan ketika zaman sistem perbankan islam belum ada, ayah tidak pernah berhutang untuk membeli kereta atau rumah kerana ayah tidak mahu anak-anak disuap daripada hasil riba. Begitulah betapa telitinya ayah dalam membesarkan kami.

Pendidikan agama sangat ditekankan sejak dari kecil lagi. Ayah sendiri yang mengajar abang dan kakak kami untuk mengaji alquran di rumah dan kemudiannya diteruskan oleh kakak kami Maryam Fauzi yang akan mengetuai adik beradik lain mengaji alquran setiap kali selepas maghrib. Beliau siap buat jadual silibus khas untuk adik-adik yang lain capai. Ada target.

BACA SURAH ALKAHFI BERAMAI-RAMAI

Setiap malam Jumaat pula kami akan duduk bersama-sama membaca surah alkahfi beramai-ramai. Dan tidak salah saya rasa kalau saya katakan adik beradik kami hafal surah alkahfi sejak sekolah lagi kerana amalan ini! Manakala setiap pagi hujung minggu, kami diwajibkan untuk membaca al-ma’surat beramai-ramai sampai habis.

Kami semua dihantar ke sekolah agama sejak sekolah rendah lagi kecuali abang dan kakak-kakak yang atas kerana masa tu sekolah rendah agama mungkin belum ada. Yang lain dihantar bersekolah di Sekolah Rendah Islam Aman (bawah kelolaan MUSLEH) manakala sekolah menengah pula kami semua dihantar belajar di sekolah Maahad Muhammadi Kota Bharu, sekolah kelolaan kerajaan negeri Kelantan. 3 orang daripada kami dihantar belajar tahfiz di Darul Quran dan saya merupakan salah seorang daripadanya.

LEPAS SUBUH TAK BOLEH TIDUR

Ayah dan mak banyak mengajar kami berdikari sejak kecil. Kerja rumah, belajar dan kebersihan ayah akan selalu pantau. Kalau kat rumah ayah memang tak bagi kami membazir masa. Tidur selepas subuh pun tak boleh. Buat la apa sahaja. Baca buku, tolong buat kerja rumah, memasak dan sebagainya. Janji jangan membazir masa. Pelajaran pula ayah dan mak akan pastikan kami boleh fokus sendiri tanpa disuruh-suruh.

Ayah dengan mak memang sangat rajin beramal. Tahajud dan qiyamullail sudah menjadi rutin biasa. Pergi mana-mana, solat berjemaah subuh dan baca ma’surat memang tak pernah sekali pun tertinggal sepanjang saya kenal ayah!. Ayah akan pastikan juga untuk solat berjemaah walaupun hanya di rumah bersama keluarga.

JAGA IMEJ ISLAM DAN KELUARGA

Ayah dan mak selalu berpesan, pergi mana-mana pun, jaga imej Islam dan keluarga. Solat dan alquran jangan pernah lupa. Hidup ini tak kekal lama. Sentiasa jadi yang terbaik dalam bidang kita dan bermanfaat pada orang, walau ke mana pun kami dicampak. Apabila tahu cerita kami tular, ayah hanya berpesan supaya gunakan platform yang Allah bagi ini untuk berdakwah kepada orang lain.

Begitulah serba sedikit tentang mak dan ayah kami. Nampak saja tegas, tapi sangat penyayang. Kami sangat-sangat bertuah kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana yang mementingkan Islam sebagai cara hidup tanpa meminggirkan urusan dunia.

Ayah dan mak meninggalkan satu amanah yang besar untuk kami pikul. Agar anak cucu mak ayah, terus menerus mendidik generasi akan datang, menjadi manusia yang berguna khususnya untuk agama.

SEBAB PILIH UIAM

Lastly kenapa memilih UIAM bukan institusi pengajian lain? Itu kena tanya ayah. Sebab ayah rasakan UIAM yang paling terbaik untuk kami sekeluarga dan memang rezeki kami untuk belajar dan grad di sini.

Sekian sahaja coretan daripada saya. Moga ada manfaat untuk semua. Anda boleh share je post ni tanpa minta izin ya. 🙂

ان اكرمكم عند الله اتقاكم ان الله عليم خبير

-Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz
BDS IIUM

Anak Haji Fauzi dan Wan Jamaliah yang ke 9


Finally, officially completely graduated!!

1. Anas bin Fauzi
Age : 40
Grad : 2002
Course : Bachelor of Laws (Hons)
Occupation:
Advocates & Solicitors of High Court of Malaya
(Tetuan Anas Fauzi & Co.)

2. Maryam bt Fauzi
Age : 39
Course :
1)Bachelor of Laws (Hons) Grad 2003)
2)Master in Comparative Laws ( Grad 2004)
Occupation: Former Law Lecturer ( Foundation of IIUM)

3. Asiah bt Fauzi
Course :
1)Bachelor of Human Science (Hons) (Grad 2004)
2)Master in Human Science (Major psychology) (Grad 2012)
Occupation: Lecturer ( International Islamic College)

4. Sumayyah bt Fauzi


Age : 37
Course :
1)Bachelor of Law (Hons) (Grad 2005)
2)Master in Comparative Laws (Grad 2009)
Occupation:
Advocates&Solicitors of High Court of Malaya
Legal Executive, Energy Commission

5. Fatimah bt Fauzi
Age : 35
Grad : 2009
Course : Bachelor Bio Chemical – Bio Technology Engineering (Hons)
Occupation: Teacher

6. Muadz bin Fauzi
Age : 34
Grad : 2009
Course : Bachelor of Information Technology (Hons)
Occupation: Manager, TM

7. Aishah bt Fauzi
Age : 32
Course :
1)Bachelor of Laws (Hons) Grad 2012)
2)Bachelor of Laws (Shariah) (Hons) Grad 2013)
Occupation: Executive, Shariah Compliance Dept, Takaful Ikhlas Berhad

8. Asma’ bt Fauzi Al-Hafizah
Age : 31
Course :
1)Persijilan Darul Quran ( grad 2006)
2)Bachelor of Mathematical Science (Hons) (grad 2011)
3) Master of Science in Applied Mathematics (grad 2014) *UITM*
Occupation: Former Adni International Islamic School

9. Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz
Age : 29
Grad : 2015
Course : Bachelor of Dentistry (Hons)(BDS)
Occupation: Private Dentist

10. Dr Abdullah bin Fauzi Al-Hafiz
Age : 26
Grad : 2018
Course :
1)Persijilan Darul Quran
2) Bachelor of Medicine & Surgery (Hons) (MBBS)
Occupation:Operational Manager of Hidayah Centre Pahang


Semoga kejayaan 10 adik beradik ini menjadi inspirasi untuk anak-anak muda mencipta kejayaan.

Sumber kredit: FB: Abdul Rahman Fauzi

Published by
wan erni