Isu membandingkan anak bukanlah sesuatu yang baharu. Harus ingat Allah Maha Adil, Pengasih dan Penyayang. Setiap aturan dan perancanganNya adalah sebaik-baik perencanaan. Jangan sesekali bandingkan anak.
Ada kelebihan dan ada kekurangan yang dikurniakan-Nya terhadap hambaNya agar setiap daripada kita saling melengkapi. Keadaan ini juga berperanan menjauhkan kita daripada penyakit hati seperti riak dan takbur.
Perbezaan ini perlu diraikan, bukannya dijadikan bahan memperkecil dan memencilkan seseorang. Di sinilah letaknya peranan ibu dan ayah, insan penting pertama yang mendidik anak-anak agar dapat menerima apa sahaja pemberian Illahi dengan hati terbuka. jnagan sesekali kita bandingkan anak walaupun sebenarnya ada anak yang kita lebih sayang.
Begitu jugalah halnya dengan ibu dan ayah. Mereka perlu berbesar hati dan redha menerima seadanya kelebihan dan kekurangan pada anak-anak.
Sedikit ciapan dari Faisal Rahim, seorang Amil Zakat, menerusi akaun twitternya yang mencoretkan pesanan seorang ustaz dalam kuliah yang dihadiri.
Ada seorang dalam keluarga yang Allah uji
Kongsi kuliah tadi. Ustaz beritahu, kadangkala dalam ramai-ramai adik-beradik, ada sorang yang Allah uji untuk seluruh ahli keluarga tersebut.
Kadangkala ada yang ‘istimewa’, ada yang tak pandai belajar, ada yang degil, ada pula yang diuji kesihatan dan sebagainya.
Anak mudah terasa hati jika kita bandingkan dia dengan adik-beradik lain. Kesan psikologi boleh terjadi untuk jangka panjang.
Ada anak yang ketika sekolah tidak membanggakan mak ayah seperti adik-beradik lain. Tapi mereka lah yang jaga mak-ayah ketika usia tuanya. Bawa ke klinik bila demam, tukarkan tong gas, jadi driver beli barang dan lain-lain.
Ads
Adik beradik yang pandai dan Berjaya? Semuanya duduk jauh sebab kerjaya. Ada hikmah atas semua yang berlaku dalam hidup kita. Mungkin sampai mati kita takkan tahu hikmah Allah takdirkan sebegitu.
Tapi percayalah, semuanya dalam pengetahuan Allah. Kita pasti akan diberi pahala sesuai dengan kesabaran dan pengorbanan kita.
Ciapan ringkas berkenaan perbezaan anak-anak yang tidak harus dibandingkan ini turut mendapat reaksi pengikutnya yang menyokong kenyataan di atas.
Ada yang menyatakan bahawa yang menjadi kebanggaan, tiada depan mata. Tapi yang bukan (anak)harapan, sentiasa ada bersama. Lumrah kehidupan.
Ads
Lebih sedih bila dibandingkan. Walhal, masing-masing punyai keistimewaan dan kekurangan. Buat yang sentiasa bersabar dan berkorban, moga Allah permudahkan urusan.
Tidak kurang juga komentar dari seorang lagi netizen yang menyatakan hal ini turut berlaku pada kakaknya. Anak-anaknya sangat lambat dalam pembelajaran. Sampai kakak mengadu pada mak, lepas itu mak kata “Allah bagi cerdik pada kamu berdua belajar sampai university, Dia bagi anak tidak cerdik lah pula dan Allah beri anak orang lain cerdik pula” Laki bini dia tidak mengeluh lagi dah.
Selain itu ada yang memberi komen agar jangan banding-bandingkan anak. Bila si adik tak dapat straight A+ macam abangnya, jangan cakap, “Si abang boleh dapat straight A, kenapa adik tak boleh dapat juga? Padahal mak ayah adalah sama.
Ads
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,
“Sesungguhnya orang yang berbuat adil itu di sisi Allah kelak, berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya. Iaitu mereka yang berlaku adil dalam memutuskan hukum dan bertindak adil terhadap bawahan (rakyat, keluarga mereka).” Hadith Riwayat Muslim
Hasil sikap adil ibu dan ayah itu akhirnya akan menghasilkan anak-anak yang tidak bermusuhan, tiada iri hati, dengki, mementingkan diri dan saling membantu antara mereka. Anak-anak juga lebih mendengar kata, mudah dibentuk dan paling utama tidak memendam rasa yang jika tidak diatasi mereka akan menjadi anak yang memberontak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Terdapat banyak dalil yang memberi amaran keras kepada mereka yang sewenang-wenangnya berbuka puasa tanpa uzur syar’ie seperti sakit dan musafir. Terdapat beberapa nas berkenaan hal tersebut antaranya:
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
عُرَى الإِسلامِ وَقَوَاعِدُ الدِّين ثلاثةٌ: عَلَيهِنَّ أُسِّسَ الإِسلامُ مَن تَرَكَ وَاحِدَةً مِنْهُنَّ فَهُوَ بِهَا كَافِرٌ حَلالُ الدَّمِ شَهَادَةُ أن لا إلهَ إلاَّ الله والصلاةُ المَكْتُوبَةُ وَصَومُ رَمَضَانَ
Maksudnya: “Simpulan-simpulan Islam serta tiang-tiang agama ada tiga, atasnya dibina Islam. Sesiapa dianggap kafir dan halal darahnya, iaitu mengucap syahadah, solat fardhu dan puasa Ramadan.”
(Riwayat Abu Ya’la dan al-Dailami)
Imam al-Haitami menukilkan di dalam Majma’ al-Zawaid (1/47-48): Hadis ini dirwayatkan oleh Abu Ya’la secara sempurna dan al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir. Akan tetapi ia hanya menyebut tiga sahaja dan tidak menyebut riwayat Ibn Abbas di atas. Sanad hadis ini hasan. Al-Munziri di dalam al-Targhib wa al-Tahrib (1/382) berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dengan sanad hasan.
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ أَفْطَرَ يَوماً مِنْ رَمَضَانَ في غَيْرِ رُخْصَةٍ رَخَّصَهَا الله لَهُ ، لمَ ْيَقْضٍ عَنْهُ صِيَامُ الدَّهْرِ
كُلُّهُ وَإِنْ صَامَهُ
Maksudnya: “ Sesiapa yang berbuka puasa sehari daripada Ramadan tanpa sebarang rukhsah yang diizinkan Allah, nescaya tidak memadai sekalipun dia qadha’ puasa tersebut walaupun selama-lamanya.”
(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tarmizi)
Berdasarkan dua hadis di atas, jelas menunjukkan betapa Islam memandang prihatin berhubung perlaksanaan ibadat puasa Ramadan, bahkan ia dianggap salah satu paksi dan rukun Islam yang mesti ditegakkan dalam kehidupan seharian umat Islam.
Imam al-Zahabi berkata: “Di sisi semua orang Islam telah mengakui dan mengiakan bahawa sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan pada siang harinya tanpa sebarang keuzuran sebenarnya orang tersebut lebih jahat daripada penzina dan peminum arak, bahkan mereka mengesyaki keislaman orang yang tidak berpuasa dan menyangka dengan kafir zindiq, dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.”
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan betapa meninggalkan puasa Ramadan tanpa uzur merupakan dosa besar yang tidak mungkin dapat diganti dengan qada’ dari sudut nilainya.
Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Puasa Ramadan adalah salah satu daripada rukun Islam dan perkara fardhu dalam agama yang mesti diketahui. Oleh itu, sesiapa yang mengingkari kewajipan, akan menjadi kafir dan disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Sekiranya ingkar dan enggan bertaubat, dia hendaklah dijatuhi hukuman bunuh sekiranya dia telah lama memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama.
Sesiapa yang tidak berpuasa tanpa mengingkari kewajipannya, dia menjadi fasiq. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalang daripada makan dan minum pada waktu siang supaya dia berpuasa, sekalipun secara zahirnya sahaja.
Justeru sewajarnya umat Islam tidak memandang ringan dalam masalah puasa Ramadan, tetapi hendaklah bertekad dan berazam untuk menunaikannya sebaik mungkin.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Untuk kelihatan cantik dan menawan ramai wanita sanggup mengeluarkan modal yang besar asalkan mereka dapat memiliki wajah seperti yang diidamkan. Namun sebenarnya Islam sendiri punya cara tersendiri untuk menjaga kecantikan wajah.
Berikut tip yang dikutip hasil perkongsian dari Q’reena.
JADIKAN RUTIN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka, tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
Aku ditanya oleh ramai orang berkenaan gambar jenazah ini. Kenapa kain yang dipakaikan berbeza-beza warnanya? Adakah ianya membezakan jenis jantina dan kanak-kanak? Macam-macam lagilah soalan mereka.
Baiklah, begini kawan.
Sebenarnya kain yang berbeza warna itu bukanlah kain kafan yang membaluti tubuh jenazah. Ia cumalah selimut untuk menutup badannya. Mereka semua masih dikafankan seperti jenazah-jenazah lain iaitu kain putih.
“Jadi kenapa ada kain lain yang menyelimuti jenazah?”
Antara sebabnya adalah, jenazah di Mekah akan dimandikan di tempat mandian yang berbeza. Bukan seperti Madinah yang mana sudah ada tempat mandian khas di bawah seliaan Masjid Nabawi. Bukan juga seperti di kampung kita yang mana dimandikan di rumah masing-masing.
Contohlah, si fulan meninggal di kampung A. Jadi dia akan dimandikan di tempat mandian berdekatan dengan kampungnya. Setelah itu barulah akan dibawa ke Masjidilharam untuk disolatkan. Kain berwarna yang diletakkan menyelimuti jasadnya itu adalah daripada keluarga itu sendiri. Boleh jadi sebagai tanda dan pengecaman.
Iyalah, setiap hari bukan sedikit jenazah yang disolatkan di Masjidilharam ini. Kain berwarna inilah yang memudahkan ahli keluarganya untuk mengecam jenazah masing-masing, mengiringi ke perkuburan.
“Oh begitu, ingatkan dia nak bezakan lelaki dan perempuan.”
Jenazah lelaki dan perempuan tidak dibezakan melalui warna kain penutup atasnya, kawan.
Jenazah perempuan akan diletakkan penutup besi seperti keranda di atasnya. Pun logiklah juga, kehormatan jenazah mestilah sentiasa dijaga walaupun setelah meninggal dunia. Boleh tengok dalam gambar, saya ada bulatkan. Nampak? Berbeza kan dengan jenazah lelaki.
Kalau mereka yang meninggal itu dalam keadaan berihram, wajah dan kepala mereka tidak akan ditutup dengan kain. Kerana mereka masih dalam keadaan ihram walaupun sudah meninggal dunia. Jadi 13 larangan ihram masih lagi terpakai untuknya.
Salam bersalaman memohon kemaafan memang sudah jadi budaya kita ketika menyambut raya. Namun begitu batasan untuk bersalaman meskipun bersama ahli keluarga perlu juga dijaga.Ini...