Isu membandingkan anak bukan lah sesuatu yang baharu. Harus ingat Allah Maha Adil, Pengasih dan Penyayang. Setiap aturan dan perancanganNya adalah sebaik-baik perencanaan. Jangan sesekali bandingkan anak.

Ada kelebihan dan ada kekurangan yang dikurniakanNya terhadap hambaNya agar setiap daripada kita saling melengkapi. Keadaan ini juga berperanan menjauhkan kita daripada penyakit hati seperti riak dan takbur.

Mak Ayah, Jangan Bandingkan Anak, Yang ‘Kurang’ Itulah Nanti Sudi Jaga Kita
Gambar sekadar hiasan

Artikel berkaitan: Doa Elak Anak Terjebak Perkara Buruk, Baca Semasa Bersedekah

Artikel berkaitan: Kalau Nak Hidup Bahagia, Jangan Banding Dengan Orang Lain

Perbezaan ini perlu diraikan, bukannya dijadikan bahan memperkecil dan memencilkan seseorang. Di sinilah letaknya peranan ibu dan ayah, insan penting pertama yang mendidik anak-anak agar dapat menerima apa sahaja pemberian Illahi dengan hati terbuka. jnagan sesekali kita bandingkan anak walaupun sebenarnya ada anak yang kita lebih sayang.

Begitu jugalah halnya dengan ibu dan ayah. Mereka perlu berbesar hati dan redha menerima seadanya kelebihan dan kekurangan pada anak-anak.
Sedikit ciapan dari Faisal Rahim, seorang Amil Zakat, menerusi akaun twitternya yang mencoretkan pesanan seorang ustaz dalam kuliah yang dihadiri.

Kongsi kuliah tadi. Ustaz beritahu, kadangkala dalam ramai-ramai adik-beradik, ada sorang yang Allah uji untuk seluruh ahli keluarga tersebut.
Kadangkala ada yang ‘istimewa’, ada yang tak pandai belajar, ada yang degil, ada pula yang diuji kesihatan dan sebagainya.

IKLAN
Mak Ayah, Jangan Bandingkan Anak, Yang ‘Kurang’ Itulah Nanti Sudi Jaga Kita
Anak mudah terasa hati jika kita bandingkan dia dengan adik-beradik lain. Kesan psikologi boleh terjadi untuk jangka panjang.

Ada anak yang ketika sekolah tidak membanggakan mak ayah seperti adik-beradik lain. Tapi mereka lah yang jaga mak-ayah ketika usia tuanya. Bawa ke klinik bila demam, tukarkan tong gas, jadi driver beli barang dan lain-lain.

Adik beradik yang pandai dan Berjaya? Semuanya duduk jauh sebab kerjaya. Ada hikmah atas semua yang berlaku dalam hidup kita. Mungkin sampai mati kita takkan tahu hikmah Allah takdirkan sebegitu.

Tapi percayalah, semuanya dalam pengetahuan Allah. Kita pasti akan diberi pahala sesuai dengan kesabaran dan pengorbanan kita.

Ciapan ringkas berkenaan perbezaan anak-anak yang tidak harus dibandingkan ini turut mendapat reaksi pengikutnya yang menyokong kenyataan di atas.

IKLAN

Ada yang menyatakan bahawa yang menjadi kebanggaan, tiada depan mata. Tapi yang bukan (anak)harapan, sentiasa ada bersama. Lumrah kehidupan.

Lebih sedih bila dibandingkan. Walhal, masing-masing punyai keistimewaan dan kekurangan. Buat yang sentiasa bersabar dan berkorban, moga Allah permudahkan urusan.

Tidak kurang juga komentar dari seorang lagi netizen yang menyatakan hal ini turut berlaku pada kakaknya. Anak-anaknya sangat lambat dalam pembelajaran. Sampai kakak mengadu pada mak, lepas itu mak kata “Allah bagi cerdik pada kamu berdua belajar sampai university, Dia bagi anak tidak cerdik lah pula dan Allah beri anak orang lain cerdik pula” Laki bini dia tidak mengeluh lagi dah.

Selain itu ada yang memberi komen agar jangan banding-bandingkan anak. Bila si adik tak dapat straight A+ macam abangnya, jangan cakap, “Si abang boleh dapat straight A, kenapa adik tak boleh dapat juga? Padahal mak ayah adalah sama.

IKLAN

Mak Ayah, Jangan Bandingkan Anak, Yang ‘Kurang’ Itulah Nanti Sudi Jaga Kita

Mak Ayah, Jangan Bandingkan Anak, Yang ‘Kurang’ Itulah Nanti Sudi Jaga Kita

Kashoorga: Ibubapa yang bersikap adil terhadap anak-anak, akan diberi kedudukan yang tinggi di akhirat nanti iaitu di atas mimbar-mimbar bercahaya.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

“Sesungguhnya orang yang berbuat adil itu di sisi Allah kelak, berada di atas mimbar-mimbar daripada cahaya. Iaitu mereka yang berlaku adil dalam memutuskan hukum dan bertindak adil terhadap bawahan (rakyat, keluarga mereka).” Hadith Riwayat Muslim

Hasil sikap adil ibu dan ayah itu akhirnya akan menghasilkan anak-anak yang tidak bermusuhan, tiada iri hati, dengki, mementingkan diri dan saling membantu antara mereka. Anak-anak juga lebih mendengar kata, mudah dibentuk dan paling utama tidak memendam rasa yang jika tidak diatasi mereka akan menjadi anak yang memberontak.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI