Keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram sudah terang adalah haram.
Namun malangnya hari ini ramai ibu bapa dengan mudah membenarkan anak mereka terutama perempuan keluar berdua-duaan bersama teman lelaki mereka tanpa rasa bersalah sedangkan ia adalah satu dosa besar.
Demikian situasi yang dikongsi oleh Ustaz Hafiz Afandi yang turut dikenali sebagai Ustaz Kembar.
“Mak ayah yang benarkan anak perempuan keluar dengan lelaki bukan mahram walaupun tunang anaknya sendiri adalah berdosa besar kalau tanpa keperluan yang munasabah.
“Ada mak ayah sekarang ini yang reda anak buat maksiat dengan benarkan anak-anak perempuan keluar dengan boyfriend dia berdating maka mak ayah itu adalah dayus kerana mereka telah redha dengan dosa dan maksiat. Hukumnya adalah berdosa besar.
“Malah ada ulamak yang ‘mengkafirkan’ mak ayah yang sebegini yang redha dengan perbuatan dosa dan maksiat yang telah Allah Taala haramkan. Ini kerana mereka redha dengan perbuatan tersebut sebab anak-anak mereka buat,”ujarnya.
Dalam pada itu kata Ustaz Hafiz ada juga kalangan ibu bapa yang membenarkan anak keluar dengan alasan sebagai proses mengenali pasangan sebelum berkahwin.
“Ada mak ayah yang cakap, tak apelah mereka keluar berdua sebab nak kenal kenal sebelum kahwin. Tapi dia tak tahu apa anak-anak buat Ketika berdua itu. Ada yang berzina, bersentuhan, berpelukan, berciuman dan sebagainya,” tegasnya dalam satu perkongsian di TikTok.
Nasihat Ustaz Hafiz juga sekiranya ibu bapa sayangkan anak-anak dan mahu ke syurga bersama mereka, jangan buat sebegini.
“Bertaubatlah sekiranya pernah melakukannya,”nasihatnya lagi.
@ustazkembar Muliakan anak perempuan kita, jangan kita mudah2 nak bagi dia keluar dengan mana-mana jantanpun, kalau tak kita berdosa #pusatdakwahhaffa #haffa #ustazkembar ♬ original sound – Ustaz Kembar – Haffa