“Mak Halalkan Semua Air Susu” – Lepas 2 Hari Titip Nasihat Ibu Hidap Kanser Lidah Tahap 4 Temui Ilahi Di Pagi Jumaat

Share

Sebelum ini viral kisah penderitaan seorang ibu kepada lima orang anak yang menderita kanser lidah sehingga menyebabkan dia tidak lagi boleh bercakap.

Penderitaan yang dialami mendapat perhatian ramai apabila disahkan penghidap kanser lidah tahap empat sejak Mei tahun lalu.

Namun siapa sangka di hari Jumaat mulia ini, dimaklumkan bahawa wanita berkenaan, Rosimah Ismail, 49 tahun telah disahkan meninggal dunia.

Allahyarham Rosimah Ismail.

Perkara ini dikongsikan oleh laman sosial Facebook Penang Kini memberitahu peakit kanser berkenaan telah menghembuskan nafas terakhirnya di pagi Jumaat.

Beberapa hari sebelum itu, salah seorang anaknya Nuruk Shafina memberitahu bagaimana ibunya telah menulis nukilan terakhir sebelum kedua-dua mata ibu bengkak dan tertutup sepenuhnya.

Malah dia turut memberitahu ibunya itu sudah tidak boleh bersuara dan lidah mengeras sepenuhnya.

Mak hanya boleh menulis sahaja dan dalam catatan itu emaknya memberi nasihat yang sangat berguna dan akan diingati selamanya.

Anak-anak mak duduk elok-elok, jangan bergaduh

Mak ada salah silap, mak minta maaf dekat anak-anak mak

Jaga Akmal elok, dia masih kecil. Mak tak boleh jaga dia

Mak maafkan semua kesalahan anak-anak

Mak halalkan semua air susu yang anak-anak minum

Bertolak ansur sama-sama adik-beradik

Mak orang pertama ucapkan selamat pengantin baru buat Fina

Sehari selepas menitipkan nasihat ini, ternyata Allah lebih menyayangi arwah. Dia akhirnya menemui PenciptaNya dan turut meninggal anak-anak serta yang masih kecil dan masih memerlukan kasih sayangnya.

Kehilangannya juga turut mendapat simpati warganet. Masing-masing mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Nur Azlinarita Ab Latif Innalillahiwainnailaihirojiun..salam takziah…semoga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..
Al fatihah..
Syema Mahmud Innalillah wainna illaihi rojiun.
Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.
Salam Takziah utk keluarga arwah.
Norhayati Zainal Innalillahiwainnilaihirojiun Salam takziah utk keluarga aruah semoga roh ditempatkan bersama2 sama org2 beriman…
Khadeeja Al-Qadri Innalillahi wainna ilaihirojiun…Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yg beriman. Salam takziah buat ahli keluarga arwah

 

KASHOORGA: Semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan dan arwah Puan Rosimah Ismail ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

KREDIT: FACEBOOK PENANG KINI & NURUL SHAFINA

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman