Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak namun seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.
Ternyata rugi seruginya seorang anak tidak menjaga syurganya kerana sibuk dengan urusan dunia sedangkan Allah memberikan ganjaran pahala yang banyak buat anak-anak yang menjaga ibu bapanya dalam keuzuran.
Dalam satu perkongsian yang sangat menginsafkan dan boleh dijadikan pengajaran, walau sesibuk mana pun kita dengan pekerjaan atau keluarga baru kita, rebutlah peluang menjaga ibu ayah yang sudah uzur.
Dikongsi dari Tik Tok @antu_nippon86 yang mana dirinya merupakan seorang pegawai forensic, lelaki ini berkongsi kisah yang amat menginsafkan kita. Banyak dikongsikan olehnya di akaun Tik Toknya itu termasuk kisah seram namun perkongsian dirinya semalam sewajarnya kita jadikan pedoman buat mereka yang masih ada ibu ayah lagi. Sayangilah mereka selagi ada hayat dan rebutlah peluang pahala yang Allah berikan ini kerana bukan semua mampu meraih pahala sebegini.
Katanya, sewaktu melakukan bedah siasat ke atas seorang warga emas yang tinggal di pusat jagaan orang-orang tua, seorang wanita berusia ditemui meninggal dunia.
“Semasa kami melakukan bedah siasat, awalnya pihak kami tidak menemui punca utama kematiannya. Sebab jantung, paru-paru semua normal. Akhirnya kami buat di bahagian kerongkong, kita nampak ada ketulan putih. Rupanya makcik itu meninggal akibat tersedak telur rebus yang dimakannya semasa di pusat jagaan orang tua-tua itu. Malah semasa soal siasat dengan pihak pengurusan pusat jagaan orang tua, mereka memaklumkan makanan itu (telur) itu diambilnya pagi tadi (hari kematiannya).
“Satulah yang kita yang duduk di bahagian forensic ini kita akan jumpa bermacam-macam perkara yang boleh membuatkan kita semua berasa insaf. Ini kerana semasa anak-anak arwah datang untuk menuntut mayat ibu mereka, semuanya kerja bagus-bagus dan berjawatan baik.
“Tapi apa yang sedih, anak-anak ini sanggup meletakkan ibu mereka di pusat jagaan dan mak mereka pun meninggal di rumah orang tua-tua, bukan rumah anak-anak, bukan rumah sendiri. Malah tak nampak langsung wajah anak-anak ini dalam kesedihan walau ibu mereka baru meninggal dunia.
“Bila kita duduk rumah mayat nie, kitab oleh jumpa pelbagai orang, pelbagai perangai. Kadang buat kita insaf la. Bukan semata-mata kita suka bedah orang, kita nak tengok body orang. Kadang tak seronok pun.Kadang lebih menginsafkan diri kita. Sebab itu saya walau pun, setengah orang tak sanggup duduk rumah mayat tapi bagi saya, saya seronok sebab hari-hari saya belajar benda baru.
“Apa yang kita buat di atas dunia ini, itu yang kita dapat sebenarnya. Begitu juga kes seorang pakcik meninggal ketika solat. Saya nak belah dia pun saya tak sanggup sebenarnya. Bila kita tengok muka dia, kita nampak dia punya muka berseri.Nak buat postmortem pun kita rasa macam, sedihlah, sedih. Bukan seronok,”katanya yang turut memaklumkan aurat mayat masih dijaga terutama yang meninggal itu wanita kerana pihak forensik hanya membuat bedah siasat pada bahagian tertentu anggota tubuh mangsa berdasarkan gambaran awal bagaimana jenazah ditemui meninggal dunia.
Dalam perkongsiannya juga, dirinya memaklumkan, bagi mayat yang ditemui hancur tiada post mortem dilakukan (mengikut kepada situasi mayat) namun cebisan Dna diambil untuk mengenal pasti identiti mangsa kemalangan dan sebagainya.
https://www.tiktok.com/@antu_nippon86/video/7005140622776487194?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI