Sesungguhnya ibu, emak, bonda, ummi adalah insan paling istimewa. Merekalah yang membawa kita ke sana ke mari selama 9 bulan dan kemudian melahir serta membesarkan dengan penuh kasih sayang dan jemu.
Janganlah sesekali kita menderhaka padanya kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Selagi ibu masih ada, selagi itu hargai, jaga dan berilah kasih sayang yang pernah diberikan sewaktu kita masih kecil.
Biarpun diri sudah mampu hidup mewah atau berpangkat tetapijangan lupa setiap titik peluh dan keringat pengorbanan yang dicurahkan.
Tidak luak harta kita jika sedekahkan pada kedua ibu bapa malah akan dimurahkan rezeki oleh Allah kelak.
Mak tu, Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.
Mak tu, Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.
Ads
Mak tu, Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.
Mak tu, Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.
Hargailah insan bernama ibu.
Mak tu, Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.
Mak tu, Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.
Mak tu, Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.
Ads
Mak tu, Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.
Mak tu, Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.
Mak tu, Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.
Mak tu, Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.
Ads
Mak tu, Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.
Mak tu, Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.
Mak tu, Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.
Insan yang tiada galang gantinya.
Mak tu, Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.
Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.
Saya ingin bertanya tentang status pernyataan ini “Tengok video lucah 44 hari Allah gelapkan hati dan tidak mendapat cahaya hidayah darinya. Betulkah begini?
Merujuk kepada persoalan saudara, pertama pernyataan tersebut sekadar peringatan/ nasihat yang boleh diambil pengajaran. Perbuatan melihat video lucah adalah haram dan berdosa serta merosakkan akhlak sebagai seorang muslim.
Firman Allah SWT; Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (an-Nuur : 30)
Pelakunya hendaklah bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Kedua, apa-apa dosa yang dilakukan oleh setiap muslim sama ada di internet atau di mana-mana jua, pelakunya hendaklah segera bertaubat sebelum terlambat.
Berusaha untuk menjadi seorang mukmin yang bertaqwa dan berakhlak dalam menjalani kehidupan mengikut garis panduan Islam. Sentiasa bermuhasabah dan jauhkan dari melakukan dosa.
Begitu juga apa-apa posting, share yang dilakukan di media seperti Facebook, WhatsApp, Twitter dan seumpamanya hendaklah segera dipadam dan mohon maaf pada semua pihak, sebaiknya tutup akaun tersebut agar tidak menjadi fitnah ke atas mereka yang telah bertaubat.
Seterusnya jangan mudah menyebarkan apa-apa pernyataan yang tidak pasti kesahihannya. Ia juga boleh mengundang dosa dan menjadi kesalahan di sisi undang-undang komunikasi di media. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.
Perkahwinan menjadikan seseorang itu lebih matang dalam menjalani kehidupan. Berbeza dengan orang zaman dulu yang lebih memilih untuk berkahwin pada usia muda.
Masyarakat moden saat ini sudah lebih mementingkan karier untuk meningkatkan kekayaan dari segi material dibandingkan dengan kekayaan berumah tangga.
Namun sebenarnya ada beberapa alasan mengapa berkahwin dalam usia muda digalakkan menurut Islam yang sangat baik dilakukan dan perlu anda ketahui.
MEMELIHARA PANDANGAN
Perkahwinan dalam usia yang muda mampu mengawal pandangan dan seterusnya mengawal nafsu. Secara tidak langsung ia mampu mengelakkan berlakunya perkara-perkara negatif dan di luar kawalan.
LEBIH MENIKMATI ALAM PERKAHWINAN
Berkahwin dalam usia yang muda menjadikan pasangan suami isteri lebih menikmati hubungan suami isteri. Selain itu, rahim seorang wanita muda masih sangat kuat dan subur sehingga mampu menghasilkan keturunan yang berkualiti.
MENYUBURKAN HUBUNGAN ROMANTIS
Perkahwinan merupakan bukti cinta sejati dan menjadi lambang dari keromantisan.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada romantisme yang lebih indah bagi dua orang yang saling mencintai selain menikah.” [Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan dishahihkah oleh Albani].
LEBIH BAHAGIA
Berkahwin dalam usia muda juga adalah untuk mencari puncak kehidupan yang lebih bahagia menurut Islam.
Allah SWT berfirman, “Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Ia menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [ar-Rum : 21].
BERJAYA DALAM USIA MUDA
Allah SWT juga akan memberikan limpahan rezeki pada pasangan yang telah berkahwin.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha mengetahui.” [Q.S : An-nur : 23].
BANYAK WAKTU UNTUK MENGURUSKAN ANAK-ANAK
Keuntungan yang boleh didapati jika berkahwin dalam usia yang muda ialah kesempatan mendidik anak-anak dengan baik. Ketika usia masih muda, fikiran masih fresh dan tubuh pun masih bertenaga.
Happy family with several members in education process
MENIKIMATI MASA TUA DENGAN ANAK-ANAK
Berpeluang menikmati hari tua dengan anak-anak yang sudah berganjak dewasa. Ini tentunya berbeza jika anda berkahwin antara umur 40 tahun dan ke atas sebab masih harus bekerja dengan giat untuk membiayai segala keperluan anak-anak yang masih kecil.
MATANG DARI SEGI EMOSI
Lebih mendewasakan pasangan dan menjadi cara untuk mengendalikan emosi menurut Islam. Ia mengajar anda untuk mengawal emosi yang dipengaruhi juga dengan keperluan batin yang dipenuhi daripada pasangan masing-masing.
STAMINA TUBUH
Ketika usia masih muda, masing-masing punya stamina tubuh yang tinggi. Faktor ini menjadi perkara penting untuk memperoleh hubungan suami isteri yang terbaik sekali gus memperoleh keturunan sebanyak banyaknya dalam Islam.
MENJAUHKAN DIRI DARI ZINA
Perkara utama daripada sebuah perkahwinan ialah menyalurkan hawa nafsu mengikut saluran yang betul. Fitrah seorang lelaki dan wanita untuk hidup berpasangan. Untuk menghindari perbuatan zina maka digalakkan untuk berkahwin dalam usia yang muda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perselisihan keluarga antara anak dan ibu bapa memang biasa terjadi lantaran masing-masing mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara.
Akibatnya, kerana tidak mahu memperpanjangkan cerita, anak nekad untuk tidak mahu berbicara atau bersua muka kerana takut akan berlaku lagi perselisihan.
Mungkin dalam hal tertentu anak tidak bersalah dan terasa hati dengan tindakan ibu bapa. Perasaan susah memaafkan mula bersarang dan seterusnya mengambil keputusan tidak mahu menziarahi mereka. Bagi anak cukuplah dengan memberikan wang belanja bulanan dengan tanggapan telah tunaikan tanggungjawab sebagai anak.
Justeru sampai berapa lama mahu keadaan ini berlarutan? Enggan memaafkan dan tidak menzarahi mereka?
Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Isra’ : Ayat 23
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan janganlah kamu semua menyembah melainkan Dia dan berbuat baiklah kepada dua ibu bapa.”
Allah SWT telah menegaskan bahawa semua hambaNya wajib berbuat baik kepada ibu bapa setelah mereka melaksanakan tanggungjawab menyembah Allah. Ini bermakna berbuat baik kepada orang tua adalah satu tanggungjawab besar dan berat, melihatkan kedudukannya setelah kewajipan menyembah Allah.
Jika orang tua kita sudah tiba pada usia tua atau emas, janganlah kita bersikap kasar terhadap mereka . Jangalah berkata “Ah!’ sekalipun. Jangan kita mengherdik mereka. Sedangkan mengeluarkan perkataan ‘Ah!’ pun tidak dibolehkan apatah lagi dengan memaki, apatah lagi dengan tidak menziarahi, jauh sekali ada rasa geram dan rasa nak marah.
Nak tunjuk muka kurang senang atau tidak suka kepada orang tua pun tak dibolehkan, apatah lagi kalau kita tak mahu memaafkan mereka.
Andai mereka bersalah sekali pun, kita WAJIB memaafkan mereka. Apa sebabnya? Sebabnya ialah kalau bukan kerana mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini dengan izin Allah. Apa yang kita dapat hari ini, semuanya adalah kerana orang tua kita. Bagaimana kita nak mengecap nikmat hidup kalau bukan dari redha mereka?
Apabila berlarutan rasa ego seperti ini, maka anak mengambil keputusan enggan menziarahi ibu bapa, Jika dahulu kerap, kini boleh dibilang setahun berapa kali sahaja berjumpa malah ada yang bertahun tidak menziarahi orang tua.
Jadi, apakah hukumnya jika anak sekadar memberi wang belanja tanpa datang menziarahi ibu bapa?
Ketahuilah oleh kita bahawa, memberi wang belanja yang ditanggung oleh anak, hukumnya WAJIB. Berbuat ihsan kepada orang tua, hukumnya WAJIB. Bila mana anak tidak menziarahi ibu bapa kerana geram dan marah akan mereka, di sini, si anak telah DERHAKA kepada orang tuanya. Sejahat-jahat orang tua, mereka tetap mempunyai hak untuk kita hormati.
Dalam kemelut seperti ini, sejauh mana batasan anak untuk tidak perlu taat kepada mereka? Jika ibu dan ayah kita menyuruh anak berbuat mungkar dan maksiat, maka anak tidak perlu mentaatinya.
Jika orang tua suruh berbuat maksiat, jangan ditaati, tetapi tetaplah berbuat baik kepada mereka. Walaupun tidak taat kepada orang tua yang menyuruh berbuat maksiat, kita tetap perlu hormati mereka. Kedudukan orang tua adalah pintu kepada anak untuk menuju ke syurga atau neraka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Makan bufet Ramadan di hotel atau kafe setiap kali bulan puasa seakan acara wajib ramai kalangan kita. Meski ada harga hidangan mencecah hampir RM100...