Solat itu ibadah paling dituntut. Ia tiang agama dan wajib dilakukan asal tidak gila.

Dalam surah Al’Maun iaitu surah ke 107 dalam Al-Quran yang terdiri dari tujuh ayat, isi kandung surah ini menceritakan ancaman terhadap mereka yang tergolong mendustakan agama yakni mereka yang mengherdik anak yatim,  tidak menolong fakir miskin, riak (ingin dipuji sesama manusia) dalam solatnya dan lain lagi.

Dalam surah ini jelas dikatakan, “kecelakaan besar bagi orang yang bersolat”. Apa yang dimaksudnya perkataan ini dan solat yang lalai bagaimanakah dikatakan menurut surah ini.

Perkataan celaka jika diukur, ianya sangat teruk. Jarang orang mengucapkan kata-kata ini kerana bunyinya agak kasar. Tapi lalai dalam solat hingga menjerumus kepada keadaan celaka harus difahami oleh kita semua.

Bagaimana lalai dalam solat itu boleh mencelakakan kita?

Pertamanya, solat itu dinilai dari beberapa aspek :-

  1. Saat berwudhu:- Ada yang wudhunya tidak sempurna atau tepat iaitu membasuh bahagian tubuh diwajibkan.
  2. Lalai pada soal pakaian saat mengadap Allah.Kata orang, main sarung sahaja sedangkan bila mahu keluar dating, kita memilih yang terbaik. Pakaian solat harus bersih dan tidak terkena najis sama sekali.
  3. Melengah-lengahkan waktu solat. Kita solat namun di hujung waktu kerana mahu gabungkan dua waktu. Antaranya Zuhur ke Asar atau Asar ke Maghrib tanpa mahu mengejar solat di awal waktu yang pahalanya sangat banyak.

Keduanya dalam perlaksaan solat. Ada yang mempermudahkan solat sewaktu pelaksanaan solat. Ciri-cirinya antara lain:-

  1. Mengabaikan aspek tamakninah iaitu berhenti seketika sebelum menyempurnakan bacaan. Tamakninah wajib dilakukan ketika rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Sekiranya seseorang meninggalkan tamakninah dalam solat, maka solatnya tidak sah mengikut pandangan mazhab Syafi’e, Maliki dan Hambali.
  2. Mendirikan solat seadanya. Tak berusaha memperbaiki tata cara solat dari segi rukun mahu pun sunnahnya.
  3. Lupa bahawa dengan solat itu, seorang muslim sedang “berbicara” di hadapan Allah taala dan memohon doa agar diperkenankan segala yang kita minta.

Ada pun yang dimaksudkan dengan lalai dari solat itu dapat dikategorikan kepada dua  iaitu lalai pada waktu solat iaitu solat tapi fikiran di tempat lain. Dalam erti kata mudah, tidak kusyuk. Solat tapi fikiran ada di kedai makan, ingat bola, ingat kawan dan lain lagi. Pada hal Allah berfirman dalam surah Thaha ayat 14 bermaksud :-

Ads

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي (طه: ١٤)

“Dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” (Q.S. Thaha:14)

“Maka Celakalah Orang Yang Solat”, Apa Dimaksudkan Lalai Dengan Solat Menurut Surah Al-Ma’un Ayat 4 Ini?

Ketiganya  lalai  sesudah mengerjakan solat. Dalam erti kata lain tujuan solat untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar sebagai mana dinyatakan dalam surah al-Ankabut ayat 45:-

Ads

إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ (العنكبوت: ٤٥)

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.” (Q.S. Al-Ankabut:45)

Oleh karena itu dalam mendirikan solat, seorang muslim seharusnya:

  1. Menyempurnakan syarat
  2. Menyempurnakan rukun,
  3. Menyempurnakan sunnah,
  4. Tepat waktu,
  5. Memberi kesan hang baik kepada keperibadian mukmin baik dari segi hubungan vertikal mahupun horizontal.

Inilah inti dari firman Allah surat al-Mukminun ayat 1-2:

Ads

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (١) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (٢) (المؤمنون: ١-٢)

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya.” (Q.S. Al-Mukminun:1-2)

Ketiga, termasuk kategori lalai dari solat ialah mengetahui kewajipan solat tetapi tidak mahu melaksanakannya. Sumber : Muhammadiyah

 

 

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI