“Ya Allah sesungguhnya tanah haram Makkah ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya, semuanya milikMu. HambaMu ini datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk. Aku mohon kepadaMu belas kasihan kerana takutkan seksaMu, terimalah aku dengan keluasan kemaafanMu dan masukkanlah aku ke dalam syurgaMu Jannati Na’im. Ya Allah sesungguhnya Makkah ini adalah tanah haramMu, maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulang sendiku daripada api neraka.”
Makkah adalah sebaik-baik bumi Allah dan yang paling dikasihiNya. Semoga kita diberi kesempatan untuk menuju ke Kota Suci ini yang sesungguhnya terdapat banyak kelebihan dimana di sinilah tempat umat Islam menjalani ibadah umrah dan haji. Di sinilah seluruh umat Islam berhimpun untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu mengerjakan haji di Makkah (bagi yang berkemampuan).
Antara kelebihan, keistimewaan dan fadilat apabila kita melakukan ibadah di Kota Suci Makkah adalah:
1. Solat di Masjidilharam adalah menyamai 100 000 solat di tempat lain.
“Bersolat di AlMasjid Al Haram itu mempunyai kelebihan dengan 100 000 solat, bersolat dimasjidku (yakni masjid nabawi di Madinah) mempunyai kelebihan dengan 1000 solat. Sementara bersolat di Masjid Al aqso (Baitulmaqdis) mempunyai kelebihan dengan 500 solat.” (Diriwayatkan oleh Al tabrani daripada Abi Darda’)
2. Merupakan kota kelahiran Rasullulah SAW sebagai nabi akhir zaman.
3. Kaabah yang merupakan arah kiblat bagi umat Islam dan dipahalakan bagi sesiapa yang melakukan tawaf yang merupakan salah satu rukun haji dan umrah untuk tawaf Kaabah.
Sabda Nabi SAW:
“Bahawa Allah menurunkan 120 rahmat atas rumah ini (Kaabah) pada setiap hari dan malam, 60 untuk mereka melakukan tawaf, 40 bagi mereka yang mendirikan solat dan 20 bagi mereka yang hanya memandang Kaabah.” (Riwayat Al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas RA)
4. Terdapat telaga zam zam yang mana airnya adalah berkat dan mengenyangkan serta penyembuh kepada penyakit.
Ads
5. Hajar Aswad untuk kita mengucupnya.
6. Tempat di mana tidak ada seorang pun yang masuk kedalamnya kecuali dengan kerendahan hati, kusyuk, berfikiran terbuka dan meninggalkan segala perhiasan dan kemewahan dunia.
7. Tempat yang paling aman, yang tiada pertumpahan darah dan tiada yang boleh mendakwa adanya tempat yang lebih suci lebih dari Makkah.
8. Tempat untuk menghapus dosa masa lalu sepertimana Allah mengampunkan dosa Adam dan isterinya yang melanggar arahanNya.
9. Keberkatan Makkah terserlah dengan doa Nabi Ibrahim yang akhirnya menjadikan penduduk Makkah diberi rezeki yang melimpah ruah.
10. Doa dimakbulkan Allah.
Ads
Sabda Nabi SAW:
“Orang -orang yang mengerjakan ibadah haji dan orang-orang yang mengerjakan umrah adalah utusan Allah. Jika mereka berdoa nescaya Allah menerima doa mereka dan jika mereka meminta ampun, nescaya Allah mengampuni mereka.”
(Riwayat Ibnu Majah)
11. Peluang untuk berdoa di tempat-tempat istijabah (mudah makbul doa) seperti:
– Semasa Tawaf
Ads
– Semasa Sai di antara bukit Sofa dan Marwah.
– Di atas bukit Sofa
– Di atas bukit Marwah
– Di bawah Muzab (Pancur Emas)
– Di dalam Baitullah
– Di dalam Hijr Ismail
– Di sisi telaga zam zam
– Di belakang Maqam Ibrahim.
– Di Multazam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sudut Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dan sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah dan Masjid Nabawi, pasti akan berusaha untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah.
Untuk mengetahui di mana sudut Raudhah, ‘petuanya’ amat mudah iaitu ia bersebelahan makam Rasulullah dan hamparan karpetnya berwarna hijau berbanding kawasan lain dalam Masjid Nabawi yang karpetnya berwarna merah.
Raudhah antara tempat doa dimakbulkan. Mengikut sejarah, ia salah satu tempat Rasulullah SAW dan sahabat sering beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW.
Sebab itulah, ramai yang sanggup bersusah payah dan ada juga yang menjadi mangsa tolak-menolak untuk masuk ke dalam Raudhah. Namun tahukah anda bahawa terdapat enam tiang penting di dalam Raudhah.
Jom kita kenali ENAM tiang-tiang penting yang ada di dalam Raudhah.. Tiang-tiang ini bukan sebarang tiang kerana suatu masa dahulu tiang-tiang ini ada kisah-kisah yang hebat di sebaliknya..
Antara tiang tersebut ialah:
1. Tiang Sarir
Tiang ini ialah tiang di mana suatu masa dahulu adalah tiang di mana tempat Nabi Muhammad berehat dan di sini dahulu ada pangkin dimana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi.
2. Tiang Ali/Tiang Pengawal
Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai port untuk mengawal rumah Nabi Muhammad SAW, di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali.
3. Tiang Wufud (Deligasi)
Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda.
4. Tiang Aishah
Tiang ini sangat istimewa, di mana di tiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ni.. mintak doa banyak-banyak..
5. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat)
Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad. Akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.
6. Tiang Muhallaqah
Tiang ini dahulu adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta, kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baharu. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada pokok tu, “hang akan kekal dengan aku di syurga dengan batang pokok macam ni” barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang yg baru. Tiang ini juga dikenali dgn tiang wangi.
7. Mehrab Nabi
Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab ini lah nabi gunakan untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat beliau.. kalau tuan-tuan berpeluang masuk ke dalam Raudhah cubalah untuk solat betul-betul depan mehrab ini, tuan-tuan seolah-olah telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar di tikam oleh Abu lulu’ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.
Saya sharekan maklumat ini kepada semua.. kadang-kadang jemaah masuk Raudhah depa x tau nak tuju untuk solat dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, asalkan masuk Raudhah solat ja kat mana yang boleh.. so, sekarang dah tau la port mana yang nak ditujui..
Tulisan ini, saya buat adalah juga bertujuan untuk rujukan saya semasa bawa jemaah mengerjakan umrah..
Sumber kredit: Azrul Zabani
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Download movie antara perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan kita. Macam-macaam cara dilakukan asal dapat menonton movie terbaru secara percuma tanpa mempersoalkan tindakan yang...