Pernikahan itu satu ibadah. Mendirikan masjid itu adalah gedung pahala bagi suami isteri selagi menurut ajaran agama. Seusia majlis akad nikah, malam pertama adalah antara hal yang selalu difikirkan oleh pasangan pengantin baru.
Ia bukan setakat main terjah, menggambarkan keghairahan yang disaji di filem-filem porno sebaliknya sentiasalah mengikut apa diajarkan dalam agama.
Bagi pasangan pengantin baru, sebaik selesai majlis akad nikah, hendaklah meletakkan tangan di atas ubun-ubun isteri sambil membaca doa ini.
Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari pakciknya berkata bahawa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا تَزَوَّجَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً أَوِ اشْتَرَى خَادِمًا فَلْيَأْخُذْ بِنَاصِيَتِهَا (وَلْيُسَمِّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ) وَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ، وَلْيَقُلْ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ.
“Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli (memerdekakan) seorang budak maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah ‘Bismillah’ serta doakanlah dengan doa baroqah seraya mengucapkan:
ALLAHUMMA INNI AS-ALUKA MIN KHOIRIHAA WA KHOIRI MAA JABALTAHAA ‘ALAIH. WA A’UDZU BIKA MIN SYARRIHAA WA SYARRI MAA JABALTAHAA ‘ALAIH
Ertinya: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelikannya dan kejelikan tabiat yang ia bawa.’” (HR. Abu Daud, no. 2160; Ibnu Majah, no. 1918. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadits ini hasan)
Saat berdua-duaan dalam bilik tidur dan hendak melakukan hubungan intim, suami isteri disarankan membaca doa ini sebelum melakukan hubungan agar ia dijauhkan dari gangguan syaitan. Bukan main terjah seperti mana banyak filem-filem porno ajarkan (nauzibillahminzalik dan minta kita dijauhkan dari maksiat mata).
Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِىَ أَهْلَهُ فَقَالَ بِاسْمِ اللَّهِ ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا . فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِى ذَلِكَ لَمْ يَضُرُّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا
“Jika salah seorang dari kalian (iaitu suami) ingin berhubungan intim dengan isterinya, lalu ia membaca doa
BISMILLAH ALLAHUMMA JANNIBNAASY SYAITHOONA WA JANNIBISY SYAITHOONA MAA ROZAQTANAA.
Ertinya: ‘Dengan (menyebut) nama Allah, ya Allah jauhkanlah kami dari (gangguan) syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki yang Engkau anugerahkan kepada kami”, kemudian jika Allah mentakdirkan (lahirnya) anak dari hubungan intim tersebut, maka syaitan tidak akan boleh mencelakakan anak tersebut selamanya”(HR. Bukhari, no. 6388; Muslim, no. 1434).
Dalam doa kedua ini, ia hendaklah diawali dengan ucapan Bismillah sebagai bentuk meminta tolong dan berzikir kepada Allah agar suami isteri dijauhkan dari gangguan syaitan saat berhubungan intim agar keturunannya pula dijauhkan dari syaitan. Sebagaimana hal ini yang dimaksudkan dalam ‘Aun Al-Ma’bud, 6: 143.
Doa Malam Pertama dan Lima Keberkatannya
Keberkatan doa malam pertama dalam islam.
1) Kebaikan do’a ini pun akan membawa pengaruh pada keturunan yang dihasilkan dari hubungan intim tersebut. Buktinya adalah riwayat mursal namun hasan dari ‘Abdur Razaq di mana disebutkan,
إِذَا أَتَى الرَّجُل أَهْله فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّه اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقَتْنَا وَلَا تَجْعَل لِلشَّيْطَانِ نَصِيبًا فِيمَا رَزَقْتنَا ، فَكَانَ يُرْجَى إِنْ حَمَلْت أَنْ يَكُون وَلَدًا صَالِحًا
“Jika seseorang mendatangi istrinya (berhubungan intim), maka ucapkanlah ‘Ya Allah, berkahilah kami dan keturunan yang dihasilkan dari hubungan intim ini, janganlah jadikan syaitan menjadi sebahagian pada keturunan kami’. Dari doa ini, jika isterinya hamil, maka anak yang dilahirkan diharapkan adalah anak yang soleh” (Fath Al-Bari, 9: 229).
2) Mengikuti ajaran Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, ini sudah merupakan baroqah tersendiri. Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata,
لَسْتُ تَارِكًا شَيْئًا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَعْمَلُ بِهِ إِلَّا عَمِلْتُ بِهِ إِنِّي أَخْشَى إِنْ تَرَكْتُ شَيْئًا مِنْ أَمْرِهِ أَنْ أَزِيْغَ
”Aku tidaklah biarkan satu pun yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam amalkan kecuali aku mengamalkannya kerana aku takut jika meninggalkannya sedikit saja, aku akan menyimpang.” (HR. Bukhari, no. 3093; Muslim, no. 1759).
3) Syaitan tidak akan turut serta dalam hubungan intim tersebut kerana di dalam doa ini diawali dengan penyebutan “Bismillah”. Demikian pendapat sebahagian ulama. Mujahid rahimahullah berkata,
أَنَّ الَّذِي يُجَامِع وَلَا يُسَمِّي يَلْتَفّ الشَّيْطَان عَلَى إِحْلِيله فَيُجَامِع مَعَهُ
“Siapa yang berhubungan intim dengan isterinya lantas tidak mengawalinya dengan ‘Bismillah’, maka syaitan akan menoleh pada pasangannya lalu akan turut dalam berhubungan intim dengannya.” (Fath Al-Bari, 9: 229).
4) Keturunan yang dihasilkan dari hubungan intim ini akan selamat dari berbagai gangguan syaitan
Jika difahami dari maksud hadith berkenaan, yang dimaksud dengan anak tersebut akan selamat dari berbagai bahaya adalah umum, iaitu mencakupi bahaya dunia mahupun agama. Namun Al-Qadhi ‘Iyadh berkata bahawa para ulama tidak memahami seperti itu. (Minhah Al-‘Allam, 7: 348).
Ibnu Daqiq Al ‘Ied berkata, “Boleh difahami dari doa ini bahawa syaitan juga tidak akan membahayakan agama anak dari hasil hubungan intim tersebut. Namun bukan bererti anak tersebut maksum ertinya selamat dari dosa” (Fath Al-Bari, 9: 229).
Syaikh Ibnu Baz rahimahullah memahami bahawa yang dimaksud dalam hadits bahawa anak tersebut akan tetap berada di atas fitrahnya iaitu Islam. Syaitan boleh saja menggoda anak tersebut namun segera ia akan kembali ke jalan yang lurus. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya” (QS. Al-A’raf: 201) (Lihat Minhah Al-‘Allam, 7: 349).
5) Keberkatan doa ini berlaku bagi wanita yang akan hamil dengan hubungan intim tersebut atau yang tidak akan hamil kerana lafaznya umum. Inilah pendapat Al Qadhi ‘Iyadh (Fath Al-Bari, 9: 229). Sumber : Rumaysho