Malaysia #QuranHour berlangsung 30 ogos nanti, pilih 3 surah sebagai pedoman anak muda. Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) buat kali pertama memfokuskan agenda anak muda serta peranan golongan dewasa dengan tiga surah menjadi pilihan iaitu Al-Insan, Al-Asr dan Al-Fatihah.
WUIF bersama rakan sinergi media Malaysia dari pelbagai platform media di seluruh negara bergabung untuk menyebarluaskan misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia sempena Malaysia #QuranHour 2023, di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.
Malaysia #QuranHour
Sesi pertemuan bersama rakan Sinergi Media kali ke-9 bertujuan bersama membawa misi menyampaikan nilai-nilai mulia al-Quran dengan menyeru lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan muda di dalam dan luar negara untuk menyertai program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal di platform media masing-masing.
Malaysia #QuranHour tahun ke 9 anjuran WUIF dengan kerjasama rakan sinergi, diadakan secara serentak di seluruh negara dan bersiaran langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya, pada pukul 12 tengah hari hingga 1 tengah hari pada 30 Ogos 2023.
Berlangsung 30 Ogos Nanti
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff, Malaysia #QuranHour sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 66, buat pertama kali ini memfokuskan agenda anak muda dan peranan orang dewasa dalam membawa misi “Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.”
Pemuda menjadi tonggak dan aset penting dalam pembinaan negara pada masa hadapan. Gabungan anak muda dan orang dewasa saling melengkapi dalam melahirkan pemimpin abrar dan membawa legasi kebaikan yang membumikan al-Quran.
“Sehingga 12 Ogos 2023, para pemimpin, calon dan rakyat berhempas pulas dengan pelbagai cara untuk menentukan kepimpinan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Ads
“Kini tiba masanya kita semua bangkit untuk bersyukur dan membina legasi negara Madani yang amanah, ikhlas, teguh, harmoni, sejahtera, dan progresif. Ini selari dengan tema Hari Kebangsaan, “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.
“Kita perlu tinggalkan segala pertelingkahan, perbalahan dan perpecahan di segenap lapisan rakyat mahupun pemimpin. Dalam erti kata lain, rapatkan jurang perbezaan, besarkan persamaan dalam membangunkan negara Malaysia Berakhlak Mulia.
Pilih 3 Surah Pilihan
“Malaysia #QuranHour yang digerakkan sempena momentum Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun, mengajak seluruh masyarakat memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan sebuah negara yang aman, utuh dan progresif, melalui intervensi yang diformulasikan dari prinsip-prinsip al-Quran.
“Pendekatan tadabbur dengan al-Quran iaitu Surah Al-Fatihah (Pembukaan), Surah Al-Insan (Manusia) dan Surah Al-Asr (Masa) menjadi surah pilihan bagi mengangkat tema tersebut dapat melahirkan golongan pemuda berkemahiran dalam membina projek pembangunan negara sekaligus melahirkan para pemimpin abrar pada masa hadapan.”
Ads
Tambah beliau, dengan berpandukan kepada al-Quran dan Hadis, ia dapat membentuk kerangka fikir dan karakter diri yang mulia, seterusnya dapat menjiwai kemerdekaan sebenar dalam kalangan rakyat, khususnya golongan pemuda.
Impak daripada kempen #QuranHour juga diharapkan mampu melahirkan Muslim yang bersyukur, minda yang cerdas dan berkemahiran.
Al-Quran menjadi sumber bimbingan utama dan rujukan untuk meningkatkan jati diri secara holistik daripada aspek fizikal, emosi, spiritual, intelektual dan sosial.
Sebagai Pedoman Anak Muda
Daripada kekuatan dalaman yang terbina inilah akan wujud individu yang merdeka jiwanya dan berupaya melonjak sebuah tamadun bangsa dan negara.
Ads
“Kita harap peranan media sangat penting untuk membawakan semangat bangsa merdeka yang benar-benar melakukan sesuatu, bukan setakat bercakap atau berteori tetapi bertindak untuk melakukan kebaikan dalam masyarakat dan negara.
Melalui Malaysia #QuranHour, al-Quran menjadi tali penghubung dan solusi umat Islam di seluruh dunia. Dengan kerjasama Sinergi Media Malaysia dalam menjayakan kempen #QuranHour dapat dapat diteruskan dalam membawa misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada 1500H.
‘Dari 10 tahun tak pernah jerit suruh sembahyang.’ Ibu ini kongsi cara terbaik ajar anak solat dan mengaji quran sejak kecil.
Menurut ibu ini, dia percaya bahawa bila datang rasa tanggungjawab, anak-anak akan lakukan tanpa paksaan. Dalam dunia gajet ini ternyata bukan sesuatu yang mudah untuk mendidik anak.
Apa lagi dalam menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Jika mereka tak terbiasa sejak kecil memang payah. Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Noor tentang anak kembarnya yang solat seawal 10 tahun tanpa disuruh.
Teringat bersembang dengan si kembar beberapa hari lepas.
Saya tanya dorang (mereka),
Tak Pernah Jerit Suruh Sembahyang
“Tahu tak sekarang ini apa doa tambahan Mama untuk abang dan adik setiap hari?”
Dorang geleng kepala.
Kata saya,
“ Mama ‘beritahu’ dekat Allah abang, adik adalah anak- anak yang menyenangkan. Sejak umur 10 tahun sampai sekarang Mama Papa tak pernah tanya pun Abang, Adik sudah solat ke belum.
‘Abang adik sendiri terus buat bila masuk waktu. Mama tak perlu pun ingatkan Abang Adik untuk baca Quran setiap hari. Sebelum Maghrib Abang Adik sendiri ambil Quran dan baca.
Ibu Ini Kongsi Cara Terbaik
‘Pengorbanan Abang Adik jaga Pah(nenek) dan Tok (datuk), tak selalu keluar ke mana-mana macam orang lain tak semua remaja boleh buat.
‘Kalau Mama Papa dulu, jadi Abang Adik pun belum tentu boleh buat. Mudah-mudahan dengan asbab ini Allah permudahkan urusan Abang, Adik dunia akhirat.”
Ya, sejak mereka 10 tahun sampailah sekarang saya dan suami tak pernah sekalipun menjerit marah dan suruh mereka dua beradik solat.
Ajar Anak Solat
Benda itu datang dengan sendiri bila mereka tahu tanggungjawab. Saya percaya anak-anak yang terjaga solatnya dan letakkan Al Quran dalam hati, insyallah selamatlah mereka dunia akhirat.
Sebab itu saya dan suami ikhtiar untuk didik dua perkara ini dari mula. Sebagai ibu, bapa kita hanya berusaha. Jika ada ujian lain Allah nak bagi akan datang, itu pastinya di luar kuasa kita.
Mengaji Quran
Lagi satu sebagai ibu yang melahirkan wajib saya selit doa ini untuk mereka setiap hari.
“Ya Allah. Aku ampunkan segala dosa anak- anak ku. Mudah- mudahan dengan asbab adanya reda aku, Engkau juga reda ke atas mereka dan permudahkanlah urusan mereka dunia akhirat..”
Mak ayah mana yang tak mahu buat yang terbaik untuk anak- anak kan..
Umum mengetahui pelakon Ashraf Muslim memang menjalinkan hubungan baik dengen kedua-dua orang isterinya.
Dilihat sentasa bersikap adil dan memberi kasih sayang sama rata kepada kedua-dua orang isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi hingga digelar Ikon Poligami.
Justeru bagi menghargai segala pengorbanan dan tanggung awab sebagai suami, kedua-dua isteri Ashraf, telah membuat kejutan sempena sambutan hari lahirnya ketika mereka bercuti di sebuah pantai peranginan.
“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku.. love both of you mama and ibu.
“Menjadi sungguh surprisenya.. malu kejap tgh2 pantai tuh.. anyway tq soo much! @ashrafslegacy
Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman, di Makkah pada 30 Ogos 2011, sebelum menikahi Wan Sakinah Ahmad Saburi, selaku isteri keduanya di selatan Thailand pada 7 Julai 2013.
Hasil perkongsian hidup dengan dua wanita itu, pelakon berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.
Perkongsian ini turut mendapat reaksi daripada warganet. Masing-masing memuji ke akraban keluarga tersebut dan turut menitipkan ucapan hari lahir buat Ashraf.
asmanadia berkah usia Ashraf, semoga selalu Allah jaga di jalan surga…
asiahmuhd Melalui pengkisahan anda Allah SWT tunjukkan Kami antara jalanNya yg lurus. Betapa manusia adalah kerdil dan lemah. Cinta kasih sayang adalah kurnia Allah SWT kpd hambaNya.. semoga rumahtangga AM yg terbina menjadi asbab utk menuju SyurgaNya.
daddyzam Agar dirahmati Allah selalu..berbahagia berbagi kasih syng
ashaharith Happy birthday acap semoga dipermudahkan segala urusan dipanjangkan usia diperluaskan rezeki dan diberikan kesihatan selalu
shera_ma83 Hepi besday AM… Semoga bertambah keberkatan dalam hidup.. Bahagia hingga syurga Allah bersama bidadari² AM..
Meminta dicabut nyawa atau mati kepada Allah SWT bukan lah jalan yang baik. Siapa kita mahu menentukan ajal maut kita? “Kau cabutlah nyawaku ya Allah, aku dah tak mampu tanggung derita ini” Siapa kita untuk mengarahkan Allah agar mencabut nyawa kita? Biar seberat mana pun masalah dan dugaan melanda, carilah jalan penyelesaian dan bertaubatlah.
Usia tidak boleh dijual beli atau ditawar ganti. Ikuti kupasan pendakwah terkenal dan disegani iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan perangai manusia yang selalu meminta mati pada Allah tatkala diuji.
Menurut Habib Ali Zaenal, sebagai hamba Allah SWT, jangan ada antara kita yang meminta mati hanya kerana ada musibah yang menimpa diri. Baginda Rasulullah SAW bersabda: “ Mintalah kamu kepada Allah SWT Husnul Khatimah”
Di dalam hadis yang lain, Nabi SAW juga bersabda: “Kata-kata atau penyesalan yang disampaikan oleh iblis bilamana mendengar ada orang yang minta kepada Allah SWT mati dalam Husnul Khatimah, “Macam ditusuk tulang belakang aku,”kata iblis, bilamana dia mendengar orang meminta kepada Allah Husnul Khatimah.
Husnul Khatimah akan menyebabkan usaha iblis untuk menyesatkan kita menjadi sia-sia, sehingga iblis menjadi sangat geram bilamana orang meninggal dunia dalam Husnul Khatimah.
Seseorang digalakkan mati dalam keadaan Islam atau Husnul Khatimah namun DILARANG meminta mati kerana tertekan atau stress. DILARANG meminta mati disebabkan berhadapan dengan masalah dalam kehidupan.
Kalau pun mesti juga meminta mati, maka berdoalah kepada Allah SWT,” Ya Allah, hidupkan diriku bilamana kehidupan ini memberikan kebaikan kepada diriku, dan matikanlah aku bilamana kematian itu membawa kebaikan untuk diriku”.
Kalau dia orang yang diberikan umur oleh Allah SWT ialah daripada orang yang baik, maka dia boleh menambahkan keberkatan umur yang diberikan dengan kebaikannya semakin bertambah.
Kalau dia orang yang berbuat jahat, tapi masih dikurniakan umur oleh Allah SWT, ini adalah peluang supaya dia boleh insaf dan bertaubat.
Dengan demikian, TIDAK BOLEH meminta mati disebablan apa pun juga sama ada orang itu adalah orang yang baik-baik atau orang tidak baik. Peluang dikurniakan umur yang diberikan oleh Allah SWT adalah untuk menambahkan kebaikan bagi orang yang baik dan peluang untuk bertaubat bagi orang yang berbuat maksiat.
Kashoorga : Mintalah bantuan daripada Allah. Jangan meminta dicabut nyawa walau sekalipun. Sekecil mana pun masalah, ia adalah ujian daripada Allah. Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana percayanya kita kepada kekuasaanNya.
Dia yang memberikan masalah kepada kita, maka Dia juga lah yang berkuasa mengangkat masalah itu. Berusaha cari jalan penyelesaian diiringi dengan doa dan tawakal kepadaNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Cara buat rayuan haji! Baru-baru ini Tabung Haji telahpun mengeluarkan surat haji kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun 2025. Begitu pun...