‘Mangsa gempa bumi ada yang patah kaki, pendarahan otak, tak bernyawa.’ Dedah doktor warga Malaysia di Turkiye yang kita sedang menetap di sana.
Tidak dapat bayangkan keadaan di sana, dalam bencana, hilang tempat tinggal membuatkan semuanya kacau bilau. Semoga Allah permudahkan urusan mereka di sana.
“Ramai mangsa yang datang ke hospital selepas dibawa keluar daripada timbunan bangunan dalam keadaan patah kaki, ada yang mengalami pendarahan otak dan ada juga yang sampai dalam keadaan tidak bernyawa.”
Itu situasi yang diceritakan seorang doktor warga Malaysia Syazwan Abu Bakar,34, yang bertugas di sebuah hospital di bandar Gaziantep, antara kawasan paling teruk terjejas akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang melanda selatan Turkiye awal pagi Isnin.
Doktor am berkenaan memberitahu Bernama bahawa dia dan petugas lain terpaksa berlari keluar dari hospital untuk menyelamatkan diri setiap kali gempa susulan berlaku yang turut menyebabkan bangunan berkenaan mengalami keretakan.
Ads
Ada Yang Patah Kaki, Pendarahan Otak
“Ketika gempa pertama berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi saya on-call dan sedang berehat. Saya lari keluar dan kemudian saya naik semula untuk tengok pesakit.
Manakala ketika gempa kedua berlaku iaitu di waktu tengah hari, Dr Syazwan terpaksa lari keluar bangunan sekali lagi dan selepas itu kembali bertugas di unit kecemasan.
Di samping itu, kongsi Dr Syazwan, 34, dia mengenali lima lagi rakyat Malaysia yang menetap di Gaziantep dengan dua daripada mereka turut bertugas sebagai doktor.
Tak Bernyawa
Namun begitu, sehingga kini dirinya tidak mengetahui mengenai keadaan mereka berikutan kesibukan merawat mangsa gempa bumi yang cedera.
“Pagi tadi (Isnin) ada orang kedutaan telefon saya tetapi ketika itu saya agak sibuk, saya cuma beri nombor telefon dua lagi rakyat Malaysia di sini,” katanya.
Terang Dr Syazwan yang tinggal seorang diri di Gaziantep, dia tidak dapat pulang ke rumah berikutan bangunan berkenaan juga mengalami keretakan dan berkemungkinan akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Dedah Doktor Warga Malaysia Di Turkiye
Manakala, keluarganya pula menetap di daerah lain sejauh tiga jam perjalanan dari Gaziantep.
Ads
“Rumah keluarga saya di sana juga retak jadi mereka akan berpindah ke kawasan di sebelah barat yang lebih selamat,” katanya.
Sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 lagi cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada awal pagi Isnin.
Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang berpusat di daerah Pazarcik itu menggegarkan wilayah Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah lain, termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.
Ia diikuti dengan gempa bumi bermagnitud 7.6 pada 13.24 tengah hari yang turut berpusat di Kahramanmaras.
Kehidupan tidak selamanya berjalan lancar. Ada masanya manusia di uji baik dari segi kewangan, kehidupan, hubungan sesama manusia dan lain lagi. Tidak kurang ramai yang buntu saat diuji bahkan menjadi stres dengan apa dilaluinya kini.
Mereka akan kerap bertanya, kenapa aku. Apa salah diriku dan sampai satu saat mencari jalan “pulang” dengan cara yang salah. Nauzubillah. Jika kita menyandarkan seluruh kehidupan kepada Sang Khalik, kita akan sedar apa tujuan kita diciptakan.
Hidup bukan berlumba-lumba mencari harta kekayaan atau menunjuk-nunjuk. Sebaliknya harta yang banyak juga adalah ujian. Ya ia ujian bagi yang riak. Ia dipanggil istidraj. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat pertolongan).” (Surah al-An’am, ayat 44).
Mohon jauhkan kita dari sikap sebegitu.
Di sebalik ujian kehidupan yang mungkin agak mencabar kini kerana kita tidak dibenarkan keluar bekerja dan tiada sumber lain, ada masanya kita menjadi buntu dengan apa dilalui.
Walau stress, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah taala. Satu-satunya senjata orang mukmin ialah berdoa. Ini doa membantu kita menghilangkan stres. Allahuma inni a’udzubika min jahlil balaa i wa darkisy syaqai wa suu il qadlai wa syamatatil a’dai.
Ertinya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk dan dari keberhasilan musuh.”
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Dalam kita menyempurnakan solat, perlu ada 13 rukun tertib yang perlu dibuat. Dan jika tertinggal salah satu daripadanya solat kita boleh jadi tidak sah.
Namun begitu sebenarnya jika melakukan tertib iaitu sujud dalam rakaat terakhir jangan lupa untuk membacakan doa ini.
Ini kerana dikatakan manfaat membaca doa ini ketika sujud terakhir dalam solat amatlah luar biasa.
Gambar sekadar hiasan.
Dalam satu perkongsian ada memberitahu mengenai perkara ini.
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud
#1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah
اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as’aluka husnal khotimah
Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”
#2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat
اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
#3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya
Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.
Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.
SUMBER: FACEBOOK
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Dapat panggilan tapi saya reject.’ Tolak tawaran haji kedua, hendak beri peluang kepada orang lain yang belum pernah lagi berpeluang menunaikan haji dan menjejakkan kaki ke sana.
Memang besar pahala mengorbankan peluang yang diberikan kepada orang lain. Hanya orang yang berjiwa besar mampu mengambil tindakan sebegini.
Ikuti perkongsian Noraini Salleh tentang pengorbanan insan yang berjiwa besar ini:
Saya dapat panggilan haji, tetapi saya tolak. Kenapa tolak? Tanya saya.
Sebenarnya sebelum saya tolak, saya terlebih dahulu buat solat istikharah. Saya juga mendapat nasihat daripada kakak supaya melepaskan peluang itu.
Kenapa? Orang lain ada yang merayu kerana nak pergi sangat tunai haji, tetapi awak tiba-tiba melepaskan peluang keemasan itu.
Tapi Saya Reject
Sebenarnya ini panggilan haji kedua saya. Sebelum ini, saya sudah tunai haji pertama beberapa tahun lalu. Lagi pun baru saja balik daripada menunaikan umrah.
Saya tolak bukan kerana tambang haji kedua cecah RM38, 000. Dari segi kewangan saya tak ada masalah. Saya mampu membayarnya.
Saya tolak kerana saya hendak beri peluang orang yang belum menunaikan haji mengisi kekosongan itu.
Tolak Tawaran Haji Kedua
Saya teringat bapa saudara saya di kampung dah berusia 70-an masih belum mendapat tawaran tunai haji. Kalau boleh galang ganti hendak saja saya bagi kepada bapa saudara tempat saya itu.
Bagaimanapun, saya tak boleh membuat membuat penukaran itu. Tabung Haji kata, sistem tukar ganti tak boleh dibuat begitu. Hanya Tabung Haji yang berkuasa menentukan calon bakal jemaah haji.
Saya begitu terharu mendengar pengorbanannya itu. Kalau ramai orang berfikiran begitu, tentu ramai yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci dapat peluang menunaikan haji pertama mereka.
Hendak Beri Peluang Kepada Orang Lain
Kita dikehendaki menunaikan haji yang difardukan hanya sekali, itu pun jika ada kemampuan.
Kalau sudah terlebih mampu, apa salahnya beri ruang itu kepada mereka yang masih menunggu peluang pertama untuk menunaikan haji.
Tabung Haji juga patut utamakan yang belum menunaikan haji untuk dimasukkan dalam senarai bakal jemaah mereka.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...