Alhamdulillah dan tahniah buat anak muda berusia 17 tahun, Siti Nurshuhaini Azman yang baru saja muncul sebagai Naib Juara Terbuka Republik Czech pada 24 Oktober lalu.
Di pusingan akhir itu, dirinya tewas di tangan pemain Indonesia Putri Kusuma Wardani yang menghuni tangga ke 124 dunia.
Membuat penampilan sulung apabila menggalas cabaran bersama Skuad Badminton Wanita Negara dalam saingan Piala Uber 2020 lepas, pendedahan di peringkat antarabangsa itu memberikan semangat buat anak negara yang manis berhijab ini untuk muncul Naib Juara di Terbuka Republik Czech baru ini.
Apa yang menarik, penampilannya yang berhijab sedikit pun tidak membuatnya berasa kekok sebaliknya atlet kelahiran Rawang, Selangor ini mengekalkan jati diri sebagai muslimah sejati dengan penampilan menutup auratnya itu.
Sebelum mencapai kejayaan gemilang ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan yang jawatankuasa pengurusan telah membuat keputusan menyerapkan remaja berusia 17 tahun ini ke pasukan senior perseorangan negara serta merta sebelum pasukan berlepas ke Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober lalu.
Ia dilakukan kerana negara mengenai keperluan jumlah pemain senior yang lebih ramai bagi perseorangan wanita, bagi mencapai objektif memperkuatkan lagi skuad itu.
“Mereka secara rasminya akan menyertai unit di bawah ketua jurulatih Indra Widjaja dan jurulatih Loh Wei Sheng. Semoga yang terbaik untuk anda semua,” menurut kenyataan itu lagi.
Dalam kemas kini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain berusia 17 tahun yang menamatkan saingan Terbuka Czech selaku naib juara meraih peningkatan sebanyak 85 anak tangga.
Peningkatan tersebut membolehkan Nurshuhaini menghuni tangga ke-269 dunia pada minggu ini. Ini merupakan ranking terbaik pernah dihuni oleh Nurshuhaini sejak disenaraikan oleh BWF pada bulan Mei lalu.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI