‘Mari Doakan Agar Usaha Mencari & Menyelamat Mangsa Tanah Runtuh Di Batang Kali Dipermudahkan.’- Ustazah Asma’

Share

‘Mari doakan agar usaha mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Batang Kali dipermudahkan.’ Seru Ustazah Asma’.

Hari ini, telah memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama, pihaknya akan memberi fokus di Sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) serta kawasan sekitar yang belum digali.

Artikel Berkaitan

“Saya Doakan Kawan-Kawan Dipermudahkan Urusan”. 2 Tahun Kumpul Duit Buat Grab, Lelaki Jejak Kaki Ke Makkah

Mari Doakan

Enam anjing unit pengesan (K9) turut mula dibawa masuk ke kawasan pencarian pada 8.30 pagi tadi, dalam keadaan cuaca mendung pada pagi ini.

Semalam operasi berkenaan ditangguhkan pada kira-kira 9.30 malam berikutan keadaan cuaca buruk.

Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa.

Agar Usaha Mencari & Menyelamat

“Ya Allah, lindungilah saudara-saudara kami di BATANG KALI, SELANGOR daripada sebarang bahaya dan bencana. Jadikanlah musibah ini sebagai suatu yang mengingatkan dan mendekatkan kami kepada-Mu. Kami hamba-Mu yang lemah, tiada daya dan upaya dalam diri kami melainkan semuanya datang daripada-Mu.”

Allahu Akbar, kita semua dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father Organic Farm, Gohtong Jaya.

إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.”

Mangsa Tanah Runtuh

Antara anggota penyelamat yang dikerah ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.24 pagi itu adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) dan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA).

Melihat kepada gambar-gambar dan video yang dikongsikan di media sosial, timbul rasa sedih dan pilu. Sama-sama kita mendoakan agar semua petugas penyelamat yang mencari dan menyelamat dipermudahkan dalam usaha menyelamatkan mangsa.

Di Batang Kali Dipermudahkan

Jangan putus mendoakan saudara kita di sana agar mereka sentiasa diberi kekuatan, kesabaran serta dipermudahkan untuk menghadapi ujian ini. Panjatkan doa buat mereka khususnya buat ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Daripada Anas bin Malik, dia berkata, “Nabi Muhammad SAW ketika mendapat masalah yang berat, beliau membaca:

يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Maksudnya: ”Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan).”
(HR. Tirmidzi, hadis hasan)

Di dalam hadis lain, Ibnu Abbas r.a. berkata, ketika Rasulullah SAW mengalami kesulitan baginda membaca doa:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: “Tiada sembahan yang hak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arasy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia.”
(HR Muslim, hadis sahih)

Firman Allah SWT:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.
(Surah al-Baqarah 155-156)

Asma’ binti Harun
Pengasas dan Penaung NGO Sahabat Amal Care
#UAHSahabatDuniaAkhirat
#Pray4BatangKali

Baca Di Sini

Diuji Kaki Rasa Sakit Ketika Tunaikan Haji, Amira Othman Mohon Doa Urusan Dipermudahkan Sebelum Buat Ibadah

Allah Lebih Sayang, Haider Disahkan Meninggal Selepas Berjaya Dikeluarkan Dari Perigi Pada Kedalaman 10 Meter

Kashoorga : Semoga usaha pencarian mangsa tanah runtuh dipermudahkan dan berjalan lancar.

Sumber : Astro Awani, Ustazah Asma’ Harun

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Published by
Syazwani Mehat