Apabila Dia berkehendak sesuatu maka akan terjadilah ia sekelip mata. Seperti mana yang berlaku pada gadis sunti, Maryam yang suci maruahnya tiba-tiba mangandung tanpa seorang suami di sisi. Bukti kuasa Allah itu hebat maka Maryam menerima berita kehamilannya daripada malaikat utusan Allah dengan hati yang reda.

Menggeletar seluruh tubuhnya apabila menerima khabar berita gembira yang disampaikan oleh malaikat Jibril. Maryam tahu akibatnya apabila perkara ini terbongkar, orang kampung akan mencemuh dan mencacinya kerana mengandung anak luar nikah.

Sebaik sahaja Allah Yang Esa menghembuskan roh ke dalam rahimnya, Maryam lantas memencilkan diri dan seluruh masanya dipenuhi dengan ibadah. Dia sentiasa memohon pada Allah agar diberikan kekuatan untuknya meneruskan kandungan tersebut dan dijauhi daripada cemuhan ahli keluarga dan orang kampung.

IKLAN

Walaupun dalam keadaan takut, Maryam tetap patuh dengan suruhan Allah. Tiba masa melahirkan, Maryam membawa diri ke tengah padang pasir. Allah memudahkan urusan kelahiran puteranya, Isa yang merupakan seorang Rasul dari Bani Israel.

Mukjizat Allah pada Nabi Isa AS tersebar ke seluruh kampung apabila bayi kecil itu boleh bercakap bagi pihak ibunya apabila Maryam menerima cemuhan daripada mereka semua. Setelah dewasa, Nabi Isa membawa ibunya keluar dari kampung demi mengejar saham akhirat. Mereka berpuasa dan menunaikan ibadah walau dalam serba kekurangan.

Suatu hari Nabi Isa meninggalkan ibunya sebentar untuk mencari hidangan berbuka. Saat Maryam keseorangan, dia didatangi Malaikat Izrail untuk mencabut rohnya. Sekali lagi, dia rasa menggeletar seluruh tubuh dan takut mendengar suara malaikat yang berada di hadapannya. Malaikat tersebut mengeluarkan kata-kata dengan cukup hemah walaupun tugasnya mencabut nyawa tanpa belas kasihan.

IKLAN

Sebaik sahaja pulang, Nabi Isa terkejut melihat ibunya tidak bernyawa lagi. Dugaan diterima tatkala tiada siapa yang mahu mengebumikan ibunya sehinggalah Nabi Isa bertemu dengan dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya ketika dalam perjalanan pulang.

Nabi Isa meminta pertolongan mereka yang sebenarnya merupakan malaikat Mikail dan Jibril. Sungguh bertuah Maryam apabila jasadnya disempurnakan oleh para bidadari Syurga yang diutuskan oleh Allah SWT. Itulah balasan yang diterima bagi mereka yang beriman dan patuh pada suruhan Allah.

IKLAN

VIDEO KASHOORGA:

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI