Hubungan

‘Mas Kahwin Tak Cukup RM199.’ Lelaki Ini Reda Batalkan Perkahwinan Sehari Sebelum Majlis

Share

‘Mas kahwin tak cukup RM199.’ Lelaki ini reda batalkan perkahwinan sehari sebelum majlis pernikahannya. Sebenarnya tindakan ini diambil setelah pihak keluarganya kecewa dengan sikap sebenar bakal isterinya.

Seorang lelaki di Palembang, Wilayah Sumatera Selatan, Indonesia terpaksa membatalkan pernikahannya sehari sebelum majlis berlangsung gara-gara gagal menyerahkan baki mas kahwin berjumlah 700,000 rupiah (RM199).

Artikel Berkaitan

‘Terima Mas Kahwin Berupa 3 Dinar Emas.’ Hampir Setahun Bergelar Balu, Kini Anita Baharom Mulakan Hidup Baru

Mas Kahwin

Menerusi video yang dimuat naik oleh di Instagram, kakak kepada lelaki berkenaan, Elsa menyatakan bahawa majlis pernikahan adiknya itu sepatutnya berlangsung pada 18 Disember lalu.

@elsawd7795Yang kuat yeeh dek , Ayuk yakin ini rencana Allah yang baik buat adek kedepan nyo insyallah adek bakal temuin betino yang tulus sygg Samo adek , biarlah apo yng Dio perbuat Samo adek bakalan setimpat dpt balesan nyo , sampeh dstulah rejeki Dio amiiinnn kuat yeeh dek , kami sayang adeek 😘😭😭😭😭😭💪💪

♬ suara asli – TanpaNama

Namun begitu, setelah membuat pertimbangan yang terbaik, keluarga mereka membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan selepas dimarahi pihak perempuan gara-gara tidak melunaskan baki mas kahwin yang dinaikkan secara tiba-tiba.

‘Padahal ketika meminang, kedua-dua keluarga setuju untuk tetapkan mas kahwin sebanyak 35 juta rupiah (9,939) barang kemas serta duit untuk ibu pengantin perempuan sebanyak 5 juta rupiah (RM1,419) dan beberapa hantaran.

Tak Cukup RM199

‘Tapi keluarga kami serahkan mas kahwin seperti yang ditetapkan, keluarga pihak perempuan jelaskan yang mereka sebenarnya belum mendaftar pernikahan kepada jabatan agama Islam kerana belum cukup 5 juta rupiah (RM1,419) untuk diserahkan kepada bakal ibu mentua,’ katanya.

Oleh yang demikian, keluarga pihak perempuan meminta pihak lelaki untuk menyerahkan wang belanja tambahan untuk membeli ayam serta menguruskan surat nikah berjumlah 3.4 juta rupiah (RM965.50).

Lelaki Ini Reda

Ketika menjelang hari pernikahan, bakal pengantin perempuan meminta baki wang berkenaan yang belum sempat diserahkan.

Pihak lelaki berikan semua wang itu kecuali 700,000 rupiah (RM199) yang masih tidak cukup dan beritahu baki tersebut akan diserahkan kemudian tapi pihak wanita memarahi mereka seolah-olah memungkari janji.

Batalkan Perkahwinan Sehari Sebelum Majlis

Tidak mahu menerima alasan terbabit, bakal pengantin perempuan bertindak menghempas pintu di hadapan ibu bapa tunangnya serta memarahi mereka.

‘Apa yang buat kami terkilan adalah tunang adik saya menghempas pintu di hadapan ibu bapa kami sambil mulutnya tidak henti memaki hamun hanya kerana wang tak cukup itu.

‘Kami sekeluarga akhirnya buat keputusan untuk batalkan perkahwinan sebab dilayan seperti itu oleh keluarga pengantin perempuan,’ jelas Elsa panjang lebar.

Baca Di Sini

Lepas Cerai Suami Boleh Dapat Balik Mas Kahwin, Ini Penjelasannya!

Untuk Bakal Pengantin, Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Ambil Tahu Soal Mas Kahwin

Kashoorga : Semoga lelaki ini dipertemukan dengan wanita yang lebih baik dan ikhlas menerimanya. Insyallah.

Sumber : TikTok elsawd7795, Kosmo Online

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Published by
Syazwani Mehat