Buat masa ini bukan sahaja negara kita, tetapi seluruh dunia sedang berdepan dengan penularan wabak koronavirus yang telah mengorbankan ribuan nyawa.
Malah negara kita Malaysia juga kematian dari hari ke hari semakin meningkat. tetapi dalam masa jumlah yang telah sembuh juga turut menunjukkan bilangan yang baik.
Buat masa ini semua pihak termasuk barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus cuba merawat dan menyelamatkan pesait yang dimasukkan dalam wad.
Sebelum ini kita hanya mendengar kisah jemaah tabligh yang dikatakan tidak tinggal melakukan amal ibadah walaupun sedang dikuarantin.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Lupa Ibadah Walau Kena Kuarantin – Jemaah Tabligh
Dan kali ini pula perkongsian seorang jururawat Rabiatul Adawiyah yang berkongsi tentang pengalamannya bekerja dengan wad COVID-19 yang menempatkan pelajar-pelajar tahfiz.
Menurutnya pelajar ini banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca Al-Quran, berzikir dan solat berjemaah ketika di dalam wad.
“Walaupun ada masa gelak ketawa, ada masa bermain dan bergurau tapi banyak masa mereka dihabiskan dengan membaca al-Quran, berzikir dan solat.
“Mereka solat berjemaah walaupun jarak perlu satu meter antara satu sama lain.” katanya
Dia juga bersyukur kerana urusan petugas barisan hadapan menjaga dan merawat pesakit Covid-19 dipermudahkan ALLAH SWT.
“Alhamdulillah urusan kami menjaga dan merawat sangat di sini. ALLAH permudahkan semua. Syukur kerana memilih kami untuk menjaga insan yang memuliakan-Mu.” katanya.
Menurut Rabiatul Adawiyah, ada hikmah dalam setiap dugaan tersebut dan perlu motivasi diri dengan apa yang berlaku.
“Ia menyedarkan kami yang alpa ini. Di sebalik Covid-19 ada hikmah kenapa golongan ini yang terpilih untuk ujian wabak ni,” katanya.
SUMBER: Sinar Harian