“Masa Kecik Berperang Dia Nak Mandikan Aku, Tapi Aku Lihat Jasadnya Kaku Di Situ…” Luahan Issey Rindukan Arwah Ibu

Share

Ibu adalah insan yang paling kita sayang di duni ini. Tiada galang gantinya dengan setiap jasa dan pengorbanan yang dicurahkan menjaga kita sejak kecil hingga dewasa. Malah hidup terasa kosong anda ibu sudah tiada lagi di dunia ini.

Begitu juga perkongsian penyampai radio dan pelawak terkenal, Issey Fazlisham yang meluahkan kesedihannya atas kehilangan ibu tersayang melalui segmen video Bongkar bersama team Suria FM. Video ini telah ditonton lebih sejuta warga net.

Bagi pelawak Issey, dia begitu terasa dengan kehilangan ibunya sekitar Julai lalu. Menurutnya sehingga hari ini dia masih belum dapat menerima hakikat kehilangan ibunya itu.

Pegang tangan sampai tak nak lepas

Dua minggu sebelum kehilangannya, ibu Issey ada dimasukkan ke pusat kesihatan untuk menjalani operation kaki. Sebelum itu, dia yang terkejut menerima berita ibunya patah kaki terus bergegas balik menemui insan kesayangannya ini.

Dia sempat menguruskan keperluan untuk masuk ke wad pembedahan dan ketika mahu membawa ke bilik bedah, itu adalah kali terkhirnya dia bertemu ibunya.

“Jumpa dia, salam, peluk cium dan ketika itu dia macam tak mahu lepaskan tangan aku. Ketika itu memang tidak terfikir apa. Seminggu selepas itu dapat tahu dia diserang sakit jantung.

“Bila tahu diserang sakit jantung itu, terus ambil flight balik bertemu dengannya. Sempat tengok dia tapi dalam keadaan tak sedar.

“Apa perasaan melihat emak begitu tapi tak dapat bercakap dengannya. Yang dia tengah fight untuk dirinya sendiri. Lepas itu doktor cakap pada kita, harapan emak tipis.

“Hampir setiap hari dia teks aku tanya balik kerja pukul berapa, kerja lagi tak malam. Tapi sekarang siapa lagi nak teks. Dulu kalau tengah malah stress akan call dia dan dia akan angkat. Sekarang siapa yang aku nak call,” cerita Issey dalam tangisan yang tidak dapat ditahan-tahan.

Mandi & kapankan ibu

Menurutnya Issey lagi, selepas ibunya meninggal, dia pegang telefong arwah. Rupanya bila dilihat ibunya itu setiap minggu akan mengundi dirinya ketika menyertai Muzikal Lawak Superstar.

“Dia tak bagi tahu dia undi aku. Setiap kali menjayakan Muzikal Lawak Superstar dia akan tanya giliran ke berapa dan nombor ke berapa. Dan sekarang sapa lagi yang nak teks aku bertanyakan semua benda itu.

“Tapi rasa seronok sebab dapat hantar dia, mandikan dia. Kapankan dia, pakaikan baju baru. Hantar dia sampai kubur. Dulu masa kecik-keci dia nak mandikan aku lari. Tapi bila saat aku mandikan dia, dia tak bergerak pun. Masa kecik berperang dia nak mandikan kita, sampai tarik baju.

“Masa itu kau rasa macm menyesalnya lawan dia dulu, meneking dengannya, menyesalnya tak call. Tapi sekarang tak boleh buat apa sebab dia dah tak ada. Benda yang aku tak akan dapat lagi, doa seorang ibu,” ujarnya yang turut mengingatkan kepada mereka yang masih ada ibu, luangkan masa untuk balik menjenguk mereka.

Issey turut memberitahu dia paling rindukan kiriman mesej daripada ibunya kerana sewaktu ibunya sakit pun dia tetap menghantar kiriman teks padanya. Dia yang kadang-kadang disebabkan terlalu sibuk hingga terlupa untuk membalas kiriman teks ibunya berkenaan.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ISSEY

Published by
Siti Zurina Mat Saman