Masa Sakit, Mak Ayah Bukan Nak Duit Pun Tapi Masa Anak-Anak. Norman Hakim Akui Turut Diuji

Share

Pilihan paling sukar dilakukan oleh anak-anak khususnya yang berkerjaya ialah berhenti dan menguruskan ibu ayah yang semakin uzur. Ia bagai berada di satu persimpangan, memilih satu di antaranya. Mana lebih menjadi keutamaan dalam hidup ketika itu.

Tiada yang salah dan tiada yang betul kerana setiap orang situasinya berbeza. Hanya mereka yang lebih memahaminya. Perkongsian dari artis Norman Hakim yang diuji dengan masa dan masa yang sama ayahnya semakin uzur membuatkan ramai memahami situasi dilaluinya. Bahkan inilah dilema dilalui oleh kita semua khususnya yang komitmen hutangnya masih tinggi.

Cerita semalam; sempat ‘lari’ balik Kuantan kejap. Last balik, minggu lepas dengan ‘rombongan cik kiah’ naik bas. Memang tak ada dalam plan untuk balik sebab saya sejenis spontaneous, kalau tiba-tiba ada ruang masa free antara 4 ke 6 jam, memang akan terus balik. Semalam ajak wifey @memeysuhaiza

teman sekali.

Cuma lately, saya noticed makin meningkat usia ayah mak kita. Emosi dia orang makin sensitive. Lepas spent masa dengan mak kat bawah, naik atas jumpa ayah pulak. Saya bertolak lepas Zuhur dari KL, sampai dalam pukul 3.30pm.

Ayah tanya sampai bila stay dekat Kuantan ni? Saya cakap lepas jamak Maghrib, nak kena gerak balik. Terus dia hela nafas panjang pastu pandang tempat lain. ”Alamak aku ada buat salah ke?” cakap dalam hati.

Pastu dia sambung “kenapa tak stay sampai esok?”. Saya susun ayat explain satu persatu jelaskan esok anak sekolah kena siap-siapkan pastu ada kerja kat ofis, pastu ada rehearsal & shooting & etc. Dia balas balik “ni depan mata tanggungjawab jugak..bla..bla..bla..” Checkmate.

Saya mintak izin keluar kejap. Terpana akal & hati. Tak tau nak cakap apa. Macam satu wake up call.Tanggungjawab pada ayah mak bukan sekadar hantar duit belanja tiap-tiap bulan. Macam-macam benda main dalam kepala. Rasa gagal pun ada. Menggigil & sebak jap. Istigfar, terus cari wifey mintak peluk. Wifey faham dah benda-benda macam ni.

Bila dah reda sikit, saya naik atas semula. Tanya ada apa-apa lagi tak nak cakap? Dia terus tunjuk kuku dia dah panjang, mintak tolong potong. Sambil-sambil potong tu, saya cakap mintak ampun, redha & doa atas apa pekerjaan yang sebelum, sedang & yang akan datang. Dia senyap je. Bila bagi duit belanja,dia still senyap. Ending dia cakap “terima kasih”.Tu je.

Setiap orang dalam hidup ni ada macam-macam ujian,kan? Ujian saya, batas masa untuk lebih banyak masa dengan ayah & mak. Part ni saya takde doa yang spesifik, hanya mohon Allah permudahkan untuk saya balik selalu. Bersyukur sangat perjalanan darat hanya 2 jam KL-Kuantan tak perlu nak rentas laut.

Saya share sini untuk sama-sama kita doa & ambil iktibar. Ayah mak bukan setakat tanggungjawab kita bagi duit belanja. Sampai masa, tanggungjawab emosi pun kena ambil tahu sebab dia orang jarang nak luah sebab tak nak kita risau. Selagi masih ada. Sampai masa kita akan rindu ini semua. Sumber : IG @normanhakim

Published by
almaswa Haji Che Ros