Setiap dari kita pastinya memasang impian untuk berkahwin, walaupun tidak tahu siapa bakal jodoh kita kelak.

Namun tidak ada salahnya jika kita berangan sesuatu untuk majlis perkahwinan itu nanti. Misalnya gubahan hantaran, mas kahwin, idea pelamin atau sebagainya.

Seperti perkongsian lelaki ini di laman twitter mengenai rasa terujanya menyimpan mas kahwin buat bakal isterinya walaupun ketika itu dirinya masih single.

Masa ‘Single’ Lagi Dah Fikir Idea Gubahan Mas Kahwin Unik, Akhirnya Lelaki Ini Serahkan Pada Bidadari Cintanya

Gubahan mas kahwin ini hanya menggunakan nombor siri dan angka wang kertas yang dipaparkan pada sebuah bingkai gambar, ia tersusun cantik memaparkan tarikh pernikahan beserta nama kedua-dua pengantin.

Menurut empunya diri, Abu Bakar Ramlay, idea untuk gubahan mas kahwin ini tercetus kira-kira tujuh tahun lalu.

IKLAN

“Kira-kira tujuh tahun lalu saya ternampak posting di internet mengenai gubahan mas kahwin menerusi nombor siri wang kertas.

“Masa itu terdetik hati saya, kalau nanti bertemu seseorang untuk dijadikan isteri, saya akan buat mas kahwin dnegan gubahan itu,” katanya kepada Mstar.

Masa ‘Single’ Lagi Dah Fikir Idea Gubahan Mas Kahwin Unik, Akhirnya Lelaki Ini Serahkan Pada Bidadari Cintanya
Akhirnya dapat diberikan kepada bidadari cinta.

Dia hanya memulakan misi mengumpul mas kahwin dengan nombor siri sepadan itu sejak setahun lalu.

IKLAN

Ini apabila kedua-dua pihak bersetuju memilih tarikh 20 Februari 2020 bagi melangsungkan pernikahan mereka.

Dan dia mula mengenali isterinya itu Najat Nadhirah kira-kira empat tahun lalu sebelum bersetuju untuk bertunang Julai 2019.

Dia kemudiannya mencari jalan penyelesaian dengan mencari nombor siri yang mempunyai dua huruf nama mereka bagi meminimumkan penggunaan wang kertas berkenaan.

IKLAN

Menurutnya gubahan mas kahwin bernilai RM300 itu terdiri daripada kepingan RM20, RM10 sebanyak 19 keping termasuk hiasan tambahan dua keping not RM5.

Masa ‘Single’ Lagi Dah Fikir Idea Gubahan Mas Kahwin Unik, Akhirnya Lelaki Ini Serahkan Pada Bidadari Cintanya
Idea gubahan sejak beberapa tahun lalu.

Biarpun tahu sukar untuk menyempurnakan misi ini, dia yang bekerja sebagai eksekutif kewangan di sebuah bank akhirnya berjaya mengumpul semua wang kertas berkenaan. Dan misi ini disempurnakan kira-kira sebulan sebelum hari pernikahannya.

Dan menurutnya lagi, apa yang dilakukan ini adalah sebagai kejutan buat isteri. Malah dia yang membuat gubahan dengan bantuan adiknya itu membuatkan perasaan teruja dan gembira untuk bernikah.

Walaupun tidak berniat untuk berkongsi dengan umum, tetapi bagi dirinya, gubahan hantara ini mempunyai nilai sentimental dan ekspresi perasaan gembira kerana misi  tercapai.

Masa ‘Single’ Lagi Dah Fikir Idea Gubahan Mas Kahwin Unik, Akhirnya Lelaki Ini Serahkan Pada Bidadari Cintanya
Moga ikatan terjalin kekal hingga ke jannah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI