
Persediaan menyambut kedatangan Ramadan kali ini hangat digiatkan oleh pihak pengurusan Masjid Nabawi. Setelah beberapa lama merancang, akhirnya mereka telah membuat keputusan untuk menukar karpet Masjid Nabawi yang berwarna merah kepada hijau pada hari ini.
Menurut laman sesawang mereka, karpet baru ini dijahit menggunakan teknologi terkini. Mereka masih mengekalkan corak lama yang mempunyai logo Arab Saudi di atasnya. Semestinya semua ini adalah bagi keselesaan para jemaah yang datang berkunjung untuk beribadat.
Jadi generasi akan datang mungkin sudah tak kenal sejadah merah yang telah sekian lama digunakan. Beruntunglah kita semua kerana dapat merasai suatu kenangan yang mungkin tidak ada buat mereka di masa hadapan kelak.
Sumber kredit: Najmi Farisham
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=FnUqOumlMTQ&t=46s
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Mudah Sahaja Nak Set Simpanan Tabung Haji Di ATM Maybank

Rupanya senang sangat nak set Tabung Haji (TH) kat ATM Maybank. Mudah dan praktikal.
Sebelum ni rasa lecehhnye la hai kalau each time nak deposit duit ke TH kena pi bank. Kalau ada anak berderet nak follow, kau rasa?
Lepas ni boleh direct transfer ke tabung haji guna maybank2u je. Nak set akaun Tabung Haji untuk anak sekali pun boleh. Dah jom tengok step kat bawah.
Tapi sebelum tu tolong ambil gambar muka surat buku akaun TH yang ada no akaun dan no siri tu tau! (Kalau buku baru, no siri tu kat belakanggg sekali)
#1 Masukkan kad atm
Mesti bawa kad atm maybank. Tu macam kunci rumah. Takde kunci macam mana nak masuk rumah kannn. Pastu picit la password mcm biasa.
#2 Cari menu Tabung Haji (TH)
Paling bawah. Belah kiri. Senang je jumpa kan?
#3 Pastu cari menu Daftar TH ke Kad ATM
Paling atas. Belah kanan.
#4 Masukkan no akaun TH
Uuuuui panjang nombor dia. Ada 15 digit semuanya. Kalau tersilap, kau taip la balik.
#5 Masukkan no siri buku akaun
Tengok kat hujung sudut buku tu. Belah kanan. Ha, yang tu la.
#6 Pastu SAH kan.
Klik je Ya.
Dah tu je. settle.
Nota: Tolong share kat mak-mak yang paling susah nak pi bank bila anak dah berderet. Online kan hado.
Moga perkongsian ini memudahkan kita semua membuat simpanan di akaun Tabung Haji.
Sumber kredit: FB: Athirah Sharif
https://www.youtube.com/watch?v=2GUkdRmPYJE
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas Di Tanah Suci, Ini Yang Boleh Diamalkan

Kepanasan cahaya matahari yang melampau di Tanah Suci ekoran cuaca panas yang ada kalanya boleh mencecah sehingga 44 darjah celsius. Para jemaah juga perlu berhati-hati agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas. Amat penting untuk para jemaah haji untuk minum air secukupnya bagi menghidratkan tubuh terutama semasa beribadah di Mina dan juga di Muzdalifah.
Berikut dikongsikan tip ringkas untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas di Tanah Suci.
1. Bawa plastik ais krim malaysia yang panjang tu. Sampai di Mekah/Madinah masukkan air zam zam dan bekukan dalam peti sejuk di bilik. Ais kiub memang susah jumpa di sini.
2. Boleh bawa halwa kundur (yang putih bersalut gula-panjang panjang) dan rendam dalam botol mineral dan sejukkan dalam peti ais
3. Biji selasih (basil seeds)/getah anggur juga sesuai direndam dan di minum di kala terasa panas badan.
4. Di kedai runcit di Mekah juga ada menjual sejenis asam (macam asam jawa) yang dibungkus seperti gula gula yang sesuai untuk direndam dan di minum airnya.
5. Kalau tekak terasa panas, boleh beli ais krim mangga yang banyak terdapat di sekitar hotel.
6. Gula gula Hacks hitam juga bagus untuk melegakan tekak yang kering atau terasa hendak batuk. Di Mekah/Madinah, gula-gula jenis ini dan pastils sangat mahal.
7. Minum banyak air zam zam untuk mengelakkan hidrasi air dalam badan.
8. Di klinik maktab@hotel juga kadang-kadang disediakan air asam. Jemaah boleh ambil terus dan minum.
Semoga perkongsian bersama ini memberi manfaat buat semua bakal-bakal tetamu Allah.
Sumber: Kenangan Haji & Umrah (Rahim Elias)
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Betulkah Buat Umrah Tujuh Kali Bersamaan Pahala Sekali Haji

Ada anggapan yang mengatakan dengan melakukan ‘tujuh kali Umrah’ akan mendapat ‘Satu Haji.’ Dalam masa kita mengerjakan ibadah haji, hendaklah kita elakkan diri dari melakukan perkara khurafat, anggapan-anggapan yang negatif hendaklah dielakkan.
Jangan suka ‘ikut-ikut’ orang lain. Maksudnya, apa orang buat, kita ikut buat, sedangkan apa yang dilakukan oleh orang itu tidak betul. Hendak buat ibadah haji ini mestilah berdasarkan ilmu, dan ilmu agama.
Berikut perkongsian Firdaus Wong Wai Hung
Selepas sesi tazkirah bersama Ustaz Abdul Ghafur dan Ustaz Akbar Azmi, baru saya sedari dari mana asal usulnya umrah berulang kali yang dikejar oleh masyarakat Nusantara. Dikatakan 7 kali umrah maka pahalanya sama dengan sekali haji.
Hadisnya berbunyi;
“Haji, Haji, Haji, Haji, 7 Kali umrah sekali Haji”
Hadis ini diriwayatkan oleh pemandu teksi Mekah. Ya, HADIS RIWAYAT PEMANDU TEKSI MEKAH menurut Ustaz Abdul Ghafur yang belajar di Mekah dan berguru juga dengan Sheikh Yusuf al-Qardhawi. Kini pemandu teksi yang mencipta serta menyebarkan hadis palsu sebegini telah ditangkap oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Amar Makruf Nahi Mungkar.
Namun masyarakat Nusantara masih terus melakukan umrah berulang kali kerana hadis riwayat pemandu teksi itu tadi. Lebih menyedihkan apabila disampaikan perkara ini kepada jemaah yang lain, mereka beralasan takkan mutawif tak tahu sedangkan dia kata ini hadis sahih. Wallahi, ini suatu pendustaan atas nama Baginda SAW.
Perbuatan mengulangi umrah beberapa kali dalam satu perjalanan tidak diketahui daripada sunnah Nabi dan para sahabat. Nabi SAW pernah berada di Makkah selama 19 hari waktu Pembukaan Makkah, baginda tidak keluar ke tanah halal untuk berihram umrah. Baginda pernah berada di Makkah 3 hari sewaktu Umrah Qadha’, tanpa melakukan umrah lain pun. Begitu juga para sahabat.
Kata Ash Sheikh `Abdul `Aziz Bin Abdullah Bin Baz رحمه الله : “
Ada pun mengerjakan `umrah berulang kali selepas selesai mengerjakan haji dengan keluar untuk berihram ke Tan`im, Ji`raanah atau lainnya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang padahal sudah mengerjakan `umrah sebelum haji, tidak mempunyai satu dalil pun yang menunjukkan disyariatkan amalan ini.
Bahkan nas-nas yang ada menunjukkan bahawa yang utama ialah meninggalkannya kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat رضي الله عنهم tidak pernah melakukannya setelah mereka menyelesaikan haji , kecuali `Aaishah رضي الله عنها . Beliau mengerjakan `umrah adalah kerana beliau belum lagi mengerjakan `umrah bersama orang lain ketika masuk Makkah kerana datangnya haidh. Kerana keuzurannya beliau meminta izin Nabi صلى الله عليه وسلم untuk mengerjakan `umrah , sebagai ganti umrahnya yang telah diniatkan sejak dari Miqat dan Nabi صلى الله عليه وسلم mengizinkannya.
Dengan demikian beliau telah mengerjakan `umrah sebanyak dua kali, iaitu `umrah yang dilakukan bersamaan dengan amalan hajinya dan `umrah secara tersendiri. Oleh itu sesiapa yang mempunyai kes sama seperti `Aaiahah رضي الله عنها maka tidak mengapa dia mengerjakan `umrah selepas selesai haji kerana mengamalkan hadith ini dan memberi keluasan kepada umat Islam. Namun begitu, tidak diragukan lagi, selain `umrah yang telah mereka lakukan ketika masuk Makkah , adalah menyusahkan orang ramai dan menyebabkan berasak-asakan serta boleh menyebabkan kecelakaan , di samping menyalahi sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم . “
Saya hanya berkongsi ilmu yang dipelajari dan terpulang kepada sesiapa untuk mengikutinya atau tidak kerana sesungguhnya hanyalah Allah yang mampu memberikan taufiq & hidayah. Saya mohon siapa yang mempunyai dalil dari kitab hadis tentang 7 kali umrah pahala sekali haji untuk kongsikan dengan saya agar saya dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya. Wallahualam…
Sumber kredit: Firdaus Wong Wai Hung
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI