
Individu yang telah berbuka awal tiga minit selepas mendengar laungan awal azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak dalam kejadian Isnin lalu harus menggantikan puasa semula kerana puasa mereka sudah terbatal.
Dalam pada itu itu, Pengurusan Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar.
Memetik laporan Sinar Harian, Nazir masjid berkenaan, Wan Nawawi berkata, situasi itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Menurutnya, ibadah puasa bagi jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid terlibat adalah terbatal pada hari tersebut.
"Puasa pada hari itu wajib diqada. Jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017.
"Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-ALLAH perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Mufti Wilayah Datuk Dr Zulkifli Albakri yang kini merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menulis dari sudut beberapa mazhab selepas ditanya apakah hukumnya seseorang yang berbuka puasa sekitar 5 minit sebelum azan disebabkan DJ radio tersalah mengumandangkan azan Maghrib lebih awal?

Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kita Tak Tahu Amalan Apa Bawa Ke Syurga, RM2.20 Nilainya Kecil Tapi Keikhlasan Tinggi Di Sisi Allah

Hari ini, nilai seringgit atau dua ringgit sangat kecil. Tidak banyak boleh dibeli dengan nilai serendah itu kerana harga barangan melambung tinggi. Bukan saja barang makanan bahkan segala-galanya sudah naik tinggi.
Hendak beri duit raya pada anak-anak pada RM1 pun sudah terasa agak segan kerana nilainya agak kecil berbanding zaman dahulu.
Namun di sisi Allah taala, nilai sedikit ini diangkat ke darjat tertinggi asalkan kita ikhlas memberi dan membantu orang lain.
Contohnya perlakuan seorang anak kecil yang memasuki kedai Eco RM2.20 dan membelikan sepasang selipar untuk seorang gelandangan membuatkan dirinya viral dan menerima pujian dari warga maya.
Ya pujian kerana keikhlasan hatinya membelikan selipar bahkan dirinya langsung tidak kekok untuk menyarungkan selipar itu di kaki gelandangan tersebut tanpa rasa kekok sedikit pun.
Akhlaknya benar-benar terpuji kerana ikhlas membantu orang tiada upaya dan bukan semua ada “mata hati” yang empati pada nasib orang lain kerana ada sesetengahnya berasa jijik untuk menyentuh orang tidak dikenali apatah lagi kalau orang tua gelandangan.
Walau tidak dinyatakan lokasi kejadian ini berlaku tapi dari video dikongsikan, dapat dilihat beberapa anak kecil memasuki kedai Eco ini sebelum membawa keluar sepasang selipar untuk diberikan kepada warga emas ini.

Kali pertama selipar ini tidak muat. Dirinya dilihat menukar kali kedua dan cubaan pada ketiga barulah selipar berkenaan muat dan tiada langsung rasa segan termasuk memakaikan selipar berkenaan pada gelandangan tersebut tanpa rasa kekok sedikit pun.
Ramai berasa terharu dengan keikhlasan hatinya dan memuji didikan baik dari mak ayahnya hingga menjadikan dirinya cukup hebat di pandangan penghuni langit. Sentiasalah berbuat baik setiap masa kerana kita tak tahu amalan apa yang membawa kita ke syurga. Kredit video @Andreputra Bambang.
https://www.tiktok.com/@andreputra_113/video/7093483826785094938?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Dahi Berpeluh & Bau Seharum Kasturi, Pengurus Jenazah Kongsi Pengalaman Istimewa Urus Jenazah Banduan

Apa pun permulaan kita, tak penting kerana Allah memandang pengakhirannya. Jika hari ini kita melihat seseorang buruk lakunya doakanlah agar diri mereka sempat bertaubat sebelum nyawa terpisah dari badan.
Pengalaman pengurus jenazah, Mohammad Hazuan Hizamil Mohd Sukur, 30 yang diberi peluang menguruskan jenazah sangat istimewa. Ini kerana dirinya direzekikan bertemu pelbagai jenazah dengan setiap satunya memiliki 1001 cerita.
Dalam pada itu, berkongsi pengalamannya, jelas Graduan Diploma Pengajian Islam di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar, Perak dirinya suka bekerja dengan masyarakat kerana sekurang-kurangnya dapat membuang ego dan sombong diri sendiri, jelasnya.
Dia mula berkecimpung dalam bidang ini di kampungnya, Kampung Jelapang Jaya sejak enam tahun lalu dan bermula hanya dari mengikut sekadar suka-suka. Kini berbekalkan ilmu ditimba, dirinya mendapat kepercayaan masyarakat sekitar Taiping yang menggunakan khidmatnya menguruskan jenazah waris mereka.
“Memang ada yang nasihatkan saya cari kerja tetap daripada melakukan pekerjaan sekarang. Namun, di kampung sudah ramai yang berusia jadi itu yang mendorong saya untuk ceburi bidang ini.
“Lagipun, ayah (Mohd Sukur Mohd Assan, 67) pembuat keranda dan suka lakukan aktiviti kemasyarakatan menyebabkan saya terikut-ikut,” kata bekas guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) itu ketika dihubungi.
Mohammad Hazuan Hizamil berkata, khidmatnya diperlukan untuk memandikan, mengkafankan dan menjadi imam untuk bacaan talkin di tanah perkuburan.
Katanya, sepanjang enam tahun terbabit dalam pengurusan jenazah, pelbagai pengalaman ditimba dengan ada di antaranya memberi iktibar buatnya yang masih bernyawa.
“Bukan semua jenazah yang kita uruskan dalam keadaan sempurna sifatnya kerana ada yang sebaliknya disebabkan terbabit dalam kemalangan dan sebagainya. Sebagai individu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jenazah, kita galas tugas sebagai satu amanah.
“Pada awal pembabitan dulu saya pernah melalui pengalaman misteri apabila ternampak jenazah yang sudah diuruskan di hospital terbaring di ruang tamu sebaik pulang ke rumah. Lemah lutut juga jadinya namun saya beristighfar dan sejak itu belajar mendalami perubatan Islam.
“Di sebalik kisah menakutkan itu, pengalaman lain yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika menguruskan jenazah seorang lelaki yang juga bekas tahanan penjara kerana keluar wangian kasturi selepas memandikannya dan ketika mengkafankannya, dahinya berpeluh.
“Cemburu rasanya dengan kematiannya kerana yakin ada amalan baik yang dilakukannya sehingga pengakhirannya begitu,” katanya yang turut diberi kepercayaan menguruskan jenazah pesakit Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Di samping sibuk dengan kerja hakikinya, Mohammad Hazuan Hizamil juga gemar berkongsi video dakwah berkaitan kematian dan mengadakan siaran langsung bagi berkongsi ilmu pengurusan jenazah di TikTok.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, TikTok menjadi pilihannya kerana dia menyedari pengaruh kuat platform berkenaan khususnya dalam kalangan anak muda ketika ini.
“Buat masa ini penerimaan daripada pengikut dan pengguna di TikTok amat baik kerana realitinya, ramai orang di luar sana dahagakan ilmu pengurusan jenazah. Bagaimanapun, ada juga kecaman diterima daripada segelintir individu yang menuduh saya mendedahkan aib si mati.
“Hakikatnya, saya tidak pernah lakukannya kerana fokus hanya hanya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada supaya lebih ramai anak muda berminat turut serta,” katanya yang sedang mengumpul dana bagi membeli van jenazah dan berhasrat menubuhkan pasukan pengurusan jenazah membabitkan anak muda. Sumber : Harian Metro.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Terbeli Tilam Fake! Patutlah Tidur Asyik Sakit Badan, Wanita Kongsi Tilam Harga RM800 Hanya Dilapik Gabus

Hari ini manusia mungkin sanggup menipu apa saja asalkan mendatangkan keuntungan padanya. Ini termasuklah peniaga yang mahu mengaut untung berlebihan termasuk menipu orang ramai tanpa mengira apa kesannya pada pengguna.
ALLAH SWT dan Rasulullah SAW amat murka kepada peniaga yang menipu dalam urusan jual beli. Hal ini dinyatakan dalam surah Al Mutaffifin ayat 1-3 yang bermaksud:
“Celakalah (seksalah) bagi orang yang menipu (dalam timbangan dan sukatan). Apabila mereka menerima sukatan daripada orang lain, mereka sempurnakan (penuhkan). Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangkan.” – Surah al-Mutaffifin: 1-3.
Peniaga mungkin untung seketika di dunia saja tapi di akhirat azabnya sangat menakutkan.
Bercakap dalam menipu dalam urusan jual beli, di aplikasi Tik Tok atas nama ArysaSofea @arysareana berkongsi satu pengalaman “tidak masuk akal” di mana tilam besar dibelinya pada harga RM800 di satu kedai penjualnya Pakistan, sebenarnya adalah tilam fake.
Ini kerana tidak sampai setahun digunakan, tilam itu mula mengelembung di bahagian tengahnya dan terdapat tompokan hitam di bahagian alas kainnya.
https://www.tiktok.com/@arysareana/video/7007038299042827547?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Malah dia mengakui badannya juga agak sakit-sakit bila bangun dari tidur saat menggunakan tilam tersebut. Rasa ingin tahu apa di sebalik tilamnya, ArsyaSofea bertindak memotong sedikit dan apa yang mengejutkan, jika tilam sepatutnya diperbuat dari campuran span, latex, spring dan lain lagi (bergantung pada harga dan kualiti tilam) tilamnya hanya dilapik menggunakan span dan banyak gabus dipecah-pecahkan (bahagian atas ada span nipis).
Malah dia sudah menghubungi kedai “Pakistan” berkenaan dan mereka mahukan bukti video untuk bertanya kepada pihak pengilang. Dan pastinya siapa yang berada di tempatnya akan berasa kecewa, geram dan marah andai ditipu begini kerana duit bukan boleh dipetik dari daun atau bersepah di tepi jalan sebaliknya perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki tersebut. Dan nilainya juga bukanlah terlalu murah.
Rata-rata komen dari pengguna mengakui dengan harga berkenaan, dirinya sepatutnya boleh mendapat tilam berkualiti dengan jaminan 10 tahun lamanya dan bukan barangan fake.Malah rata-rata terperanjat hanya gabus di dalamnya termasuk ada menyuruhnya membuat laporan polis dan lapur ke KPDNKK.
Allah turunkan bala pada umat Nabi Syuaib akibat menipu dalam urusan jual beli
Sebenarnya kisah penipuan dalam urusan jual beli ini sudah pun terjadi di zaman Nabi Syuiab lagi di mana kaum Madyan amat gemar melakukan penipuan dalam urusan timbangan hingga Allah menurunkan bala dan membinasakan kaum ini dengan gempa bumi yang sangat dahsyat.
Dan adab sebagai peniaga pula, adab dalam urusan barangan yang rosak di mana Islam melarang kita menjual barang sedemikian dengan harga yang sama dengan barangan yang berkeadaan baik. Hikmah larangan ini adalah untuk mengelakkan tidak timbul kes penipuan, ketidakadilan dan penyesalan oleh pembeli.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang siapa menjual barang yang cacat di mana ia tidak menerangkannya, maka sentiasa ia berada dalam kemurkaan ALLAH dan malaikat sentiasa melaknatinya.” – HR Ibnu Majah
Di samping itu, Islam juga melarang kita menjual barangan dengan harga yang terlalu tinggi kerana mengharapkan keuntungan yang besar. Perbuatan seperti itu menurut para ulama, kurang mendapat keberkatan Ilahi kerana penjual hanya mementingkan keuntungan material semata-mata.
Tonton videonya di mana dia memotong keseluruhan tilam fake berkenaan.
https://www.tiktok.com/@arysareana/video/7007254585303633178?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI