Individu yang telah berbuka awal tiga minit selepas mendengar laungan awal azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak dalam kejadian Isnin lalu harus menggantikan puasa semula kerana puasa mereka sudah terbatal.
Dalam pada itu itu, Pengurusan Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar.
Memetik laporan Sinar Harian, Nazir masjid berkenaan, Wan Nawawi berkata, situasi itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Menurutnya, ibadah puasa bagi jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid terlibat adalah terbatal pada hari tersebut.
"Puasa pada hari itu wajib diqada. Jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017.
"Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-ALLAH perkara sebegini tidak akan berlaku lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Mufti Wilayah Datuk Dr Zulkifli Albakri yang kini merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menulis dari sudut beberapa mazhab selepas ditanya apakah hukumnya
seseorang yang berbuka puasa sekitar 5 minit sebelum azan disebabkan DJ radio tersalah mengumandangkan azan Maghrib lebih awal?