Masuk bulan Rejab, akan tersebarlah akan kelebihan serta amalan-amalan yang perlu dilakukan pada bulan ini malah akan disertakan dengan hadis sekali.

Ramai yang mempercayainya tanpa menyelidik tentang kebenaran hadis tersebut.Ia bukan saja berlaku pada bulan Rejab malah pada bulan-bulan lain juga malah bukan bulan Rejab saja bulan-bulan yang lain juga.

Supaya tidak tersebar hadis palsu atau perkara yang tidak benar berkenaan bulan Rejab maka Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberi penjelasan tentang satu status hadis di bawah yang selalu disebut dan disebarkan.

رمَنْ يُبَارِك الـنَّاسَ بِهَذَا الشَّهْرِ الفَضِيْلِ – يَعْنِي رَجَب – تَحْرُم عَلَيْهِ النَّر

Maksudnya: “Barangsiapa yang memberitahu akan kemasukan bulan (1 Rejab) yang mulia ini kepada orang lain, maka haram baginya api neraka.”

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan hadis di atas adalah palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadis yang muktabar.

Ads

Hadis palsu bulan Rejab

Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW. Bahkan, hadis ini juga turut digunakan pada bulan-bulan Islam yang lain seperti Zulhijjah, Sya’ban, Ramadhan, Muharram dan sebagainya.

Kesemua hadis yang menceritakan tentang kelebihan memberitahu akan kemasukan awal bulan-bulan Islam ini adalah palsu.

Justeru itu, penyebaran hadis ini perlu dihentikan dengan serta-merta sama ada melalui meja-meja penceramah dan juga media sosial serta ia tidak boleh lagi disebarkan melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.

Hukum meriwayatkan hadis palsu

Para ulama menyatakan bahawa tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadith palsu apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya.

Ads

Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)]

Ads

Kesimpulannya, hadis palsu merupakan peringkat hadith dhaif yang paling buruk sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibn Salah:

اعْلَمْ أَنَّ الْحَدِيثَ الْمَوْضُوعَ شَرُّ الْأَحَادِيثِ الضَّعِيفَةِ

Maksudnya: “Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadith palsu adalah termasuk di dalam hadith-hadith dhaif yang paling buruk.” [Lihat: al-Muqaddimah, 98]

Tambahan pula, hukum meriwayatkan hadis palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya dan akibatnya akan dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel berkait: Dosa Tinggal Solat Tak Akan Terhapus Dengan Qada Solat, Perlu Taubat!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI