Masuk Saja Maghrib 1 Ramadan, Teruslah Niat Puasa Untuk Sebulan. Ini Bacaannya Yang Mudah!

Share

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum detik munculnya Ramadan. Persoalannya adakah kita benar-benar sudah bersedia menghadapi cahaya Ramadan Al-Kareem.

Selain persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi ramadan kali ini, kita juga perlu bersedia dengan membaca niat untuk mula berpuasa esok.

Lebih senang jika kita dapat niat puasa sebulan terus supaya senang agar tidak terlupa di pertengahan nanti.

Tetapi bagaimana dengan mereka yang datang haid di pertengahan puasa atau mereka yang sihat daripada uzur untuk memulakan puasa di pertengahan Ramadan nanti.

Ini yang perlu kita ketahui jika berdepan dengan situasi ini.

Gambar sekadar hiasan.

Maghrib nanti bermulanya bulan Ramadan.

Jadi, bolehlah kita niat untuk berpuasa selama sebulan dan niat puasa untuk esok harinya.

Tetapi bagaimana pula niat puasa Ramadan bagi wanita yang haid atau orang yang sihat daripada uzur memulakan puasa di pertengahan Ramadan?

Bagi wanita haid yang masuk Ramadan di pertengahan, niatkanlah begini,

“Sahaja aku berpuasa esok hari dan sehingga habis Ramadan.”

Kerana tidak boleh berniat di malam pertama disebabkan haid. Dia tidak berpuasa pada esok harinya, maka niatnya tidak sah kerana dia tidak berpuasa.

Tetapi bagi yang boleh berpuasa, masuk sahaja Maghrib 1 Ramadan, teruslah berniat,

” Sahaja berpuasa sebulan di bulan Ramadan fardhu kerana Allah Taala.”

Dan kita juga dituntut untuk memperbaharui niat pada setiap malam menurut Mazhab Imam Syafie.

 

Sekurang-kurangnya andai ditakdirkan pada malam kelima Ramadan lupa nak niat puasa esoknya, sekurang-kurangnya niat puasa sebulan sudah cover kerana kita sudah niat sebulan puasa di awal Ramadan.

WAllahu’alam.

Ummu Haura’,

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Sumber: Kuliah Intensif Fiqh Ramadan Ustazah Asma’ Harun

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan, Minum Air Nabeez Kegemaran Rasulullah Waktu Sahur

Published by
Siti Zurina Mat Saman