Bila menyebut nama Recep Tayyip Erdogan, pasti ramai yang kagum dengan keperibadian tinggi ditunjukkan oleh Presiden Turki ini. Suaranya amat lantang membela dunia Islam malah dirinya tidak pernah gentar berhadapan dengan tekanan di sebalik klause islamfobia yang ditunjukkan oleh banyak negara terhadap agama ini.
Di media sosial, keperibadiannya sebagai pemimpin Turki sering di tonjolkan namun di sebalik ketegasan itu, kerendahan hatinya membuat ramai yang kagum.
Terbaru, tersebar di media sosial, Presiden Turki ini tidak kisah solat di tempat letak kasut sebuah masjid hanya kerana terlewat datang ke masjid tanpa mahu melangkah ke hadapan saf sesuai dengan dirinya sebagainya pemimpin.
Dalam video dikongsikan di Youtube, Presiden ini dilihat tiba di sebuah masjid yang sudah dipenuhi oleh ramai jemaah untuk bersolat Jumaat.
Sebaliknya, tanpa mempedulikan jawatan tertingginya selain menyedari orang sudah memenuhi ruang masjid, Erdogan dilihat tidak kekok bersolat di ruang luar masjid yang terdapat tanda letak kasut di sisinya sambil kawalan ketat pengawal peribadinya. Ternyata Presiden ini meletakkan dirinya hanya hamba Allah saat melalakukan ibadah solat yang wajib dikerjakan umat Islam sebagai tanda bersyukur kepada Allah yang memberi segala nikmat kehidupan.
Ternyata, inilah contoh pemimpin yang harus kita segani dan wajar diikuti oleh pemimpin lain.
Lihat video di bawah:-