Selepas 45 tahun berkhidmat dengan gereja di Australia, seorang paderi yang terkenal di negeri Kanggaru itu Gould David dikhabarkan memeluk Islam baru-baru ini.
Beliau yang sebelum ini selalu menjadi rujukan generasi baharu mendalami Kristian , menurut laporan portal Muslim Telegraph, kini menggunakan nama Islamnya Dave Abdur Rahman Gould. David memilih nama Abdur Rahman yang membawa maksud Hamba Allah Pemurah.
“Berita ini telah menarik perhatian dan mencetuskan perbualan meluas dalam kalangan agama kerana orang ramai tidak sabar-sabar untuk mengetahui motivasi di sebalik keputusannya (kembali kepada fitrah Islam),” memetik muslimtelegraph.com baru-baru ini.
Dalam pada itu berita pengislaman beliau juga membuatkan ramai tidak sabar untuk mendengar motivasi dan inspirasi yang membuatkan dirinya tertarik untuk memeluk Islam.
Difahamkan, sehingga ke hari ini, masih belum dikenal pasti tarikh sebenar Abdur Rahman memeluk agama suci Islam.
Pun begitu dalam catatan ringkasnya di laman sosial Facebook miliknya, Abdur Rahman mencoretkan: “Seumur hidup mencari kedamaian Tuhan dan al-Quran telah menunjukkan kepada saya bahawa keamanan dan kebenaran terletak dalam Islam.”
Sumber: Sinar Harian, Gempak