Dua hari lagi bersamaan Jumaat, 1 Julai kita akan memasuki bulan Zulhijjah. Jika ada yang tidak sabar meraikan sambutan Aidiladha yang dijangka pada 10 Julai, namun sebaik memasuki bulan Zulhijjah, ia adalah medan mengumpul pahala.
Ini berdasarkan hadis oleh Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali." Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)
Seperti mana kita meraikan bulan Ramadhan yang lepas dengan pesta ibadah, seperti itu juga kita sepatutnya meraikan 10 hari awal Zulhijjah yang akan datang tak lama lagi.
Sabda Baginda Rasulullah SAW:
"Tiada hari-hari yang amalan solehnya lebih disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini: 10 hari terawal Zulhijjah.
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?
Baginda bersabda: "Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali (syahid)." [HR. Al-Bukhari]
Hebatnya 10 awal Zulhijjah ini sehinggakan ulama' silam semisal Ibn Al-Qayyim Rahimahullah apabila melakukan perbandingan di antara 10 awal Zulhijjah dengan 10 akhir Ramadhan, menyimpulkan bahawa 10 awal Zulhijjah pada belah siang lebih baik daripada 10 akhir Ramadhan. Tetapi 10 akhir Ramadhan pada belah malamnya lebih baik daripada 10 awal Zulhijjah kerana terdapatnya Lailatul Qadr.
Bahkan sebahagian lagi mengatakan bahawa 10 awal Zulhijjah lebih baik secara keseluruhannya daripada 10 akhir Ramadhan kerana padanya terhimpun segala ibadah-ibadah yang agung seperti solat, sedekah, puasa dan yang terakhir iaitu haji yang tidak terdapat pada 10 akhir Ramadhan.
Kita boleh bayangkan begini:
Solat sunat di siang hari Ramadhan, dah sangat besar pahala kan? Tapi kalau nak banding dengan solat sunat di siang 10 awal Zulhijjah, maka solat sunat di siang 10 awal Zulhijjah ini lebih disukai Allah, lebih banyak pahalanya.
Maka, tidak selayaknya kita biarkan 10 awal Zulhijjah ini berlalu begitu sahaja. Perbanyakkan amal ibadah, perkemaskan amalan wajib, perbanyakkan perkara-perkara sunat, puasa, amal kebaikan dan kebajikan, membantu orang dll.
Gambar :- Sedikit dapatan daripada majlis ilmu yang disampaikan oleh Sheikh Abdul Latif As-Syamani di Masjid Nabawi selepas Asar semalam.
Sumber : FB Uwais Madinah
Malaysian in Medina. #MadinahDiHati