Mencium Hajar Aswad yang berada di sudut Kaabah menjadi salah satu impian bagi umat Islam yang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Tidak mudah menciumnya kerana ada ribuan manusia berebut-rebut melakukannnya dan semuanya bergantung atas rezeki dari Yang Maha Esa.
Jika selama ini kita hanya melihat dari sudut luar Hajar Aswad, terkini seluruh dunia termasuk umat Islam boleh melihat bagaimana rupa bentuk sebenar batu dari syurga ini selepas Kerajaan Arab Saudi buat pertama kalinya memaparkan rupa batu ini dalam bentuk sebenar.
Jabatan Pengajian Kejuruteraan Reasah Alharmain mengambil gambar itu menerusi teknologi Focus Stack Panorama di mana setiap gambar mencapai 49,000 megapiksel dan memerlukan 50 jam bekerja untuk memproses semua 1,050 foto itu.
Dengan gambar ini, ia merupakan pertama kali Hajar Aswad dapat dilihat lebih dekat yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Sebelum ini kita hanya saksikan ia dilindungi oleh bingkai Perak tetapi sebenarnya Hajar Aswad terdiri dari lapan batu kecil yang digabungkan dengan kemenyan Arab.
Ads
Batu kecil ini ukurannya tak lebih dari 1 cm dan yang paling besar tidak melebihi ukuran 2 cm manakala bingkai diperbuat dari perak yang selama ini kita lihat dari luar Kaabah itu berfungsi sebagai pelindung dari batu suci itu.
Berdasarkan buku sejarah, Hajar Aswad yang berasal dari syurga dan kemudian ditempatkan di Kaabah oleh Nabi Ibrahim setelah diberikan oleh Malaikat Jibril. Dipetik dari buku 'Rujukan Utama Haji & Umrah untuk Wanita' karya Ablah Muhammad al-Kahlawi, terdapat 6 keistimewaan Hajar Aswad yang jarang diketahui banyak masyarakat sebagai berikut:
Ads
1. Berasal dari batu syurga Sebagaimana sabda Rasulullah SAW. "Hajar Aswad berasal dari syurga," (HR Ahmad dan At -Turmudzi).
2. Terletak di tempat paling mulia di dalam Baitullah Hajar Aswad terletak di tapak asas yang telah ditinggikan Nabi Ibrahim bersama puteranya, Nabi Ismail. Sebagaimana Allah SWT, berfirman di dalam surah Al Baqarah. "Dan ingatlah ketika Ibrahim meninggikan tapak asas Baitullah bersama Ismail" (QS Al Baqarah : 127)
Ads
3. Satu satunya batu yang sangat dianjurkan untuk dicium dan diusap "Sungguh, aku tahu, kamu hanya batu. Tidak boleh memberi manfaat atau bahaya apa pun. Andai saja aku ini tak pernah sekalipun melihat Rasulullah shallahu alaihi wa sallam menciummu, aku pun enggan menciummu," (HR Bukhari)
4. Menjadi titik awal dimulainya tawaf di sekeliling Kaabah
5. Menjadi saksi di hari kiamat bagi orang yang mengusapnya dengan benar
6. Dikatakan sebagai tangan kanan Allah SWT di bumi yang boleh dijabat oleh hambanya.
Sumber : Liputan 6
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Tak gosok badan dan hanya berendam dalam tab mandi.’ Sah atau tidak mandi wajib seseorang itu? Iyalah jika ikut hukum air dalam tab mandi mencukupi dan rata ke seluruh badan.
Kadang-kadang bila berpeluang menginap di hotel, kita tak akan lepaskan peluang untuk mandi di dalam tab mandi. Maklumlah tak semua rumah ada tab mandi. Namun begitu apa hukumnya mandi wajib atau mandi junub dalam tab mandi. Sah atau tidak.
Ikuti kemusykilan yang dikongsikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan isu ini.
Soalan
Adakah boleh mandi junub dengan sekadar berendam di dalam tab mandi?
Ringkasan Jawapan
Mandi junub atau mandi wajib yang dilakukan dengan berendam di dalam tab mandi adalah sah dan memadai sekalipun tidak menggosok tubuh badan apabila tidak terdapat sebarang kotoran yang menghalang laluan air untuk sampai ke tubuh badan.
Hanya Berendam
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Perkara yang menyebabkan seseorang itu wajib mandi ialah keluar air mani, haid, nifas dan wiladah. Para ulama telah menjelaskan bahawa fardu bagi mandi wajib ada dua perkara sahaja iaitu niat mandi wajib dan meratakan air ke seluruh badan. Hal ini seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi bahawa:
Maksudnya:
Sekurang-kurang untuk (mandi wajib) ialah niat mengangkat hadas atau bagi memboleh ibadah yang memerlukan kepadanya atau bagi melaksanakan fardu mandi wajib yang dilakukan bersamaan dengan basuhan pertama anggota yang wajib dan meratakan air ke seluruh bulu dan badan.
[Rujuk Minhaj al-Tolibin: 1/14]
Dalam Tab Mandi
Ada disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.Anha, yang merujuk kepada meratakan air ke seluruh badan, beliau berkata:
Maksudnya: Sesungguhnya apabila Nabi SAW mandi junub, Baginda akan memulakannya dengan mencuci kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat.
Seterusnya, Baginda memasukkan jari-jari ke dalam air lalu meratakannya ke kulit rambutnya. Kemudian Baginda menyiramkan air ke atas kepala dengan kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali, seterusnya Baginda mengalirkan air ke seluruh kulit tubuhnya.
Riwayat Bukhari
Sah Atau Tidak
Berdasarkan penjelasan di atas mandi junub dengan cara berendam di dalam tab mandi, jika telah cukup dua rukun di atas iaitu niat dan meratai air ke seluruh badan maka ia adalah sah. Imam al-Ramli menjelaskan bahawa:
Maksudnya: Jika ada seseorang yang junub dan orang yang berhadas kecil menyelam ke dalam air yang sedikit (kurang daripada 2 kolah), kemudian berniat, maka hilang hadas dari keseluruhan anggota badan dalam permasalahan pertama (bagi orang yang junub, dan hadas hilang daripada anggota wuduk dalam permasalahan yang kedua (bagi orang berhadas).
Sementara itu, air tersebut menjadi mustakmal jika digunakan lagi oleh orang lain, bukan pada diri sendiri.
[Rujuk Nihayah al-Muhtaj: 1/73]
Mandi Wajib?
Seterusnya, Imam Ba ‘alawi menjelaskan bahawa jika terdapat seseorang yang junub menyelam ke dalam air yang banyak atau sedikit dan berniat, maka sah dan memadai meskipun tidak disertai dengan gosokan pada badannya.
Walau bagaimanapun, jika terdapat lilin, kotoran atau minyak pada anggota tubuh badannya sehingga menghalang air untuk sampai ke tubuhnya melainkan dengan cara menggosok, maka wajib menggosok sebagaimana dijelaskan di dalam bab wuduk.
[Rujuk Bughyah al-Mustarsyidin: 44]
Kesimpulan
Justeru, mandi junub atau mandi wajib yang dilakukan dengan berendam di dalam tab mandi adalah sah dan memadai sekalipun tidak menggosok tubuh badan apabila tidak terdapat sebarang kotoran yang menghalang laluan air untuk sampai ke tubuh badan.
Akan tetapi, jika terdapat kotoran tersebut, maka wajib menggosok dan menghilangkan kotoran tersebut seperti perbahasan di dalam bab wuduk.
Wajib faraid barang kemas peninggalan ibu, lepas selesai segala hutang arwah. Wanita dan perhiasan sememangnya tak dapat dipisahkan.
Namun setelah meninggal dunia, menjadi hak siapa segala barang kemas si mati. Bagaimana pula jika barang kemas tersebut adalah pemberian si anak, adakah anaknya dapat mengambilnya kembali.
Situasi : Anak memberikan barang kemas kepada ibunya. Ibunya meninggal dunia dan meninggalkan barang kemas pemberian anaknya.
Barang Kemas
Soalan: Adakah si anak boleh mengambil semua pemberian tersebut atau ia wajib difaraidkan?
Peninggalan Ibu
Jawapan:
Bergantung kepada status pemberian. Jika pemberian tersebut berupa pinjaman, maka si anak boleh mengambilnya semula.
Jika pemberian itu berupa hadiah, serahan dan sebagainya hingga menyebabkan emas tersebut menjadi hak atau harta si ibu, maka ia telah menjadi sebahagian dari harta si ibu yang meninggal tadi.
Maka barangan kemas yang telah menjadi hak si ibu tadi wajib difaraidkan setelah urusan di bawah selesai:
Tanggungjawab waris menunaikan hak si mati.
Lepas Selesai Hutang Arwah
Sebelum pembahagian harta pusaka, waris-waris wajib menyelesaikan perkara berikut :
1. Menguruskan jenazah
2. Menjelaskan hutang si mati :
– Hutang kepada Allah SWT seperti zakat, kaffarah, nazar, haji dan fidyah.
– Hutang kepada manusia
– Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya.
Pernah tak kita kenali orang terdekat yang perlu dirukyah? Orang yang perlu dirukyah mempunyai tanda-tanda tertentu dan ia selalu dikaitkan dengan gangguan makhluk halus.
Gangguan syaitan atau jin bukanlah perkara asing. Malahan kita wajib mempercayai akan wujudnya makhluk halus ini.
Kejadian dirasuk, ditindih jin, disampuk dan segala macam keanehan tingkah laku manusia yang kelihatan luar daripada kebiasaan banyak dikaitkan dengan angkara makhluk halus.
Banyak faktor yang menyebabkan seseorang terkena gangguan syaitan atau jin ini, antaranya sihir, santau, melalui kawasan ‘larangan bunian’, bercakap yang tidak sepatutnya di dalam hutan atau di kawasan terpencil serta banyak lagi. Akibatnya, penderita akan mengalami perubahan sikap dan jatuh sakit.
Jika dirujuk ke pihak perubatan, doktor pun tidak dapat menemui punca masalah. Biasanya apabila ini terjadi, keluarga penderita akan mendapatkan khidmat rawatan cara Islam.
Dalam hal ini, si penderita umumnya menampakkan terkena gangguan syaitan atau disihir dan santau.
Rawatan yang dilakukan secara Islam ini ialah penderita akan dibacakan surah-surah suci al-Quran tertentu atau dirukyah. Namun bukan semua penderita perlu dirukyah.
Bagaimana kita nak tahu bahawa penderita wajar dirukyah? Untuk menjawab soalan itu, di bawah ini adalah senarai yang boleh dijadikan rujukan.
Tanda-tanda penderita perlu dirukyah:
Dada terasa sesak dan berat
Pada bahagian tubuh tertentu terasa panas dan sakit
Secara perubatannya, jenis penyakit yang tidak dapat diketahui dengan pasti atau tidak dapat diubati walauun telah dirujuk kepada beberapa pakar sekalipun.
Badan kerapkali terasa begitu lemas dan tidak bertenaga di waktu-waktu tertentu
Mengalami rasa mengantuk yang luar biasa
Mengalami kesulitan tidur di luar kewajaran
Sering lapar meskipun telah makan sebelumnya
Salah satu atau seluruh anggota tubuh melakukan gerakan-gerakan tertentu tanpa disedari
Emosi yang tak terkendali seperti mudah marah atau kerap membesar-besarkan masalah
Kerap berada dalam keadaan tidak sedarkan diri
Ketika membaca atau mendengarkan ayat-ayat suci Al Quran, tubuh mengalami pelbagai reaksi seperti tubuh bergetar, seperti adanya hawa dingin yang merasuk tubuh, merasakan ada sesuatu yang berjalan di dalam tubuh, beberapa bahagian tubuh mengalami kedutan, jantung berdebar keras, kesemutan dan sesak nafas
Dalam berbagai macam keadaan, baik santai atau sibuk, terucap begitu saja perkataan-perkataan tanpa disedari
Malas menjalankan ibadah sebagaimana perintah agama seperti solat fardhu, puasa dan lain-lain.
Timbulnya rasa keraguan terhadap ke Esaan Allah SWT dan kebenaran ajaran yang dibawa Rasulullah SAW
Tiba-tiba lupa akan sesuatu hal
Sering naik bulu roma tanpa diketahui sebabnya
Lebih suka menyendiri
Merasa tidak tenang jika ada seseorang yang membaca al-Quran
Adanya perasaan benci yang timbul jika ada seseorang membawa al- Quran
Kerap melihat sosok makhluk halus yang menampakkan diri
Merasa asing dengan dunia sekitar
Merasa pelik atau berbeza ketika melihat diri sendiri di cermin
Terdengar bisikan-bisikan yang menyimpang dari al-Quran dan hadis Rasulullah SAW
Terhalangnya jodoh; seringkali hubungan putus tengah jalan.
Terhalangnya rezeki
Adanya gangguan di sekitar rahim, ginjal, dan prostat
Sering bermimpi buruk seperti didatangi binatang buas, berhubungan badan, jatuh dari tempat tinggi atau mimpikan orang yang sama secara terus menerus
Merasa ada yang mengikuti atau mengawasi
Sulit bangun pagi atau sulit bangun untuk solat subuh
Kashoorga: Kita wajib mempercayai makhluk halus ini. Apabila kelihatan tanda-tanda di atas, tidak menjadi kesalahan untuk kita mendapatkan rawatan alternatif iaitu rawatan Islam. Namun, perlu berhati-hati supaya tidak berjumpa dengan bomoh yang tidak mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran. Pergilah ke pusat rawatan Islam yang diiktiraf.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...