‘Memang pasang impian menikah dengan gadis luar negara.’ Guru Maahad Tahfiz pilih orang Hawaii jadi isteri.
Tidak dinafikan setiap orang tidak kiralah lelaki atau wanita mempunyai citarasa tersendiri untuk mencari pasangan hidup mereka bagi melayari bahtera perkahwinan.
Setiap orang memiliki impian untuk mencari pasangan yan secocok dan ideal untuk dijadikan teman hidup sehingga ke hujung nyawa. Mencari pasangan bukan semudah membeli barang di pasar.
Oleh hal yang demikian, ada segelintirnya mengambil masa untuk berjumpa dengan jodoh yang sesuai.
Artikel Berkaitan: ‘Adik 14 Tahun Jadi Wali Nikahkan Kakak.’ Masih Muda Tapi Berani Tunaikan Tanggungjawab
Begitu juga yang dilalui pasangan muda, Herman Zulfikar Hamzah, 25, yang memilih untuk mengahwini, Naziha Nuha Ali, 22, yang berasal dari Hawaii, Amerika Syarikat.
Peristiwa bersejarah itu dipahatkan menerusi Program Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Maknawi (Kemuncak Destinasi Cinta) Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor, di mana seramai 10 pasangan selamat diijabkabulkan.
Lelaki ini, Herman yang merupakan seorang guru di Maahad Tahfiz Baitul Ehsan memaklumkan dia menyimpan impian untuk menikahi wanita dari luar negara selepas melanjutkan pelajaran di Indonesia satu ketika dahulu.
Pernikahan Yang Diharamkan Allah, ini jenis-jenisnya:
“Saya minat dengan budaya luar, bukan nak kata saya tidak berminat dengan budaya kita, tapi saya nak gabungkan, mungkin ia boleh jadi satu yang baik untuk diri kita dan keluarga.
“Kita boleh sebar dan luaskan keluarga kita ke luar negara,” katanya.
Seindah takdir ketentuan ALLAH SWT, Herman jelaskan, perkahwinan tersebut bukanlah satu perkara yang dirancang olehnya terlebih dahulu.
Malah, anak keempat daripada enam beradik itu memaklumkan, keluarganya dan mentuanya menemukan mereka pada Julai lalu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur tanpa pengetahuan dia dan isterinya.
Tambah Herman, dia juga terkejut pada awalnya selepas mengetahui tujuan perjumpaan tersebut bagaimanapun membuat keputusan untuk menikahi Naziha Nuha selepas bertemu dengannya.
“Pada awalnya, saya tidak tahu pertemuan tersebut adalah untuk menjodohkan saya dengan isteri kerana keluarga beritahu ada orang dari Hawaii datang ke Malaysia untuk berkenalan.
“Tapi selepas saya berjumpa isteri buat pertama kali, saya lihat dia (Naziha Nuha) baik dan kena dengan ciri-ciri yang saya inginkan,” katanya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.
Sementara itu, menurut Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Salwana Ahmad Dahlan, inisiatif tersebut dilakukan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai konsep majlis pernikahan dan walimatulurus berlandaskan syarak.
Menurutnya, program tersebut dianjurkan oleh JAIS dengan kerjasama Pejabat-pejabat Agama Islam Daerah Selangor, Tabung Infak Jariah Umat Islam dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini.
“Dengan bayaran sebanyak RM1,000, setiap pasangan akan terus menerima Surat Perakuan Nikah dan Kad Perakuan Nikah.
“Selain itu, mereka juga mendapat perkhidmatan percuma berkaitan urusan nikah, set ‘photobooth’, set penggambaran, cenderahati pengantin, santapan barakah dan jamuan tetamu,” katanya.
Baca Di Sini:
Rezeki Nikah, Gadis Terima Mahar RM150 Ribu Termasuk Trip Umrah Sekeluarga
Kashoorga : Kalau sudah jodoh tak ke mana, tak salah memasang impian, insyallah jika diizinkan Allah akan makbulkan.
Sumber/ Foto : Sinar Harian
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.